Isnin, 15 April 2013



Dato' Haron Din - P.003 Arau, Perlis.


Antara tokoh ulama' daripada PAS juga selaku Timbalan Mursyidul Am PAS yang sangat berpengaruh dalam negara yang sememangnya menggerunkan calon lawan. Allahu Akbar!
Ya Rabb, berilah kemenangan kepada Islam dan Tuan Guru kami.
~ Amin Ya Robbal Alamin. ~



Ahad, 14 April 2013

Putrajaya P-125 kini diperhatikan Dunia


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54:
ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran “Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan ALLAH SWT sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”

Memang benar apabila dikatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 kali ini adalah PRU yang paling sengit dalam sejarah politik Malaysia. Pelbagai pertembungan politik tercetus diluar jangkaan manusia dan rakyat negara ini khususnya. Kejutan demi kejutan terungkai dan tersebar baik ianya didalam parti Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP) maupun lebih-lebih lagi dalam Barisan Nasional yang sangat membimbangkan.


Beberapa minggu yang lalu kejutan daripada pihak Pakatan Rakyat iaitu daripada Parti PAS (Parti Islam Se-Malaysia) telah memulakan serangan yang menggemparkan rakyat diseluruh negara. Ia juga sekaligus membuka mata dan minda seluruh rakyat yang sedang mengikuti perkembangan politik tanahair. Ini ekoran apabila Dato’ Paduka Haji Husam Musa selaku Naib Presiden PAS berhasrat dan kini muktamad untuk bertanding di Parlimen Putrajaya P125. Beliau sebelum ini adalah penyandang kerusi DUN Kelantan N17 Salor. Ramai beranggapan, ini seumpama hendak 'bunuh diri'. Namun lebih ramai juga meramalkan kekalahan teruk akan dihadapi oleh Barisan Nasional kerana calon PAS ini bukan calang-calang orang, beliau adalah seorang tokoh yang menggerunkan seluruh pemimpin Umno-BN.


Strategi yang digunakan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS pada pilihanraya umum kali ini dilihat amat berbeza dari pilihanraya umum sebelumnya. Pelbagai percaturan dan susun atur strategi dilakuan dengan sangat teliti dan tidak dinafikan semua ini sudah diatur dan difikirkan sejak kemenangan diluar jangka oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Dalam beberapa tahun yang lalu selepas Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan sekaligus menafikan majoriti dua per tiga kerusi di parlimen, Pakatan Rakyat sememangnya sudah pun merangka strategi dengan terus mengasak dan menggunakan momentum kejayaan yang ada untuk terus menggempur kubu-kubu Barisan Nasional di seluruh negara.

Hinggalah pada kemuncaknya kini, setelah Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan pembubaran dewan parlimen dan disusuli pengumuman tarikh pencalonan dan pembuangan undi oleh pihak Suruhan Pilihan Raya (SPR), maka ‘serangan demi serangan’ daripada pihak Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional semakin hebat, yang mana semua ini seolah-olah lambat dibaca oleh pihak strategik Umno-Barisan Nasional. Dan apa yang dapat dilihat kini,pihak Umno khususnya sedang dalam keadaan panik dan buntu dalam mengumumkan bakal-bakal calonnya ditambah lagi masalah dalaman parti yang kian meruncing.


Kejutan meletus lagi dalam beberapa hari yang lalu apabila Tun Mahathir Mohamad seolah-olah menawarkan diri bertanding di Putrajaya P125, kununnya hendak mempertahankan kubu hasil ‘ciptaannya’ daripada ditawan oleh Pejuang Pakatan Rakyat – Dato Husam Musa. Inilah lagi satu perkara yang sukar diramal oleh pencinta politik tanahair sebelum ini dan menjadikan suasana perang politik semakin rancak dan ‘panas’.


Apapun yang sedang berlaku semua ini adalah ketentuan dan perancangan daripada Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Bijaksana. Sebagai rakyat yang inginkan agama Allah SWT ini ditegakkan dan syariatnya dilaksanakan mendoakan agar Allah SWT bagi kemenangan kepada penolong-penolong agama-Nya yang ikhlas dan tumbangkanlah parti dan kerajaan yang menentang kerajaan Allah SWT.

Oleh itu, kepada rakyat di kawasan Putrajaya P125 marilah kita memberikan undi kepada Pejuang kita iaitu Dato’ Paduka Haji Husam Musa dan mendoakan beliau menang dan menjadi wakil kita di dalam dewan rakyat kelak.In Shaa Allah.


Takbir! Allahu Akbar.  Dunia sedang mengikuti perkembangan P-125 Putrajaya.

               


Jurutera, pegawai bank antara calon PAS Sabah

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang bersama Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling (duduk, kiri sekali) dan Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong (duduk, tiga dari kiri) bersama bakal-bakal calon PAS di Sabah dalam Pilihanraya Umum ke 13.

PRU 13: Senarai bakal calon PAS di Sabah


P.185 Batu Sapi

Hamzah Abdullah

• Timbalan Pesuruhjaya PAS
• Lulusan BA (Hons) Middlesex University, United Kingdom
• Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong
• Bekas Ketua Kesatuan Pelajar Sabah di United Kingdom

P.191 Kalabakan

Usman Madeaming


• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan
• Mantan Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sabah (Permis) UKM

N.3 Pitas

Dausieh Queck


• Setiausaha NGO Salimah Teras Sabah
• Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan Kolej PTPL
• Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Dusun Tambanuo Sabah

N.6 Tempasuk

Awang Laiman Ikin


• Setiausaha PPerhubungan PAS Negeri Sabah
• Mantan Naib Presiden Persatuan Anak Yatim Kebangsaan (Peyatim)
• Lulusan Usuluddin Universiti Al-Azhar Mesir
• Mantan Naib Presiden Persatuan Iranun Sabah (Pagisa)

N.17 Tanjong Aru

Hamid Ismail


• Peguam di Hamid & CO
• Lulusan Ijazah Undang-undang Universiti ISlam Antarabangsa (UIA)
• Diploma Pengajian ISlam, Universiti Malaya Sabah

N.48 Sukau

Ahdah Sulaiman


• Tokoh Pembela Isu Tanah di Kinabatangan
• Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan
• Mantan AJK Umno Bahagian Kinabatangan

N.51 Kunak



Kasman Karate


• Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Borneo
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS)
• Setiausaha PAS Kawasan Silam

N.54 Bugaya

Hasai Tudai

• Jurutera kanan di Ikramtic System Sdn Bhd
• Lulusan Bacelor Sains (Hons) Kejuruteraaan Mechanical Universiti Teknologi Mara (UiTM)

N.58 Merotai

Ahmad Dullah


• Mantan Penolong Pengurus Cawangan Bank
• Lulusan Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
• Mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

N.59 Tanjong Batu

Fatmawaty Mohd Yusuf


• Pengerusi Ameerah Sabah
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti malaysia Sabah
• Bendahari PAS Kawasan Kalabakan

N.60 Sebatik

Daud Jalaluddin


• Pengerusi Persatuan Bajau Tawau
• Lulusan Ijazah Pemasaran, Indiana Institute Of Technology
• Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau


Takbir! Allahu Akbar.

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.