Selasa, 11 Mei 2010

Blok L & M


Rakyat, khususnya rakyat Sabah amat dukacita dan marah dengan isu blok minyak dan gas 'L' dan 'M' yang tercetus didada akhbar utama. Itu pun selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan dan berita blok-blok minyak tersebut sebenarnya adalah kepunyaan Brunei yang bernilai RM320 billion. Kita masih tidak faham dengan isu tersebut kerana bagaimana blok tersebut pada awalnya kepunyaan Malaysia dan telah diberikan perjanjian kontrak diantara Petronas Carigali dan Murphy Oil Company, tapi kemudiannya ia adalah kepunyaan Brunei selepas satu 'Exchange of Letter' dibuat diantara bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan Sultan Brunei.

Apapun, apa yang terjadi adalah suatu kehilangan dan kerugian besar negara dalam industri minyak dan gas. Kerajaan BN, seharusnya bertanggungjawab dalam menerangkan kepada rakyat kenapa perkara ini berlaku dan menerangkan secara 'transparent' atau telus proses perjanjian sehinggalah keputusan dibuat. Jika tidak, rakyat akan terus mempunyai suatu persepsi negatif dan mungkin mempunyai impak yang akan memberi kesan "survival" BN akan datang.

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.