Rabu, 29 Jun 2011

PM didahulukan, Rakyat ditekan

Beginilah apabila 'seekor' ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus tapi dia sendiri berjalan bengkok.

Amat terkilan dan sampai hati apabila seorang yang bergelar Perdana Menteri yang kononnya dipilih oleh rakyat hidup mewah dan membazir sedangkan hidup rakyatnya menderita dengan bebanan harga barangan yang kian melambung dan subsidi yang dimansuhkan, biasiswa pelajar semakin tiada, petrol semakin mendadak naik walaupun negaranya adalah pengeluar minyak dan gas.

Jika bil elektrik sampai RM160,000 sebulan sudah pasti rakyat akan berfikir dan curiga apakah yang terdapat dalam rumah PM? Jika sebuah kilang jentera pun mungkin tak sampai RM100,000 apatah lagi sebuah rumah.

Kenapalah pemimpin kebanyakan dari dahulu sampai sekarang hanya pandai bercakap tapi tak serupa bikin. Rakyat baru nak buka mulut tuntut hak sebagai warga yang sah sudah menteri-menteri melenting.

Diharap para pemimpin mengamalkan sikap berjimat cermat dan kata dikota seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pemimpin ulung di Nusantara pada era millenium ini. Takbir!, Allahu Akbar.


Ahad, 5 Jun 2011

Biar Orang CINA pimpin ISLAM

Mungkin agak janggal bunyinya tetapi itulah realitinya jika ditakdirkan oleh Allah SWT berdasarkan suatu hadith shahih.

Selepas membaca buku saudara Ann Wan Seng seorang yang berbangsa Cina muslim bertajuk BIAR ORANG CINA PIMPIN ISLAM, sebagai seorang yang berbangsa dari keturunan melayu amat malu dengan segelintir saudara se-melayu yang lain. Ini kerana, mutakhir ini negara kita seolah sudah sampai disatu puncak dimana isu perkauman itu sedang dimainkan oleh segelintir individu mahu pun pertubuhan. Ini terjadi kerana terlalu banyak salah faham dan mungkin juga tidak mahu memahami orang atau bangsa lain sehingga sikap prejudis menjadi-jadi tanpa dikawal oleh pihak sepatutnya menjaga ketenteraman masyarakat.

Mungkin buku ini juga bagi menjawab kesalah-fahaman sesetengah pihak yang terlalu taksub dengan bangsa yang daripada bangsa mana dia dilahirkan. Lagi menyedihkan apabila golongan yang memalukan ini mengaku sebagai seorang Islam sedangkan perkara yang mereka lakukan berkenaan ini menyalahi syariat Islam dan sunnah Rasulullah SAW.

Yang menarik juga dalam buku ini saudara Ann Wang Seng menerangkan betapa ramai malah mencecah ratus berjuta orang Cina yang berada di negara China itu sendiri jika dibandingkan jumlah bangsa melayu Islam di Malaysia. Malah bangsa Cina itu sendiri mendapat hidayah Islam ini secara langsung dari utusan-utusan Rasulullah SAW seperti Saad bin Abi Waqas R.A. Di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa sejak zaman Rasulullah SAW lagi Baginda telah memikirkan tentang bangsa Cina ini. Jadi di mana bangsa melayu yang amat ditaksubkan oleh segelintir orang melayu jika dibandingkan dengan bangsa Cina itu sendiri? Ini buka rekaan sepertimana yang sering dilakukan sesetangah golongan melayu dinegara ini, sesungguhnya sejarah bangsa Cina dengan Islam itu sudah menjadi pilihan Allah dan juga Rasul-Nya yang mana penyebaran Islam oleh bangsa Cina selain Arab datang ke Tanah Melayu untuk berdakwah ke atas orang melayu.

Disisni kalau dilihat bangsa melayu seharusnya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana telah mengutus da'ei-da'ei Cina dan Arab melalui perdagangan. Malangnya, semasa kita di bangku sekolah mungkin kita tidak didedahkan dengan sejarah yang betul dan sahih menyebabkan kita buta sejarah sebaliknya ditanam semangat nasionalisme untuk satu-satu bangsa demi tanah air yang tercinta kononnya.

Banyak lagi yang ditulis mengenai bangsa Cina ini agar bangsa lain dapat memahaminya. Syabas diucapkan kepada saudara Ann Wan Seng dengan menerangkan dan menerbitkan buku yang amat penting ini bagi tujuan dakwah Islamiyah dan memperbetulkan mentaliti sesetengah golongan melayu di negara ini.

Wallahua'lam.
     
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.