Pembentangan bajet 2011 yang lepas oleh YAB Perdana Menteri sudah, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi pun sudah. Namun apa yang terkeluar di dada akhbar dan media, Sabah masih lagi tercatat negeri yang termiskin padahal negeri adalah negeri kedua terkaya selepas Selangor pada 1970...apalah nasib. Begitulah antara keluhan sesetangah pihak di negeri ini.
Agihan bajet 2011 antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung masing-masing RM9.55 billion dan RM109.74 billion. Ia hanya lebih kurang 1/10 berbanding sumbangan Sabah dan Sarawak dalam industri minyak dan gas iaitu minyak sebanyak 44.5% dan gas 64.1% kepada negara dan kerajaan persekutuan. Dan seperti yang umum tahu royalti daripada hasil minyak dan gas Sabah hanya 5% sahaja yang mana selebihnya 95% masuk ke akaun persekutuan. Sesungguhnya perkara ini tidak adil sama sekali dan terdapat unsur diskriminasi terhadap rakyat Sabah.
Secara matematiknya, hasil pengaliran hasil-mahsul dari negeri ini kebanyakan pergi ke Semenanjung untuk pembinaan dan pembangunan yang menelan berbiliion ringgit. Ini termasuklah MRT (Mass Railway Transit) RM40 billion, new highways RM 10 billion dan banyak lagi. Tidak dilupakan juga Warisan Merdeka 100 tingkat RM5 billion yang hendak dibina, yang kini menjadi isu dan kontroversi. Dimanakah keadilan dalam isu pembangunan yang sudah sekian lama dituntut oleh rakyat Sabah? Mungkin kerana rakyat Sabah yang dianggap ketinggalan dari segi minda dan pemikiran, maka rakyat Sabah boleh diabaikan hak mereka malah mungkin sanggup memperbodohkan.
Ini mungkin boleh dibuktikan dengan masalah-masalah yang dulu, kini dan mungkin selamanya rakyat Sabah tanggung selagi kerajaan persekutuan hari ini tidak berubah ataupun ditumbangkan dan diganti oleh orang lain. Masalah bekalan elektrik dan air iaitu keperluan asas rakyat sehingga kini tiada penghujungnya sebaliknya memperbodohkan rakyat dengan janji-janji dan projek khususnya semasa kempen pilihanraya. Bukankah negeri ini kaya dengan khazanah minyak dan gas, yang mempunyai telaga laut dalam yang sememangnya suatu lubuk kekayaan untuk diagihkan kepada rakyat negeri ini. Tapi malangnya, semua khazanah ini disedut dan dialirkan secara terus ke tempat lain untuk kepentingan pihak lain. Rakyat Sabah..? Tidak mengapa...sebab orang Sabah baik hati, tidak pandai melawan, syukur dengan apa yang ada, malah berterima kasih banyak-banyak dengan kerajaan yang memperbodohkan mereka..alahai malangnya. Berapakah nilai orang Sabah sebenarnya jika dibanding rakyat ditempat lain..? Perlukah dijawab pertanyaan ini...hanya mereka yang ada maruah sebagai sebuah bangsa yang berdaulat sahaja yang akan memikirkannya dan bertindak sewajarnya.
Sudah tahu rakyat Sabah perlukan janakuasa elektrik yang berkapasiti besar, kenapa peruntukan yang bukan keperluan asas diutamakan? Ini persoalan yang patut orang Sabah jawab. Kenapa orang Sabah berdiam diri apabila hak mereka dipandang sebelah mata sahaja dan diabaikan...ini soal keperluan asas bukan perkara kehendak yang tidak mengapa kalau tiada. Ini soal bekalan elektrik, air juga sistem perhubungan. Sepatutnya semua ini sudah selesai sejak 20 tahun yang lepas seperti di tempat lain...tapi kenapa di Sabah tidak? Kerajaan hanya berjanji dari satu Rancangan Malaysia kepada Rancangan Malaysia yang seterusnya tapi keadaan tetap juga tiada kemajuan malah semakin punah kerana tiada penyelenggaraan yang sewajarnya.
Jadi memang suatu isu yang kontroversi apabila bajet Warisan Merdeka 100 tingkat RM5 billion diutamakan berbanding keperluan asas rakyat Sabah. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib seseorang (umat, rakyat) itu, melainkan dia (mereka) mengubah nasib mereka sendiri (terlebih dahulu). Maka itu rakyat Sabah harus membuka minda dan berani berubah. Jika tidak, usahlah mengeluh dan merintih jika elektrik sekejap-sekejap terputus rumah manjadi gelap, anak-anak berpeluh kepanasan, nasi tidak masak, perniagaan rugi kedai tutup awal dan sebagainya. Air pun sama, sekejap ada sekejap tiada, banyak aktiviti harian tergendala. Secara kesimpulannya, semua ini menyumbang kepada kemerosotan ekonomi dan produktiviti negeri Sabah. Selepas 47 tahun dalam kemiskinan, mampukah Sabah menjadi negeri terkaya lagi dan orang Sabah menjadi bangsa yang progresif dan lebih dinamik?
Ayuh Sabahan, bangkitlah dari lena mu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan