Ahad, 28 Ogos 2011

Muhasabah Ramadhan


Astaghfirullah al-adzim. Inikah yang disebut dalam banyak riwayat hadith berkenaan keadaan akhir zaman yang penuh dengan fahsyak dan mungkar. Hari ini kita di kejutkan dengan suatu berita berkenaan nama surau yang begitu menghinakan dan agak mem"provok" terhadap umat Islam.

Surau dalam makna lain adalah rumah Allah atau tempat dimana orang Islam bersujud bersembahyang beribadat kepada AllahSWT. Masalahnya disini, nama surau yang diberikan adalah Surau Qariah Al-Musyrikin. Apa maksudnya? Al-Musyrikin ini bermaksud orang-orang yang syirik kepada Allah SWT iaitu orang-orang yang menyembah tuhan selain Allah SWT, yang mana dosa orang yang mensyirikkan Allah SWT dosa besar dan tidak mendapat keampunan Allah SWT. MasyaAllah.

Mungkin ini suatu kesilapan seperti yang dilaporkan dan mungkin juga ada pihak yang sengaja melakukan provokasi terhadap umat Islam dan berunsur politik kotor. Kalau diikutkan kita tidak perlu melayan perkara sebegini namun kita juga rasa bertanggungjawab dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri yang amat dituntut oleh agama yang suci ini Islam. Kita tidak tergamak melihat Islam itu dipermain-mainkan dan bersifat menghina lebih-lebih lagi rumah ibadat orang Islam.

Jadi, dibulan Ramadhan yang penuh barakah ini, seharusnyalah umat Islam menghindarkandiri mereka dari melakukan perkara keji dan mungkar ini. Sebaliknya kita dituntut untuk mengimarahkan surau dan masjid di setiap qariah masing-masing kerana bulan ini Allah SWT memberi kesempatan untuk hambaNya mensucikan diri dari segala dosa yang lalu dimana pahala berganda-ganda,keampunan yang banyak diberikan oleh Allah SWT hanya pada bulan ini dan tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Yang mana dalam Ramadhan ini terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitulah Lailatul Qadr. Tidak mahukah kita mencarinya? Tidak berminatkah kita? Jika kita tidak berminat maka jawapnya kita kita juga tidak berminat dengan Allah SWT maupun syurgaNya. Subhanallah.

Hari ini adalah hari ke-28 Ramadhan, lusa atau tulat mungkin 1 Syawal untuk kita merayakan Aidilfitri. Jadi saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.