Jumaat, 28 Januari 2011

Tenang yang tegang...

Pilihanraya kecil kembali lagi. Ini menjadikan PRK yang ke-13 dan yang pertama bagi tahun 2011. N.05 Tenang ini akan menyaksikan satu lawan satu daripada parti Pas-PR dan Umno-BN.

Ramai penganalisa politik dan pemerhati politik tanahair sudah pun membaca 'trend' pilihanraya kecil yang diamalkan di negara ini. Ia bolehlah dikatakan sebagai pihak kerajaan berdepan dengan sekelompok parti atau seorang bapa berdepan dengan anaknya. Apakan tidak, hampir semua jentera kerajaan bergerak untuk tujuan sebuah parti berbanding pihak yang satu lagi.

Perkara ini amat memualkan rakyat masa kini yang inginkan perubahan ke arah amalan demokrasi yang merdeka dan saksama. Rakyat sendiri boleh lihat, dengar malah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan berat sebelah dalam merealisasikan amalan demokrasi di negara ini.

Seperti biasa, pihak 'bapa' ini menggunakan kuasa vetonya dalam menggerakkan jenteranya terutamanya media massa baik cetak maupun elektronik dengan sebaiknya dan inilah senjata yang paling ampuh dalam menyebarkan luaskan maklumat, betul atau salah, sahih atau fitnah belakang cerita. Kebiasaannya si 'anak' akan kelemasan dihimpit dan di 'terajang' oleh si 'bapa' hinggakan memaksa rakyat dan pengundi mempercayai dan memilihnya.

Kedengaran juga ada pihak yang menghalang seteru politik mereka berkempen di kawasan tertentu sambil menakut-nakutkan penduduk di situ. Apa nak jadi dengan amalan demokrasi yang sering dilaung-laungkan oleh mereka?

Hanya satu jalan sahaja yang ada untuk rakyat yang ingin perubahan mutlak, iaitulah beri peluang kepada selain parti yang memerintah. Kalau tak bagus juga, kita bagi pengajaran kepada mereka seperti parti-parti terdahulu yang sudah lenyap dimamah masa.

Takbir! Reformasi!

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.