“Bagaimana agaknya politik Malaysia jika Ku Li yang juga sudah tersisih dalam UMNO bergabung dengan Anwar dalam pilihanraya umum ke 13 nanti? Jika Anwar dikatakan berjaya memujuk SAPP keluar BN selepas PRU ke-12 pada 2008, mampukah Ku Li sekali lagi memujuk PBS keluar BN jika beliau memilih untuk bergabung dengan pembangkang menjelang PRU-13 nanti?”
Nampaknya suatu percaturan politik yang hebat bagi kedua-dua kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi akan berlaku. DUN Galas di negeri Tok Guru dan Parlimen Batu Sapi di negeri dibawah bayu yang kini dikatakan pihak pembangkang Pakatan Rakyat sudah pun menggerakkan jenteranya hingga ke pelusuk pedalaman, yang dijangkakan akan merampas kerusi P185 Batu Sapi dengan majority besar.
Persoalan diatas mampukah Ku Li mengulangi rekod kecemerlangannya pada tahun 1990 memujuk PBS keluar dari BN dan seterusnya menghumban BN jauh ke dasar Laut China Selatan. Tiada yang mustahil untuk Ku Li dan PBS melakukan “dead swing” di saat-saat akhir apabila PRK ini kian menjelma. Secara logikanya, karier politik Ku Li sebelum ini seolah-olah sudah berakhir dan mati tidak diperdulikan oleh Umno malah ada yang menghentam dari belakang tidak kurang yang bercakap terang-terangan. Seperti isu royalty minyak, beliau mendapat tentangan hebat daripada rakan partinya sedangkan apa yang dinyatakan adalah benar. Tapi kini, beliau seolah-olah dewa yang turun dari kayangan dan secara tiba-tiba nama beliau dijulang oleh Umno. Sehingga ada suara-suara pembangkang menyentuh nama beliau, pihak Umno dengan cepat mencantas suara-suara tersebut. Agak melucukan dan meluat sekali.
Bagi PBS pula, seolah-olah hilang hala tuju apabila Umno berkuasa penuh dalam kerajaan Sabah. Hampir tidak kedengaran suara PBS dalam pentadbiran BN Sabah sedangkan parti ini mempunyai banyak kerusi yang dimenangi. Kini, keluhan demi keluhan yang diluahkan oleh rakyat negeri ini sebelum ini menyokong parti ini khususnya bagi kaum kadazan dan dusun. Mereka yang sudah banyak terdedah dengan perkembangan dunia luar khasnya dunia system maklumat telah menerima hakikat bahawa PBS yang dulunya betul-betul memperjuangkan nasib peribumi Sabah kini seolah-olah “bankrap” dalam memenuhi janji-janji semasa pilihanraya lalu.
Kesimpulannya, kedua-dua factor ini mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam merubah peta politik Sabah sekaligus menutup pintu kepada Umno yang lebih cenderung seperti “Umno semenanjung” berbanding Usno suatu masa dulu. Apapun ini semua terpulang dengan tiga factor utama iaitu Anuar Ibrahim, Ku Li dan PBS dalam dalam menggerakkan buah-buah catur secara bijaksana dan berstrategi. Bagi rakyat Sabah, khasnya golongan muda sudah membuat pilihan untuk menentukan hala tuju negeri Sabah demi generasi baru Sabah. Dan keputusan itu hanya akan di zahir pada PRU13 nanti dan juga “ujian percubaan” di Batu Sapi yang akan member signal buat negeri di bawah bayu ini.
Salam Sabah Maju Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan