Rabu, 28 April 2010

Potongan Cukai Berjadual atau Zakat

Disini saya cuma berkongsi pengalaman berkaitan Cukai Kena Bayar bersempena dengan bulan membayar cukai peringkat kebangsaan (hehe..). Kepada pembayar cukai yang berdaftar terutamanya yang baru sahaja menjejaki kaki kedalam alam percukaian, sila pastikan anda ada membuat potongan cukai berjadual (PCB) atau potongan zakat, alternatif bagi orang beragama Islam. Bagaimana hendak memastikan potongan ini? Seharusnya pihak majikan akan menyerahkah slip gaji bulanan, dan bila anda menerimanya pastikan anda meneliti setiap perkara yang dinyatakan termasuklah PCB atau Zakat ini. Dan, harus diingat juga anda mesti tahu berapakah jumlah potongan oleh majikan setiap bulan ini bagi mengelakkan jumlah tahunan PCB tersebut terlalu rendah dibawah Cukai Taksiran setiap tahun. Sekiranya potongan agak rendah, anda dinasihatkan menyimpan sejumlah wang bagi tujuan menampung kekurangan jika ada.

Apa yang berlaku kepada diri saya, apabila saya menerima borang EA daripada majikan saya didapati tiada angka PCB dinyatakan dalam borang tersebut. Borang EA adalah pernyata pendatapan tahunan daripada majikan yang menjadi rujukan untuk mengisi borang cukai BE setiap tahun. Setelah mendapati tiada angka pada PCB dan Zakat, dan membuat taksiran sudah pastilah akan dikenakan cukai. Jadi, sila pastikan PCB atau Zakat dipotong setiap bulan, jika tidak terpaksalah anda secara berdisiplin menyimpan sejumlah wang pendapatan bagi mengelak beban membayar cukai tahunan.
Selamat menjadi pembayar cukai tegar kebangsaan! (hehe..)

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.