Khamis, 13 Mei 2010

Lesen Judi "Halal"

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar an ada pula manfaat kepada manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir. (Al-Baqarah: Ayat 219).

Betapakah ujian yang Allah swt turunkan ujian kepada rakyat Malaysia-Islam sejak akhir-akhir ini, yang terbaru Allah swt menguji umat Islam di Malaysia dengan isu meluluskan pertaruhan atau perjudian sempena temasya Piala Dunia Bola Sepak yang akan berlangsung pada bulan Jun depan. Dari satu sudut, kerajaan yang memerintah sekarang dibawah seorang perdana menteri Islam Dato' Seri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak selaku Menteri Kewangan telah pun meluluskan cadangan lesen perjudian sempena temasya tersebut.

Jika dilihat daripada qalamullah diatas, Allah swt memberitahu kepada manusia bahawa perbuatan judi ini adalah dosa besar dan tiada manfaatnya. Malangnya kerajaan BN-Umno yang beria-ia ingin memberi lesen judi yang mana terang-terang menentang arahan daripada Yang Maha Pencipta. Kita amat bingung jika memikirkan perkara ini yang mana ia sepatutnya dihindarkan dan tidak dicadangkan sama sekali. Lagi memeningkan apabila orang melayu Islam sendiri yang beria-ia mencadangkan agar pihak kementerian meluluskan dan kini telah pun diluluskan baru-baru ini. Sesungguhnya pemimpin barisan nasional ini sangat bongkak dan zalim. Zalim kepada dirinya sendiri dan seluruh rakyat Malaysia. Sesungguhnya umat Islam yang ikhlas tidak akan redha dengan apa yang pihak kerajaan telah perbuat. Alangkah sedihnya apa yang menimpa rakyat dan kerajaan Malaysia sejak akhir-akhir ini. Manusia telah berani dan semakin jauh daripada panduan Ilahi dan sedang berbondong-bondong,berasak-asak menuju ke suatu lembah iaitu salah satu lembah api neraka. Na'udzubillahi min an-nar!

Perbuatan dan perlakuan oleh kerajaan ini sememangnya sedang mengundang murka Allah swt dan jangan dihairankan jika pada bila-bila masa Allah swt menurunkan bala kepada kita. Bukanlah kita hendak mengundang bala daripada Allah ini malah kita bermohon agar bala yang dijauhkan daripada kita. Apabila Allah swt sudah tidak memperdulikan lagi sesorang hamba itu dan membiarkannya tanpa panduan dan pedoman, maka tunggulah seksaan dan penderitaan yang dia sendiri mengundangnya secara bongkak. Sesungguhnya janji-Nya semuanya benar, sebaliknya sememangnya manusia itu makhluk yang pelupa dan membuat kezaliman keatas dirinya sendiri.

Teramat sedih juga apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, IKIM, UIAM, Biro Agama dan ulama'-ulama' dalam umno, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Baharum yang boleh dikatakan sebagai menteri agama, apa tindakan kamu dalam mempertahankan syariat Islam dan mentaati perintah Allah?! Inikah yang dinamakan 'taghut' akhir zaman, seorang yang alim tetapi tidak beramal dengan ilmunya, seorang yang diamanahkan menjaga agama Islam tidak menegur pemimpin jika membuat kesilapan, seorang yang mendakwa dirinya Islam tidak mempertahankan Islam dan menasihati saudara se-Islamnya?! Forum Perdana Islam, Al-Kuliyyah dan apa-apa jua bentuk program Islam yang ditayangkan di kaca televisyen kerajaan untuk menegur pihak pemimpin kerajaan ini agar membatalkan lesen judi 'halal' ini. Tidakkah kamu semua telah mengingkari amanah Allah swt dan sebagai pengikut Rasulullah saw?! Sebaliknya kenapa kamu (pemimpin kerajaan) tunduk dengan kehendak musuhmu yang nyata (syaitan) dan kehendak sekutu syaitan iaitu undang-undang serta kehidupan barat?!

Wahai pemimpin kerajaan yang bertopengkan 'Islam', apakah lagi murka Allah yang kamu sedang undang?

Wallahua'lam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau menulas soal judi haram....bukan main lagi...soal Chating n beremail asmara antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pula macam mana? apa hukumnya? ada d sebut dalam Alquran 'jangan la kamu mendekati zina'...Kenapa perkara ini d anggap halal ka? Kalau ianya boleh meruntuhkan rumahtangga. Kanaporang yang melakukan kerja2 terkutuk ini tidak boleh berfikir, adakah perempuan2 dan lelaki-lelaki yang baik akan menyamar dan bercanda, bergurau, dan bercinta dalam internet? sendiri boleh fikir..jika orang yang baik-baik tidak akan melakukan perkara demikian. Penulis fikir la sendiri....Kesilapan terbesar yang orang selalu lakukan ialah menginginkan yang tiada dan mengabaikan apa yang d miliki...

Tanpa Nama berkata...

setuju...ni la masalah zaman sekarang terutamanya yg memiliki komputer riba peribadi, lebih-lebih lg klu berjauhan dari suami/isteri..lelaki or perempuan 2x5 je. bilalah chatting ni diharamkan ye...salah satu penyebab kes penceraian... moral of d story..tak pyh berkomputer riba...hihihihii

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.