Ahad, 10 Oktober 2010

Loji Janakuasa Geothermal di Tawau..

Benarkah Tawau akan ada loji janakuasa geothermal? Ini sesuatu yang agak janggal jika diukur dari segi geografi negara ini yang dikatakan diluar dari lingkaran gunung berapi. Namun itulah hakikatnya keunikan yang ada di daerah bertuah ini iaitu Tawau. Menurut kajian, kawasan ini berada dikawasan Apas 40km dari bandar Tawau.

Jabatan Geosains dan Mineral hasil penyelidikan mendapati wujud potensi untuk menjanakuasakan elektrik sehingga 67 MegaWatt sehari bagi memenuhi keperluan di kawasan Tawau. Walaubagaimanapun penyelidikan masih dijalankan. Setakat ini, hasil penyelidikan melalui kaedah "magnetotelluric" iaitu pengimejan dibawah permukaan bumi mendapati satu "reservoir" kolam kira-kira 2-3km dibawah tanah dengan air bersuhu diantara 220 hingga 236 darjah celsius yang mana lebih daripada cukup untuk menjana kuasa elektrik. 
Jika difikirkan, memang ada lojiknya dakwaan ini. Di daerah ini ada terdapat "hot spring" atau kawasan air panas semulajadi yang keluar dari dalam bumi. Setakat yang ditemui adalah di Ayer Panas dan Taman Bukit Tawau. Luar dari daerah Tawau, air panas ini juga ditemui di Ranau. Ini satu lagi daya penarik untuk pelancong dalam dan luar negeri datang mengalami kuasa alam ciptaan-Nya.

Tapi ada yang tidak enak dipandang. Inilah yang dikatakan dunia negara ketiga masih banyak upacara dan kepercayaan khurafat dan syirik. Jika kita pergi ke tempat air panas ini selalu ada "makanan jin" yang diletakkan ditebing sungai atau kolam air panas. Mengikut kepercayaan karut ini, bagi memohon keselamatan dan melepaskan hajat daripada kuasa "hot spring" ini. Ada baiknya kalau sesiapa terlihat perkara karut ini terus melaporkan kepada Jabatan Agama untuk tindakan lanjut atau bersekongkol dengan mereka. Perkara ini juga mengakibatkan kawasan air panas menjadi kotor dengan makanan yang dibiar akhirnya masuk ke dalam sungai.

Mungkin kejadian ini ada kaitan dengan bekas gunung berapi (Mt. Maria di Tawau) yang pernah memuntahkan laharnya 27 ribu tahun dahulu. Dari segi geografi, kedua-dua kawasan air panas ini berada dekat dengan gunung ini.

Wallahua'lam.




Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.