Jumaat, 5 November 2010

Tanya diri dan jawablah sendiri...

Kalau dilihat 'bunting' atau sepanduk tu macam kurang bijak pulak. kenapa dikatakan begitu? sebabnya sebagai warganegara Malaysia yang sah adalah bebas untuk bergerak ke mana sahaja selagi tidak menyalahi undang-undang sedia ada. bukankah pernyataan tersebut bercanggah perundangan dan perlembagaan negara atau mungkin penduduk terbabit tidak faham sistem negara berdaulat. dan lagi adakah penduduk ini faham sistem demokrasi berparlimen atau hanya diperalat oleh pihak yang berkepentingan. mungkin orang di Malaysia Barat tergelak melihat perkara 'kuno' ini masih berlaku di negeri di bawah bayu ini. penduduk disini juga harus faham bahawa tiada suatu parti yang akan berkuasa selama-lamanya diatas dunia ini lebih-lebih lagi di negeri Sabah yang sudah beberapa kali bertukar kerajaan. apapun memang bukan salah orang kampung semata-mata tetapi segelintir dalang parti politik yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan. bagi golongan celik, apa yang berlaku ini hanya akan mengakibatkan kawasan dan penduduk terbabit jauh ketinggalan dibelakang dari arus pembangunan fizikal disamping minda yang terjajah.

Di suatu pihak lain pulak ceritanya. mungkin kali pertama dalam sejarah negara bakal Ahli Parlimen terjatuh ke dalam air disebabkan jambatan usang runtuh semasa melakukan kempen pilihanraya. difahamkan beliau terjatuh dua kali sepanjang kempen atas sebab yang sama. bagi pemenang kawasan parlimen ini, mungkin inilah projek pertama yang harus dilaksanakan segera iaitu menaiktaraf semua jambatan usang tersebut bagi keselamatan rakyat dan pengundi yang memenangkannya. kita tidak mahu janji hanya tinggal janji sejurus keputusan kiraan undi diumumkan. dan bagi penduduk terbabit pula, inilah masa menagih janji bukan hanya tunggu dan lihat sahaja. namun kebiasaannya perkara ini akan berlanjutan tanpa ada tindakan segera dan pembelaan untuk rakyat. peruntukan tahunan ada tapi habis entah ke mana. apapun tanyalah diri dan jawablah sendiri sebelum anda yang rugi ditipu sampai mati...

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.