Khamis, 29 April 2010

Hijab - Tuntutan Ilahi

Apabila menyentuh cerita pasal hijab, banyak yang boleh dikongsikan untuk kita semua dapat menghayati tuntutan tersebut. Mungkin masih ramai lagi dikalangan muslimah yang tidak mengetahui berkenaan kewajipan memakai hijab ini. Dan yang menyedihkan terlalu ramai yang buat-buat tidak tahu walaupun seruan dan ilmu kewajipan memakainya disedari dan diketahui.

Firman Allah swt:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (Al-Ahzab : 59)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". (An-Nur : 31).

Semoga Allah swt memberikan kekuatan untuk amalkan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Wallahu'alam.

Niqab - Kehebatan Seorang Muslimah

Sesuatu yang menyedihkan apabila amalan Islam sentiasa didiskriminasikan oleh pihak musuh Islam. Cukuplah dengan penindasan keatas umat yang berlaku dimana-mana seluruh dunia oleh seteru Islam. Bukanlah hendak mempertikaikan undang-undang atau peraturan budaya sesebuah negara, tetapi adakah amalan dan tuntutan agama itu juga termasuk dalam hak-hak asasi manusia yang sangat diagung-agungkan pihak barat.

Apa yang berlaku baru-baru ini di Eropah adalah seorang wanita Perancis dikenakan denda sebanyak 22 euro atau RM78 lebih kurang diatas kesalahan memakai "niqab" semasa sedang memandu. Niqab adalah pakaian penutup kepala (aurat) wanita yang kebiasaannya dipakai oleh wanita di negara-negara Arab. Disamping itu, Perancis telah membawa isu tersebut ke parlimen untuk menggubal undang-undang dalam isu pemakaian niqab di negara tersebut. Kelulusan undang-undang ini nanti bermakna kesukaran bagi umat Islam wanita untuk mengamalkan kewajiban menutup kepala iaitu aurat bagi muslimah.

Apapun, semoga Allah swt sentiasa menolong hamba-Nya yang menegakkan suruhan-Nya dan syari'at Islam seperti yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

Wallahu'alam.

Rabu, 28 April 2010

Kapal Selam "Altantuya"








Jarang-jarang kita dengar kapal selam pelancongan atau mungkin tidak pernah dengar langsung. Tapi inilah apa yang dikongsikan disetengah-setengah atikel kebangsaan dan begitu juga kedengaran spesis kapal selam jenis ini berada di Malaysia. Adakah kapal selam yang dimaksudkan itu yang bernama "Scorpene" yang berlabuh di Pangkalan Navy di Teluk Sepanggar, Sabah? Kedengaran begitulah.




Menjadi tanda tanya, bukankah kapal selam itu adalah kapal selam untuk tujuan menjaga perairan negara daripada di ceroboh pihak musuh. Jadi kenapa ia ia dinamakan kapal selam pelancongan? Itulah antara persoalan orang ramai dan kadang-kadang dijadikan bahan lawak. Apabila dibongkar-bongkar, kedengaran kapal selam tersebut tidak mempunyai kelengkapan senjata dan alat pengesan atau radar. Wahh!!! ini sesuatu yang mengejutkan jika ianya adalah benar. Memang susah hendak percaya jika ini benar, dan menjadi suatu bahan kutukan dan jenaka kepada kementerian yang terbabit.

Cukuplah dengan harga yang tidak munasabah dan komisyen yang "memberangsangkan" oleh orang itu. Ini ditambah lagi isu terbaru ini yang betul-betul membingungkan rakyat negara bertuah ini.

Wallahu'alam.

Potongan Cukai Berjadual atau Zakat

Disini saya cuma berkongsi pengalaman berkaitan Cukai Kena Bayar bersempena dengan bulan membayar cukai peringkat kebangsaan (hehe..). Kepada pembayar cukai yang berdaftar terutamanya yang baru sahaja menjejaki kaki kedalam alam percukaian, sila pastikan anda ada membuat potongan cukai berjadual (PCB) atau potongan zakat, alternatif bagi orang beragama Islam. Bagaimana hendak memastikan potongan ini? Seharusnya pihak majikan akan menyerahkah slip gaji bulanan, dan bila anda menerimanya pastikan anda meneliti setiap perkara yang dinyatakan termasuklah PCB atau Zakat ini. Dan, harus diingat juga anda mesti tahu berapakah jumlah potongan oleh majikan setiap bulan ini bagi mengelakkan jumlah tahunan PCB tersebut terlalu rendah dibawah Cukai Taksiran setiap tahun. Sekiranya potongan agak rendah, anda dinasihatkan menyimpan sejumlah wang bagi tujuan menampung kekurangan jika ada.

Apa yang berlaku kepada diri saya, apabila saya menerima borang EA daripada majikan saya didapati tiada angka PCB dinyatakan dalam borang tersebut. Borang EA adalah pernyata pendatapan tahunan daripada majikan yang menjadi rujukan untuk mengisi borang cukai BE setiap tahun. Setelah mendapati tiada angka pada PCB dan Zakat, dan membuat taksiran sudah pastilah akan dikenakan cukai. Jadi, sila pastikan PCB atau Zakat dipotong setiap bulan, jika tidak terpaksalah anda secara berdisiplin menyimpan sejumlah wang pendapatan bagi mengelak beban membayar cukai tahunan.
Selamat menjadi pembayar cukai tegar kebangsaan! (hehe..)

Beg Sekolah Berat

Setiap kali permulaan musim sekolah isu beg sekolah yang berat berisi buku sering diperkatakan dan menjadi masalah kepada anak-anak sekolah. Masalah ini sangat dirasai oleh anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan iaitu dikalangan darjah satu dan juga pra-sekolah atau tadika. Namun, bukan sahaja anak-anak yang baru memulakan langkah pertama ke sekolah, malah murid-murid sekolah daripada kalangan darjah atas juga merasai masalah dan beban yang sama. Tapi yang sangat menjadi persoalan disini dan perlu diambil jalan penyelesaian segera adalah masalah beg sekolah berat dikalangan murid-murid yang baru pertama sekali menjejaki kaki ke alam persekolahan.

Persoalan yang ingin dilemparkan dan dibincangkan disini termasuklah dari segi faktor kesihatan dan pembelajaran untuk jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek oleh anak-anak ini. Pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran, sekolah dan tidak terkecuali juga pihak ibubapa harus memikirkan langkah-langkah untuk penyelesaian dari masalah ini yang sudah berlarutan sekian saban tahun. Sehingga baru-baru ini isu tersebut dilontarkan semula bagi memastikan ianya diselesaikan segera.

Persoalan yang sering menjadi tanda tanya ibubapa adalah kenapa hanya baru pertama kali menjejaki kaki ke alam persekolahan sudah memikul bebanan buku pendidikan yang beigtu banyak dan berat oleh anak-anak sekolah ini? Kita tidak menafikan pendidikan anak-anak kita sangat penting, tapi tiadakah ada suatu pendekatan atau alternatif yang lebih eketif dan sihat bagi anak-anak ini. Di zaman yang dikatakan serba canggih ini, tidakkah ahli akademik dan kementerian memikirkan secara terperinci seterusnya menyelesaikan masalah ini.

Jika dilihat dari segi pendidikan adakah dengan pembelajaran dari buku yang banyak dan tebal yang diajarkan kepada anak-anak yang bersekolah ini efektif. Dengan kata lain, secara purata berapa peratus penerimaan pembelajaran dari buku yang banyak, tebal dan berat ini boleh diterima oleh anak-anak ini? Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan ianya akan menjadi sia-sia sahaja jika buku yang tebal lagi berat itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Bagi pihak guru pula, benarkah mereka dapat menghabiskan silabus kesemuanya dengan efektif? Mungkin banyak lagi persoalan daripada isu beg sekolah berat ini dan mungkin boleh dikongsikan kemudian.

Dari segi kesihatan pula, seperti yang kita tahu bebanan yang berlebihan yang dipikul oleh anak-anak kita setiap hari memang boleh menjejaskan kesihatan mereka. Tambahan lagi, anak-anak yang darjah satu saiz dan berat badan mereka adalah berbeza walaupun sama usia. Mungkin tidak menjadi masalah anak-anak yang mempunyai susuk tubuh yang besar, tapi jangan dilupakan anak-anak yang bersaiz kecil. Jika diukur dari segi pakar kesihatan, untuk mengangkat dan membawa sesuatu beban, suatu teknik yang betul mestilah dipraktik bagi mengelakkan kecederaan atau masalah kepada tulang belakang sama untuk jangka masa panjang atau singkat. Dengan usia yang masih muda, adalah tidak munasabah untuk anak-anak ini membawa beban yang berat melebihi dari sepatutnya. Seperti nasihat pakar kesihatan, beban tidak seharusnya melebihi 10% dari berat anak-anak kita. Dan cuba bayangkan bebanan yang lebih ini dibawa setiap hari kesekolah? Mungkin seorang dewasa pun tidak mampu menerimanya.

Apapun, kita amat berharap pihak Kementerian Pelajaran mengkaji seberapa segera dan ambil tindakan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk oleh anak-anak sekolah ini. Pihak sekolah, guru-guru, ibubapa dan masayrakat seluruhnya juga harus bertindak dan memainkan peranan dengan memberi input positif kepada pihak berwajib.

Wallahua'lam.

Fatwa Merokok





Isu tentang bahaya rokok ini bukanlah suatu perkara baru. Beberapa fatwa telah dikeluarkan sebelum ini oleh ulama Islam antarabangsa seperti oleh Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ˜Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar), Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby, Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi’i dari Syria, dan ulamak Mekkah Abdul Malik al-Ashami, dan juga fatwa Dr Yusuf al-Qardhawi. Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Qur’an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan."

Merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith sahih melarang membazirkan harta kepada hal-hal yang tidak bermanfaat. Membeli rokok bukan sahaja memperuntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan boleh membawa kemudaratan.



Dalam hadith riwayat Ibnu Majah, Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud "Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.".

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud,

“Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran).” Rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah solat.



Sejak 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKBHEAI) Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Akta, Enakmen dan Ordinan Pentadbiran Undang-Undang Islam negeri-negeri memperuntukkan bahawa, suatu kenyataan oleh Mufti tidak boleh dikatakan sebagai fatwa dan tidak akan menjadi undang-undang yang mengikat (binding) melainkan jika ia telah dikeluarkan melalui prosedur yang telah ditetapkan di dalam Enakmen dan seterusnya disiarkan di dalam Warta. Penguatkuasaan fatwa adalah di bawah bidangkuasa negeri-negeri kerana pentadbiran undang-undang Islam terletak di bawah negeri. Di samping itu, tidak ada mana-mana negeri boleh dipaksa untuk menerima fatwa yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Budak 15 tahun ditembak, salah siapa...?

Sejak akhir-akhir ini kes pembunuhan sangat berleluasa dimana-mana seluruh pelusuk dunia. Tidak usah kita bercakap apa yang berlaku diluar negara seperti di Palestin, Iraq, Amerika Syarikat atau ditempat lain. Cuba kita lihat sendiri apa yang sedang berlaku dalam negara kita. Sesungguhnya kes pembunuhan kian meningkat, itu yang dilaporkan. Bagaimana pula kes-kes yang tidak dilaporkan?

Terbaru kes kematian seorang remaja berumur 15 tahun ditembak oleh pihak berkuasa polis sepertimana yang dilaporkan dalam sebuah media. Walaupun ia masih dalam siasatan, spekulasi sudah pasti tidak dapat dielakkan disebabkan ia melibatkan nama pihak berkuasa. Oleh kerana masih dalam siasatan, kita tidak seharusnya menambahkan lagi spekulasi dan cerita-cerita yang boleh mengakibatkan kesalahan dibawah akta-akta yang sedia ada.

Sebagai ahli masyarakat, adalah lebih baik kita melihat kembali diri masing-masing dan suasana persekitaran kita. Adakah kita ini dalam lingkungan diri dan suasana yang sihat? Perlu difikirkan sama ada kita ini selamat didalam suasana negara pada ketika ini. Ini kerana saban hari kita mendengar dan melihat peristiwa dan kejadian yang kurang sihat dan kadang-kadang amat menakutkan. Apa yang lebih penting, kita perlu mencari suatu kaedah iaitu bagaimana kita dapat menyumbang dan memastikan perkara yang tidak sihat, ganas, menakutkan ini dapat di cegah dan dielakkan.

Seringkali masyarakat berpandangan, jika ada kes sebegini secara otomatik pihak berkuasalah yang akan pertama sekali dituding jari. Pihak berkuasa tidak menjalankan tugas dengan cekaplah, lalailah, tidak professionallah dan sebagainya. Sebagai ahli masyarakat seharusnya muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan melulu kerana kita bertanggungjawab dalam memastikan setiap ahli keluarga kita dalam keadaan sihat jasmani dan rohani, maka barulah kita dapat mengecapi hidup yang harmoni. Perlu ditanya sama ada kita sebagai ketua keluarga telah melaksanakan tanggungjawab sebaiknya atau tidak? Perilaku isteri/suami dan anak kita bagaimana? Hubungan kita dengan masyarakat luar bagaimana? Keperihatinan kita pada persekitaran bagaimana? Yang paling penting lagi, hubungan dan kewajiban kita kepada Yang Maha Pencipta, bagaimana?
Wallahu a'lam.

Selasa, 27 April 2010

Penculikan Sebangkat

Mengejutkan apapbila perairan Sabah terutamanya di kepulauan dan perairan Semporna berlaku semula kes penculikan oleh sekumpulan warga asing yang dipercayai dari selatan Filipina. Seperti yang disiarkan dalam dada akhbar tempatan dan media, beberapa orang tempatan di kawasan Semporna yang sedang mengusahakan perusahan makanan laut iaitu rumpai laut atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai "gamai" atau "latok".

Dipercayai sehingga kini mereka masih menjadi orang tawanan yang diculik ke selatan Filipina tempat persembunyian penculik-penculik tersebut. Walaupun ada pihak yang telah membawa isu ini ke peringkat negeri dan Kementerian Dalam Negeri juga pihak polis Malaysia, namun sehingga kini perkembangan untuk menyelamatkan dan membawa pulang rakyat Malaysia ini masih kabur dan dipercayai masih dalam perbincangan.

Ikuti perkembangan dari semasa ke semasa.

Trueno Wagon..?!


Trueno Wagon Vs Trueno AE86
Cantik betul ni kereta. Dua-dua cantik. Tapi jenis wagon macam tidak pernah nampak di Malaysia. Mungkin tidak masuk ke pasaran Malaysia.

Trueno Vs Levin AE86

VS

Treuno AE86 Levin AE86

Generasi AE86 dari Toyota Corolla Levin dan Toyota Sprinter Trueno adalah kategori kereta kecil dan ringan atau jenis "coupe" yang diperkenalkan oleh Toyota pada tahun 1983 sebagai sebahagian daripada generasi kelima dalam barisan Toyota Corolla. Untuk tujuan yang "brevity", casis-dalamannya iaitu kod "AE86" digunakan untutk menterjemahkan keseluruhan rangkaiannya. Didalam kod kereta Toyota klasik, huruf "A" adalah mewakili injin yang telah didatangkan dalam kereta (3A dan 4A) dan "E86" pula mewakili pengubahan yang ke-enam dari generasi yang kelima seperti "siri E80" dari model "E" iaitu Corolla. Perbezaan rupa diantara Levin dan Trueno adalah Levin mempunyai lampu depan yang dipasang secara tetap atau "fixed-headlights" dan yang terkemudian iaitu model Treuno mempunyai lampu depan yang boleh buka-tutup atau "retractable headlights".

Dalam tahun 1987 terdapat perubahan yang terhad atau modifikasi daripada AE86 yang digelar "Black Limited" sehinggalah jumlahnya habis dijual dan digantikan juga pada tahun 1987 oleh pacuan roda hadapan dalam rangkaian jenis AE92 Corolla/Sprinter. Di Jepun, model AE86 telah dikenali sebagai "Hachi-Roku" (ハチロク), yang bermaksud "Lapan-Enam" (Hachi-8 dan Roku-6).



Di Malaysia, kereta model AE86 ini sama ada jenis Trueno atau Levin harganya telah meningkat daripada usia kereta ini sehingga mencecah tiga kali ganda daripada harga jualan asalnya. Ini disebabkan keunikan dan kehebatan rupa bentuk dan rekacipta kereta ini yang kini boleh digelar kereta lagenda Jepun yang digilai oleh peminat-peminat permotoran. Sesiapa sahaja yang memiliki kereta ini sudah pasti menjadi "raja" permotoran dan disegani oleh seterunya dimana sahaja berada.


bersambung...

Isnin, 26 April 2010

Sudahkah anda kembalikan borang Cukai 2009?



Bulan membayar cukai hampir berakhir iaitu pada 30 April 2010. Seperti kebiasaannya pembayar-pembayar cukai tegar akan berpusu-pusu menyerbu bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mana pintu pejabat bangunan dibuka hingga tengah malam pada hari terakhir. Ia sudah menjadi tradisi dan budaya di Malaysia seakan-akan pesta tahunan.

Persoalannya, kenapa pembayar cukai tegar ini tidak menyerah atau mengembalikan borang cukai seawal yang mungkin? Kenapa saat-saat akhir juga jadi pilihan. Apabila pemantauan dibuat dan berdasarkan kajian-kajian rambang pihak tertentu, berikut adalah faktor-faktornya:

1) Sikap suka berlengah-lengah hingga ke saat-saat akhir.
2) Sibuk dengan tugas harian.
3) Lambat menerima borang EA daripada majikan.
4) Lambat melengkapkan borang cukai.
5) Tidak tahu bilakah tarikh penyerahan atau terleka.
6) Terlupa, sehinggalah diingatkan oleh seseorang.
7) Dan lain-lain.

Jika dilihat, faktor nombor satu iaitu sikap adalah penyumbang terbesar dalam masalah ini. Memang dalam apa-apa jua hal, sikap adalah yang tertinggi peratusannya penyebab kepada sesuatu hal dan masalah. Tapi apa hendak dibuat...? Tepuk dada, tanyalah peribadi masing-masing.

Apapun, setelah aku membuat pengiraan diatas borang, aku dikenakan bayaran agar banyak juga selepas pelepasan-pelepasan ditolak. Ini kerana, pihak majikan terdahulu tidak membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB) atau Zakat keatas pendapatan bulananku seperti kebiasaannya. Kesilapan sendiri juga kerana tidak meneliti "pay slip" bulanan. PCB ini penting untuk meringankan beban kita daripada membayar cukai sekaligus semasa pengembalian borang.

Kesimpulannya, sila pastikan anda membuat PCB atau potongan Zakat Pendapatan bulanan. Butiran ini semua tertera didalam "pay slip". Jika tiada, silalah maklumkan pihak majikan anda segera.

Seperti yang semua tahu, Cukai Pendapatan boleh dibuat melalui internet : http://www.hasil.gov.my/lhdnv3e/

Keputusan PRK P.094 Hulu Selangor


P. Kamalanathan (BN-MIC)

Jumlah Undi : 24,997

Undi Majoriti : 1,725

Undi Rosak : 731





Dato' Zaid Ibrahim (PR-PKR)

Jumlah Undi : 23,272






Sabtu, 24 April 2010

Pelantar Minyak Terbakar



Gambar menunjukkan usaha-usaha pemadaman api dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam nahas letupan dan kebakaran sebuah pelantar minyak Deepwater Horizon kepunyaan syarikat Transocean untuk syarikat British Petroleum (BP). Ia terletak di Teluk Mexico, 82 batu dari Tenggara Venice, Louisiana, Amerika Syarikat.

Dilaporkan kejadian berlaku pada jam 22:00, 22 April 2010. 11 orang masih hilang. Minyak mentah telah bocor daripada dua tempat dikawasan telaga yang terletak kira-kira 5,000 kaki dibawah laut, pada kadar kira-kira 1,000 barrel sehari. Sejak ahad, kira-kira 1,143 barrel atau 48,000 gallon air laut yang bercampur minyak dikumpulkan.
Jurucakap BP berkata (Bill Salvin) letupan berlaku "semasa proses menghalakan telaga daripada satu telaga eksplorasi ke dalam satu telaga produksi" - Sumber CNN.

Jumaat, 23 April 2010

Motor Salah Paking



Kurang pasti jenis motorsikal ni. Apa yang pasti motor ini sudah ditunggangi oleh sebatang pokok. Ini sesuatu yang pelik dan mungkin boleh diajukan kepada kru Nusantara ataupun Aduan Rakyat bagi mengulas isu yang menggemparkan ini.


Tempat kejadian masih tidak dapat di pastikan tapi berkemungkinan besar ia di kawasan pokok kayu ara yang dipercayai berpenunggu. Tapi yang hendak ditunggu pun tidak pasti. Apapun biarlah Edisi Siasat atau kru Seekers kah yang akan membongkar rahsia dan kejadian aneh ini.


Kalau dilihat model motor ini, ia adalah model lama keluaran tahun 70-an atau sewaktu dengan era Hail Amir dengan Uji Rashid.

Ahad, 11 April 2010

Adakah anda tahu siapa yang "mengatur" dunia?

Do you know Who Rules the World?

A lot of people put their faith in Obama and the government to save them and the economy. But can Obama really save the world?

"I began writing COR before Senator Obama became President Obama. At the time, he was hailed as a savior, the president that was going to make things right, and was swept into office withvery high approval ratings. Today, his ratings are down, even after winning the healthcare reform issue. Why?"

- Excerpt from Robert's Conspiracy of theRich bulletin.
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.