Isnin, 10 Mei 2010

Iran & Presidennya Yang Di Geruni

Kehebatan Iran yang kini dipimpin oleh seorang jurutera yang berwibawa dan berani dalam menentang dasar barat dan Israel secara terang-terangan. Presiden Ahmadenejad nama yang telah diangkat oleh rakyat Iran dalam menerajui dasar dan kedaulatan negara Iran khasnya dan negara-negara Islam-Arab di Timur Tengah. Keberanian dan kelantangan Presiden Iran sememangnya menjadi kebanggaan umat Islam diseluruh dunia yang tidak akan tunduk dan sujud dengan tindak dan ugutan barat terutamanya negara polis Amerika Syarikat dan negara haram Israel-Yahudi-Zionis.

Bagi pertubuhan Islam dunia iaitu OIC langsung tidak kedengaran suaranya dalam membela umat Islam diseluruh dunia jauh sekali dalam memihak dan membela negara Iran dalam isu tenaga nuklear yang sedang dibangunkan. Walaupun demikian ia tidak mematahkan semangat Iran dan rakyatnya malah keputusan Iran untuk meneruskan usahanya membangun tenaga nuklear mendapat sambutan yang hebat daripada rakyatnya dan umat Islam seluruhnya.

Kini dengan kekuatan tentera Iran yang mempunyai segala pengalaman dalam peperangan, Iran telah menjadi sebuah negara yang mempunyai bala tentera yang amat digeruni dirantau Asia Barat dan Timur Tengah begitu juga negara Barat dan Israel laknatullah alaih. Tiada siapa tahu ramalan dan ketentuan hari yang mendatang, mungkin negara ini yang disebut-sebut yang akan menyahut ke hadapan untuk mendepani keangkuhan Barat dan Israel yang selama ini menyembelih umat Islam dengan rasa tanpa bersalah dan bersifat kebinatangan. Dengan keimanan yang teguh dan harapan bergantung seratus peratus dengan Kebesaran Allah swt dan Kekasihnya Rasulullah saw akan lebih memberi semangat dan keyakinan dalam memerangi musuh-musuh Islam. Begitu juga dengan ketokohan ulama'-ulama' besar Iran yang memberi dorongan dan sokongan padu kepada Presiden Ahmadenejad dalam meneruskan usaha memerangi musuh-musuh Islam Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya disamping memberi semangat kepada pendokong-pendokong Islam seluruh dunia.

Syabas kepada Iran & Ahmadenejad!

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.