Sabtu, 19 Februari 2011

Panji Bendera Hitam

Seperti yang dinukilkan sebelum ini, bermula di Tunisia, beberapa negara Arab yang diperintah oleh golongan sekular satu demi satu telah dan sedang digulingkan oleh rakyatnya sendiri. Pemerintah Tunisia dan Mesir telah jatuh tersungkur ditangan rakyatnya yang bangkit bagai "sand storm" ditengah padang pasir. Kini Bahrain, Libya, Yaman juga menerima gelombang yang sama apabila rakyatnya sudah begitu tertekan dengan kerajaan kuku besi mereka.

Hari ini, tiupan gelombang itu juga bagai sedang merasuk rakyat Kuwait seperti yang terpapar dalam berita online dimedia elektronik antarabangsa.

Jika difikirkan seolah-olah zaman khalifah Islam sedang bangkit bersatu dalam memerangi pihak toghut dan dajjal yang mengamalkan sistem sekular dan tunduk dengan kuasa barat semata-mata untuk kepentingan dunia yang sementara.

Jika kita mengimbas kembali kisah dan takdir akhir zaman yang mana "bendera hitam" akan mara dan tercetus di tanah hijjaz seperti yang tertulis dalam banyak buku-buku ilmiah dipasaran ia seolah-olah masan itu sudah semakin hampir. Apakah ia benar? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu...

Apapun, kita memang yakin Islam akan bangkit semula dalam memerangi toghut diakhir zaman ini dan itu sudah diberitahu seperti dalam naskah-naskah Al-Quran dan Hadith Nabi.

Wallahua'lam.

Khamis, 17 Februari 2011

Fitnah ala melayu sekular..

Belum pun penamaan calon PRK Merlimau diadakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab tercetus dikawasan Dun Merlimau dengan tersebarnya CD "Islam Umno tak masuk syurga, Islam PAS masyyukk syurga"...astaghfirullah al-adzim...

Siapakah punya angkara buruk ini? Pihak yang teraniaya seharusnyalah membuat laporan polis segera kerana ini adalah fitnah yang amat berbahaya dan menakutkan orang Islam khususnya di negara ini.

Sungguhpun perkara ini seperti pepatah lempar batu sembunyi tangan, lambat laun ia akan diketahui juga dan RAKYAT sudah faham sangat dengan taktik "musuh rakyat" yang sebegini.

Mudah-mudahan Allah SWT melaknati pelakunya dan ditunjukkan kepada umum nanti. InsyaAllah amin.

Marilah kita bangkit demi memperjuangkan agama suci Islam daripada orang munafik laknatullahi alaih!

Takbir! Allahu Akbar.

Ahad, 13 Februari 2011

Beer halal...???

Amat terkejut dan pelik setelah melihat logo Halal Jakim dan Lesen Bir Kelas II terpapar di dinding di salah sebuah kafe Lapangan Terbang Tawau.

Semalam, sambil menunggu pintu penerbangan dibuka, kami sempat ke salah sebuah kafe di Lapangan terbang Tawau. Sambil meng'order' minuman terlihat logo fotostat Halal Jakim bersama signage dibawahnya tertulis 'Lesen Bir Kelas II'. Sebagai seorang muslim, kita amat kesal dan kecewa dengan pihak berwajib yang agak kurang memantau perkara ini yang boleh dikira sensitif.

Setelah melihat-lihat dalam ruangan kafe tersebut, sah ia dipunyai oleh seorang bukan pengusaha muslim berdasarkan namanya dan sekaligus boleh disimpulkan pengusaha tersebut tidak faham atau saja-saja tidak faham demi mengaut keuntungan lebih.

Apapun kepada pihak yang berwajib seperti JAKIM, Kementerian Perdagangan dan PBT haruslah sentiasa memantau dan mengambil tindakan kepada pengusaha-pengusaha seumpamanya jika terdapat perlanggaran akta dan peraturan lebih-lebih lagi premis ini dibangunan seperti lapangan terbang.

Sebagai pengguna, tindakan dan aduan bolehlah disalurkan kepada Persatuan Pengguna Islam, JAKIM atau NGO Islam lain demi mengelakkan diskriminasi terhadap orang Islam.

1Malaysia tidak bermakna semua boleh disatukan, ini harus kita terima hakikatnya. Halal sampai bila-bila pun tidak akan bercampur dengan yang Haram atau benda yang syubhat!

Wallahua'lam.
  

Sabtu, 12 Februari 2011

Selamat tinggal Hosni Mubarak

"I'm 21 years old and this is the first time in my life I feel free," an ebullient Abdul-Rahman Ayyash, born eight years after Mubarak came to power, said as he hugged fellow protesters in Tahrir, or Liberation, Square.

Inilah antara kata-kata salah seorang yang memprotes kerajaan pimpinan Hosni Mubarak di Mesir. Selepas 18 hari melakukan protes aman, semalam Hosni Mubarak terpaksa akur dengan kehendak rakyat Mesir yang rata-rata semua rakyat di seluruh negara mendesak beliau berundur segera.

Tahniah diucapkan kepada rakyat Mesir yang berani dan nekad melakukan revolusi dalam menumbangkan sebuah kerajaan kuku besi dan menindas rakyatnya. Malah yang lebih teruk lagi sebuah kerajaan yang bertopengkan Islam tapi bersekongkol dengan musuh Islam seperti orang Israel dan Yahudi. Bukankah ini suatu pengkhianatan kepada agama?!

Perkembangan ini sudah pasti menjadi kebanggaan dan harapan umat Islam seluruh dunia, selepas revolusi  yang berlaku di Tunisia dan negara-negara serantau dengan Mesir. Perkembang ini juga sudah pasti membuka mata negara-negara sekular Islam dan juga negara barat termasuklah negara haram Israel.

Ia juga menjadi suatu isyarat kepada sebuah kerajaan yang bersifat kuku besi, diktator, sekular dan seumpamanya yang mana kuasa rakyat mengatasi kerajaan dan pemerintahan. Langkah ini (revolusi) mungkin akan menjadi inpirasi golongan rakyat bagi sesebuah negara dalam membendung atau menumbangkan sebuah kerajaan yang dilantik oleh rakyat sendiri tetapi kerajaan dan pemerintah tersebut khianat. Oleh itu, kepada kerajaan dan pemerintah yang serupa Hosni Mubarak beringatlah, mungkin abad ini adalah abad revolusi rakyat.

Kepada dunia Islam, bukalah mata dan bermuzakarahlah sejenak. Islam sedang bangkit setelah sekian lama tertindas dan diabai hak-hak kemaunisaannya tidak kira di mana sahaja. Lihatlah apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan negara Islam sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan oleh kuasa barat.

Apapun agar perkembangan positif yang sedang berlaku di Mesir ini akan membuka pintu kepada pejuang-pejuang Islam, kebebasan dari kerajaan kuku besi, demokrasi yang adil, hak-hak kemanusiaan dan sebagainya. Mungkinkah kata-kata 'doomsday' ini yang dimaksudkan kebangkitan rakyat seluruh dunia melawan kerajaan-kerajaan yang mengkhianat rakyat?! Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui yang tahu. Dan, kita hanya menunggu masanya...bilakah ia akan berlaku?

Kepada rakyat Malaysia, adakah kita dapat merasakan sesuatu daripada apa yang sedang berlaku di atas dunia sekarang? Dan, apakah pengiktibaran yang kita dapat ambil dan bertindak sewajarnya demi keadilan manusia sejagat dan kedaulatan agama suci Islam serta keamanan semua bangsa dan agama? Sama-samalah kita semua berfikir dan berhijrah kepada suatu zaman yang sudah lama ditunggu-tunggu...

Sekali lagi kepada pejuang-pejuang bumi Mesir setelah 30 tahun lebih, tahniah dan syabas diatas perjuangan saudara. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati saudara sekalian.

Selamat tinggal Hosni...!

Wallahua'lam.


Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.