Jumaat, 19 Februari 2010

Azam 2010

Azam tahun ini membuat simpanan secukupnya untuk membina sebuah rumah banglo bersaiz sederhana dikawasan perkampungan diatas tanah persendirian. Beberapa perancangan dan persiapan sedang dalam draf dari segi senarai barangan berserta harga yang hendak diperlukan. Ini hanyalah pelan awal dalam Fasa I.

Mudah-mudahan perancangan dan pelan serta niat ini menjadi kenyataan setelah sekian lama untuk merealisasikan ditanah tumpah sendiri.

Setakat ini, kami juga mempunyai sebuah rumah teres sederhana setingkat di Taman Sungai Karang 2, Kuantan, Pahang. Rumah ini telah dibeli pada tahun 2003 melalui pinjaman bank CIMB. Pemaju adalah TSI Propertis Sdn Bhd beribupejabat di Kuala Lumpur. Buat masa ini, kami sedang menyewakannya.

Rabu, 17 Februari 2010

Rumah Fasa I

Melalui persetujuan pemilik harta tanah, satu cadangan pemecahan lot tanah pusaka di Kg Kinabutan Darat Apas, Tawau. Kuasa mutlak keatas tanah ini adalah isteriku sebagai pewaris. Dengan izinnya, diatas tanah ini nanti akan dibina sebuah kediaman untuknya dan anak-anak. Kerja-kerja pemetaan dan ukur sedang dilakukan oleh juruukur bertauliah dan atas kebenaran dan pengesahan pihak Jabatan Tanah Negeri Sabah.

Isnin, 15 Februari 2010

Pelan Pembinaan Rumah

Suatu pelan untuk pembinaan sebuah kediaman banglo bersaiz sederhana dua tingkat ditapak berkeluasan 100 kaki x 57 kaki. Pelan ini akan dibahagikan kepada 2 fasa pembinaan.

Fasa I - menyediakan tapak, persediaan dan pembelian bahan, perlantikan tukang, pembinaan rumah dan pendawaian elektrik dan pemasangan air sehingga dapat diduduki. Pelan masa adalah diantara 4-6 bulan dijangkan siap untuk fasa ini. Buat masa ini pembelian bahan sedang dilakuan seperti tanah tapak dan pembelian tiang dan juga pagar sekeliling. Model dan rekabentuk kediaman ini telah pun dipilih dan ditentukan mengikut pelan cadangan pereka bentuk bertauliah. Mungkin nama rekabentuk tidak perlu lagi dikongsikan buat masa ini, walaubagaimanapun ia akan dikongsikan juga kemudian...harap bersabar hehe.

Fasa II - hiasan dalaman, landskap laman dan "touch-up". Ini adalah kerja-kerja akhir bagi menyempurnakan kediaman tahap banglo sedderhana. Konsep dalaman dan luaran sebenarnya telah ditentukan cuma hendak diaplikasikan kesesuaiannya apabila siap nanti, InsyaAllah amin.

Ahad, 14 Februari 2010

Kenduri kesyukuran & doa selamat

Seperti yang direncanakan kami sekeluarga menunaikan niat untuk membuat kenduri kesyukuran dengan nikmat yang dikurniakan oleh Ilahi dan doa selamat ditempat kerja baru dan buat isteriku yang masih dalam rawatan. Kenduri yang dibuat hanya ala kadar sahaja disekalikan dengan sambutan ulangtahun kelahiran buat Muhammad Hafeezy 7 tahun (anak yang kedua) dan Naqibah 7 tahun (anak saudara).
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik cuma disebabkan rumah kecik je dengan tetamu yang datang jadi agak terhad sikitlah ruang dan pergerakan. Namun kelihatan semuanya berasa gembira kerana dikesempatan waktu yang terhad dan jarang-jarang sekali diadakan dapat juga bertemu dengan saudara yang jauh disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara adik-beradik dan sanak saudara.
Hidangan, semuanya masakan sendiri oleh isteri, kakak ipar dan mak mertua. Macam biasa, masakan kari dan sup tulang adalah juadah kegemaran semua. Kepada tetamu dan saudara yang hadir diucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tak lupa kepada Imam Ladin yang datang dari jauh semata-mata untuk mengetuai majlis tahlil dan doa.

Jazakallahu kathiran.
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.