Isnin, 17 Januari 2011

Malaysia & Indonesia... serumpun

Pesta Kebudayaan Tawau yang baru sahaja berakhir telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat tempatan khususnya. Upacara yang julung-julung kali diadakan di sini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

Pelbagai tarian kebudayaan dipersembahkan oleh suku kaum atau etnik tempatan diantaranya ialah Tidong, Chinese, Murut, Penan, Lundayeh, Indonesia, Bajau, Bugis, India, Jawa, Toraja, Badan Kesenian Johor, Buton, Iban, Cocos, Suluk, Pakistan, Bolongan, Timor, Kadazan, Arab and Bisaya.

Apa yang dapat dilihat di sini adalah gabungan beberapa wilayah nusantara seperti Brunei Darussalam, Indonesia mungkin juga Filipina dan Singapura walaupun dilaporkan menarik diri. Ikatan rukun tetangga kenegaraan seperti ini harus dipupuk selalu agar rantau ini aman dan harmoni.

Namun ada juga pihak yang mempersoalkan apakah motif negara penganjur mengadakan pesta sedemikian yang agak julung-julung kalinya? Lebih-lebih lagi kebudayaan negara jiran seperti Indonesia yang dijemput khas dari wilayah terdekat seperti Sulawesi dan Kalimantan. Mungkin ini suatu usaha untuk menyuburkan kembali persaudaraan kedua-dua negara melayu nusantara ini setelah banyak kontroversi dan ketegangan sejak kebelakangan ini yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab. Apa yang perlu dikatahui umum Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan malah tidak keterlaluan jika mereka seperti adik-beradik. Di harap begitulah kan...bah.

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.