Rabu, 9 Jun 2010

Muktamar PAS Ke-56

Muktamar Pas Ke-56 yang diadakan secara tahunan ini akan berlangsung pada 10 hingga 13 Jun 2010 bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Sepertimana diketahui, muktamar pada kali ini adalah agak berbeza dari yang sebelumnya kerana pelbagai perubahan telah berlaku dalam parti yang dilihat amat positif. Antara perubahan adalah tertubuhnya satu lagi dewan dalam parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas selepas dinaik-tarafkan daripada Kelab Penyokong Pas yang terdiri daripada penyokong Pas yang bukan beragama Islam. Dewan ini telah ditubuhkan dan secara rasminya dilancarkan pada 23 Mei 2010 oleh Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS.


Selain itu, menarik pada kali ini adalah 4 orang wakil daripada Hamas dan tetamu daripada Maldives dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) juga akan menghairi muktamar tersebut. Dan seperti kelazimannya, beberapa tokoh Islam dalam dan luar negara juga dijemput dan akan hadir, termasuklah pemerhati-pemerhati politik luar dan dalam negeri. Tidak ketinggalan juga, wakil-wakil Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) juga akan hadir.

Kepada pemimpin dan semua ahli Pas, selamat menunaikan amanah rakyat dan bermuktamar.

Allahu Akbar!

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.