Ahad, 9 Mei 2010

PRK P.212 Sibu


Selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor P.94, kini muncul pula PRK P.212 Sibu di Bumi Kenyalang. Seperti yang dilaporkan semalam, perebutan 3 penjuru untuk merampas kerusi parlimen akan berlangsung di Kawasan Parlimen Sibu pada 16hb Mai 2010.

Seperti kebiasaannya, pelbagai janji ditabur oleh pihak-pihak yang masuk bertanding baik dipihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Itulah budaya pilihanraya di tanah air. Kebiasaannya, rakyatlah yang dihimpit dilema selepas sahaja pilihanraya berakhir.

Berdasarkan penganalisis umum, kaum cina yang mendominasi dan majoriti di kawasan ini mempunyai "power" untuk menentukan keputusan P.212 ini nanti. Kedua-dua calon daripada kerajaan dan pembangkang adalah daripada parti dan berketurunan Cina mempunyai kelebihan masing-masing bagi berebut kerusi parlimen tersebut.

Sebagai rakyat yang sudah bangkit dari lena dan semakin bijak, sudah tentu semua isu lokal dan nasional akan menjadi ukuran dan analisis bagi menentukan siapa calon pilihan mereka. Apapun, diucapkan kepada warga Sibu selamat menunaikan tanggungjawab dan kepada parti yangbertanding iaitu Parti BN dan PR (DAP) juga Bebas, berkempenlah secara "gentlement" dan mengamalkan proses demokrasi yang bersih.

Selamat mengundi!




Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.