Khamis, 13 November 2008

Cabaran.......











pendakian...
menyusuri semak dan belukar...
meredah alur dan sungai...
meniti diatas titian jambatan balak...
tergelincir...
terjatuh...
machine breakdown...




Jumaat, 24 Oktober 2008

Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan..."

Ungkapan yang biasa didengar, perkataan dan ayat yang pernah didengar. Ungkapan hanya tinggal ungkapan, tuilisan ayat hanya tinggal tulisannya. Inilah yang dimaksudkan tanda-tanda akhir zaman. Pada waktu itu, yang baik akan dipandang buruk dan jahat, yang jahat itu akan dipandang betul, baik dan disanjung ramai bukan secara berlapik dan berselindung sebaliknya ianya berlaku dihadapan khalayak ramai, di kaca televisyen, di kaca komputer, di papan-papan iklan, di semua penjuru dan sudut. Sehinggakan tiada ruang dan tempat lagi hendak di isi, betapa dahsyatnya akhir zaman itu.

Aahhh!!!...lambat lagi habis waktu, alah!!! aku masih muda...

Kalau itu adalah kita, alangkah malangnya dan ruginya nasib kita. Masa itu hak Allah, umur itu juga hak Allah malahan diri kita juga hak Allah. Sudahkah kita menunaikan hak-hak Allah. Apakah hak-hak Allah? Allah SWT berfirman dalam Al-Quranul Kareem: "Tidak Aku jadikan manusia dan jin, melainkan untuk menyembah (beribadah) kepada-Ku". Adakah kita sudah menyembah Allah? Sembahyanglah kamu...sembahlah tuhanmu Yang Maha Besar, kerana Dia-lah yang menggerakkan masa itu, Dia-lah tuan punya dunia ini. Bayangkanlah sekiranya Allah menghentikan masa ini...

Sekiranya di saat ini, ANDA belum menunaikan sembahyang, tinggalkanlah pekerjaan dunia ini sebentar...basahilah muka, tangan dan kakimu dengan air suci dan sujudlah menyembah tuhanmu Yang Maha Besar!

Rabu, 10 September 2008

Fadhilat Ramadhan - 10 Ramadhan 1429H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Daripada Hazrat Abu Hurairah r.anhu, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa dari seorang yang dizalimi. Allah s.w.t akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah s.w.t akan berkata “Demi kemulianKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika (demi sesuatu muslihat).”

Riwayat Ahmad, At-Tarmidzi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban.

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat."

Wallahua'lam.

Isnin, 8 September 2008

Fadhilat Ramadhan - 8 Ramadhan 1429H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Allah S.W.T dan para malaikatNya menurunkan rahmat untuk orang yang bersahur.”

Riwayat At-Tabarani.

Kelebihan bersahur telah dinyatakan didalam banyak hadith. Antaranya:

1. Nabi S.A.W telah bersabda: “Perbezaan antara puasa kita dengan ahlul-kitab

(Yahudi dan Nasara) adalah dengan bersahur. Mereka tidak bersahur.”


2. Dalam hadith yang lain Nabi S.A.W telah bersabda: “Bersahurlah kerana di

dalamnya terdapat keberkatan.”


3. Dalam satu hadith yang lain Nabi S.A.W telah bersabda: “Bersahurlah untuk

mendapatkan kekuatan berpuasa dan tidurlah di tengah hari (qailulah) untuk

membantumu bangun di akhir malam.”

Wallahua'lam.

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat."

Jumaat, 5 September 2008

Renungan - Kesilapan Kita Di Bulan Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Setakat ini kita patutlah merenung sejenak tentang ibadah-ibadah kita. Sebanyak manakah kepentingan yang harus kita menitik nilaikan di dalam bulan Ramadhan ini? Sebanyak manakah ibadah-ibadah nafil (sunat) yang telah kita lakukan seperti amalan-amalan fardhu? Kita biasa perhatikan kebanyakan dikalangan kita yang selepas sahaja makan sahur, lantas pergi tidur semula yang mana akibatnya solat fajr (subuh) terlepas tanpa dikerjakan. Ramai yang melakukannya tetapi tidaklah dengan berjemaah. Ini seolah-olah menggambarkan kita hanya sekadar berterima kasih kepada Allah s.w.t terhadap makanan yang kita makan di waktu bersahur tanpa melakukan fardhu yang paling penting atau tidak melakukannya dengan berjemaah. Ianya tinggal dengan tidak sempurna. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa: “Tidak ada sembahyang bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan masjid melainkan di dalam masjid.”

Begitu juga didalam bermacam-macam perkara pada masa iftar (berbuka) solat maghrib berjemaah pun terlepas juga, dan ramai pula yang datang ke masjid terlepas daripada takbir pertama atau terlepas rakaat pertama. Ramai orang yang disebabkan terawih, melakukan sembahyang Isya’ sebelum masuk waktunya dan yang paling menyedihkan ada sesetengahnya tidak pula bersolat langsung walaupun dalam bulan Ramadhan.

Begitulah sikap kita yang cuai terhadap ibadat-ibadat kita didalam bulan Ramadhan. Kadang kala kerana untuk melakukan satu fardhu, tiga fardhu telah binasa (hilang). Betapa kerapnya kita perhatikan solat zohor berlalu kerana kita tidur, sementara solat asar terus lenyap kerana kita begitu sibuk membeli belah, menjual dan memasak untuk disediakan sebagai hidangan sewaktu berbuka nanti.

Jikalau inilah yang terjadi terhadap amalan-amalan fardhu kita, kini bayangkanlah sendiri betapa kurangnya kita mementingkan akan amalan-amalan nafil (sunat). Begitu juga halnya dengan solat Isyra’selepas matahari naik dan dhuha (sebelum tengah hari) terlepas begitu sahaja kerana kebanyakan kita masih sedang tidur. Bagaimana pula halnya dengan sembahyang Awwabin (selepas solat maghrib). Disini kita mendapati diri kita begitu sibuk dengan iftar (berbuka) dan bila memikirkan tentang solat terawih yang mengambil masa kira-kira sejam, solat ini juga kita tinggalkan. Selanjutnya kita dapati solat Tahajjud yang mana sama masanya dengan waktu sahur, akibatnya juga turut terlepas tanpa dapat ditunaikan. Seseorang itu bolehlah mengemukakan seribu satu macam alasan yakni tidak ada masa untuk melakukan amalan-amalan sunat ini, tetapi masih kita lihat kesemua orang boleh mencari masa dan meluangkan masa bagi melakukan ibadat-ibadat ini didalam waktu yang sangat-sangat berharga ini.

Begitu juga sikap kita terutamanya kaum wanita yang dalam keadaan berpuasa tetapi tidak menutup auratnya seperti yang diwajibkan, dan yang begitu menyedihkan lagi diakhir-akhir ini mereka mendakwa menutup aurat tetapi dengan memakai baju yang ketat dan tipis sehingga boleh dilihat dengan jelas bentuk susuk tubuh oleh yang bukan muhrimnya serta baju yang singkat menyebabkan perut dan pusat terdedah tanpa rasa berdosa malah menjadi kebanggaan dan ini adalah haram disisi Allah s.w.t dan boleh menyebabkan amalan ibadat fardhu puasa hanya memperolehi lapar dan dahaga sahaja dan di khuatiri mendapat kemurkaan daripada Allah s.w.t.

Wallahua’lam & Selamat Berpuasa...


Rajab Mariali.

Fadhilat Ramadhan - 5 Ramadhan 1429H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Abu Huarairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Umatku telah diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat yang terdahulu. Kepada mereka bau daripada mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum disisi Allah s.w.t daripada bau harumnya kasturi. Bagi pihak mereka ikan-ikan di laut memhonkan keampunan sehinggalah mereka membuka puasa mereka. Allah s.w.t menyediakan dan menghiasi syurga setiap hari dan berkata kepadanya masanya telah hampir bila mana hamba-hambaku yang setia dilepaskan daripada ujian-ujian yang besar (di dalam dunia) dan dating kepada kamu pada bulan ini syaitan yang jahat dirantaikan supaya tidak dapat meneruskan tindakan jahat yang selalu mereka lakui di bulan-bulan lain Ramadhan. Pada malam yang akhir Ramadhan mereka diampunkan. Maka para sahabat r.a bertanya: Ya Rasulullah s.a.w adakah itu malam Lailatul Qadr? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Tetapi adalah selayaknya bahawa diberikan upahannya setelah menyempurnakan khidmatnya.”

Riwayat Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Hibban.


Wallahua'lam & Selamat Berpuasa...

Rajab Mariali

Rabu, 3 September 2008

Fadhilat Ramadhan - 3 Ramadhan 1429H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya’aban:

“Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatul Qadr) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah s.w.t telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya (berterawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan yang lain.

Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.anhum lalu berkata “Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.” Maka Rasulullah s.a.w bersabda “Allah s.w.t memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar (kurma) atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”

Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah s.w.t dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah s.w.t akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.”

Riwayat Ibnu Khuzaimah, Baihaqi, Ibnu Hibban.

Sabda Rasulullah : "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat"

Wallahua'lam.

Rajab Mariali

Rabu, 27 Ogos 2008

Permatang Pauh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Tanggal 27 Ogos 2008 - Secara keseluruhannya rakyat Malaysia telah menampakkan kematangan berfikir dan membuat keputusan yang bebas. Tiada yang lebih bermakna bagi rakyat Permatang Pauh khasnya dan rakyat seluruh Malaysia amnya melainkan doa dan impian mereka terkabul melalui keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh P-44. Keputusan yang tercipta semalam telah membuktikan rakyat Malaysia inginkan perubahan segera dari bawah hinggalah ke pusat pentadbiran negara. Bagi yang sememangnya merindukan kebenaran, ketenangan, keadilan pasti merasa lega dan bersyukur dengan keputusan yang tercipta, dan sebaliknya kepada yang masih terjajah mindanya maka hari ini adalah hari yang sukar untuk diterima. Apapun ini semua adalah takdir Ilahi, Dia-lah yang merancang dan menentukan segalanya.

Jika apa yang berlaku hari ini adalah yang diredhai, maka bersedialah rakyat Malaysia untuk bersama-sama memulakan langkah yang teratur lagi bersemangat untuk mendukung panji-panji rakyat ini ke tempat yang telah dijanjikan. Semoga dengan langkah-langkah ini akan menapak hingga ke Putrajaya dan akhirnya meneruskan dan menjayakan agenda rakyat untuk setengah abad yang seterusnya demi untuk bumi Malaysia yang tercinta ini. Rakyat engkaulah kuasa dan Peminpin engkaulah kemudi untuk menentukan halatuju bahtera Malaysia ini. Semoga bermula di pelabuhan Permatang Pauh dan insyaAllah akan sampai ke destinasi utama Putrajaya.

Wallahua'lam.

Rajab Mariali.

Rabu, 13 Ogos 2008

Abadan-abadan...

Bismillahirrahmanirrahim..

Manusia adalah dihantar ke dunai ini untuk menuntut keperluan mereka untuk di jadikan bekal menuju balik semula ke "kampung" halaman iaitu syurga Allah swt. Tidak ada seorang pun yang akan tertinggal malah semua akan dipastikan kembali semula di tempat asal. Orang yang beriman kepada Allah swt akan di beri ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir beberapa sungai dan mereka tinggal di situ kekal selama-lamanya, sebaliknya oranng-orang yang ingkar kepada Allah swt akan diberi juga ganjaran berupa neraka yang apinya berwarna hitam legam kerana kepanasan yang melampaui jangkauan fikiran manusia dan mereka juga akan di siksa yang amat menyiksakan hingga tidak tergambar oleh manusia dan kekal disitu buat selama-lamanya.

Berbahagialah bagi orang yang beriman dan celakalah bagi orang yang ingkar.

Wallahua'lam.

Selasa, 12 Ogos 2008

Ya ikhwanul muslimun wal mukminun, sesungguhnya kejayaa semua manusia sejak daripada Nabi Adam a.s. hinggalah umat yang terakhir iaitu Umat Nabi Muhammad s.a.w adalah terletak pada sejauh mana dia mentaati perintah Allah swt dan ikut cara Nabi s.a.w.

Oleh itu, adakah kita ini mengerti apa itu taat dan cara yang dimaksudkan? Sesungguhnya tidak ada satu pun aturan dan perintah yang paling agung melainkan aturan yang Maha Pencipta lagi Maha Besar Allah s.w.t, dan tiada satu pun cara yang paling unggul dan mulia melainkan cara hidup Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak adalah jaminan seseorang hamba itu untuk selamat baik didunia ini lebih-lebih lagi di akhirat nanti hanya semata-mata taat perintah Allah s.w.t tanpa mengikuti cara nabi-nabi dan para rasul yang telah di hantar oleh Allah s.w.t ke atas dunia ini demi untuk membetulkan semula kerosakan yang dibuat oleh hamba-hamba manusia yang sudah lupa dan mengingkari syariat Allah s.w.t. Maka itu, beribadatlah sepertimana Rasulullah s.a.w. beribadat dan sebar serta selamatkanlah umat ini daripada terjerumus ke dalam lembah neraka yang mana siksaannya adalah kekal abadi (abadan-abadan) na'udzubillahi min al-nar.

Ayuh! umat akhir zaman semua, taatilah perintah Allah s.w.t sepertimana Kekasihnya Muhammad s.a.w. mentaati-Nya.

Wallahua'lam.

Khamis, 1 Mei 2008

tengok la tu...bukan main khusyuk lagi. biasa la...depan kamera hehe..

yang itu...saya la tu. tapi...yg kat belakang tu "don play-play"...itu along punya olang ooo..

boring la...itu olang, sama saja. tak ada olang lain ka...hayya!


halo datuk YB, apa macam projek sekarang? Ada lubang itu macam, jangan lupa talipon saya punya handset.


Posted by Picasa
Pengalaman bersama Captain Ri di Laut Cina Selatan dalam misi mencari emas hitam yang dikatakan tenggelam didasar laut selepas tsunami melanda pada suatu masa dulu. Pencarian masih dilakukan walaupun cuaca sebenarnya tidak berapa mengizinkan dengan ombak yang hampir mencapai ketinggian setengah meter dengan angin bertiup selaju dua kilometer sejam. Bersambung...

Sabtu, 22 Mac 2008

Dunia yang sementara...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Ini berlaku disalah sebuah negara Arab. Wallahua'lam.
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.