Ahad, 30 Januari 2011

Maaf ‘Gula Habis’

Mungkin anda biasa melihat perkataan ‘gula habis’ ditulis di atas rak-rak di dalam kedai runcit atau ditulis atas kertas A4 dilekatkan didepan kedai atau pintu masuk kedai. Memang pengguna akan berasa kecewa dan sakit hati melihatnya lebih-lebih lagi para peniaga kecil-kecilan yang memerlukan bahan gula untuk membuat kuih, masakan dan lain-lain. Kekadang juga, tokei kedai akan cakap ‘gula habis’ sebab pembekal gula tidak hantar ke kedai. Bermacam-macam lagi alasan yang kedengaran.

Bagi pasaraya besar pula akan menghadkan pembelian gula, kebiasaannya tidak lebih dari 2 kg. Aduhh…itulah keluhan orang ramai. Akibatnya, pengguna terpaksa membeli gula tersebut secara berasingan seperti emak beli 2kg dan si anak beli 2kg bayar berasingan. Inilah cara yang dapat digunakan bagi memenuhi kehendak…mesti kamu pernahkan?

Dalam banyak-banyak alasan mungkin beberapa kedai sahaja yang jujur dan amanah dalam berniaga. Yang lain faham-faham sajalah. Dan, memang orang ramai yang tidak terjajah mindanya sudah dapat membaca situasi kehabisan gula yang sering berlaku di seluruh negara.

Bagi membenarkan bacaan dan jangkaan tersebut, suatu penangkapan menyeludup gula bersubsidi yang jumlah beratnya hampir 10 tan didedahkan di dada akhbar baru-baru ini. Barang terkawal ini cuba diseludup ke negara jiran di Pulau Nunukan, Kalimantan Indonesia. Ini yang kira sempat ditangkap, bagaimana pula yang dapat bolos perairan atau yang sengaja diboloskan? Ini pun tidak perlu di perkatakan lebih-lebih sebab semua orang tahu…

Jadi, tiada apa yang kita dapat lakukan melainkan setiap aduan rakyat diambil kira sebaiknya, membuat tindakan segera dan yang paling penting badan yang bertanggungjawab seperti Kastam beramanah dalam menjalankan tugas demi negara dan rakyat.







Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.