Selasa, 19 Oktober 2010

"The Queen & The First Lady"

First Lady atau dalam bahasa melayu adalah Wanita Pertama agak kedengaran gemanya di sana sini waktu ini. Baik apa yang dicakap-cakap di kedai kopi, di pejabat, di kantin sekolah, di kilang-kilang, di dalam teksi, di ruangan forum…di dalam facebook lagilah berlambak-lambak. Mula-mula tu malas mau ambil pusing tapi..sejak beberapa hari berlalu gema semakin kuat sehingga terkeluar perkataan “menderhaka”…oooppss!

Sehinggalah hari ini selepas terbaca didada akhbar baik yang bermedia elektronik maupun yang di surat khabar yang bersaiz kertas manila kad…(haha). Bukan apa sekarang ni semua yang kecil-kecilkan, cuma dia je yang agak besar..

Berbalik semula kepada wanita pertama, selepas memahami betul-betul ceritanya barulah tidak pusing seperti mula-mula. Patutlah ada yang berkata menderhaka dan tidak kurang juga yang memperli. Seperti apa yang difahami, istilah wanita pertama atau first lady yang digunakan diluar Negara adalah merujuk kepada, jika sesebuah Negara tidak mempunya system beraja seperti Amerika Syarikat maka isteri presidennya adalah wanita pertama Negara tersebut. Tetapi jika sesebuah Negara itu mempunyai system beraja seperti United Kingdom (England), wanita pertamanya ialah “the Queen” atau permaisuri bukannya isteri presidennya.

Apapun ceritanya, mungkin negara Malaysia ni lain sikit fesyennya. Sebab kalau kita lihat sejarah negara pun isteri perdana menteri secara automatik bergelar wanita pertama, kenapa begitu? Gue pun nggak tau…tapi jika dikorek-korek perlembagaan negara ia berbunyi begini:-

Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong.

Perkara 32(2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

Sebagai rakyat yang serba kerdil dalam hal dan cetek ilmu, biarlah pihak yang berkenaan yang faham akan perundangan, perlembagaan dan protocol negara yang memberikan komen selanjutnya. Bukan apa, kita hanya hendakkan persoalan-persoalan yang berlegar-legar di kedai kopi, di siber kafe, kantin sekolah, di pejabat, di kilang mahupun dalam teksi tadi dapat dijawab.

First Lady Malaysia iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah menganjurkan First Lady Summit diadakan pada 10 hingga 13 Oktober 2010. Antara yang hadir First Lady dari Albania, Ghana, Guinea Bissau, Kiribati, Jamaica, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Sri Lanka, Zambia dan beberapa Negara lagi.














Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.