Ahad, 20 Jun 2010

Pelancong Ramadhan

Hanya lebih kurang lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut dan menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-tiga iaitu Fardhu puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 1431 Hijriyyah.

Memang ada benarnya dan setuju dengan sebuah atikel yang menyatakan cadangan untuk menarik pelancongan Arab ke Malaysia semasa bulan Ramadhan nanti oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sesuatu yang melucukan. Apa tidaknya, bulan Ramadhan adalah bulan yang barakah bagi umat Islam seluruh dunia untuk niat menunaikan perintah Allah swt dan tujuan beribadah bukannya untuk berpesta dan pelancongan semata-mata yang mungkin tersasar dari tujuan dan niat ibadah itu sendiri. Lebih-lebih lagi hendak menarik warga Arab yang mana kebiasaannya orang diseluruh dunia lebih minat berkunjung ke negara Arab khususnya di Makkah al-Mukarramah yang mana sesiapa yang bersolat di Masjidil Haram itu akan diganjari seratus ribu kali ganda pahala berbanding ditempat lain.

Mungkin pihak kementerian terbabit kena "study" sikit berkenaan tujuan bulan Ramadhan ini bukan semata-mata untuk mempromosikan Malaysia dan mencapai KPI kementerian sebab ini bersangkut-paut dengan keagamaan (Islam). Boleh jadi juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Jamil Khir Baharom boleh memberikan input berkaitan program yang sesuai diamalkan semasa bulan Ramadhan nanti.

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.