Ahad, 14 Februari 2010

Kenduri kesyukuran & doa selamat

Seperti yang direncanakan kami sekeluarga menunaikan niat untuk membuat kenduri kesyukuran dengan nikmat yang dikurniakan oleh Ilahi dan doa selamat ditempat kerja baru dan buat isteriku yang masih dalam rawatan. Kenduri yang dibuat hanya ala kadar sahaja disekalikan dengan sambutan ulangtahun kelahiran buat Muhammad Hafeezy 7 tahun (anak yang kedua) dan Naqibah 7 tahun (anak saudara).
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik cuma disebabkan rumah kecik je dengan tetamu yang datang jadi agak terhad sikitlah ruang dan pergerakan. Namun kelihatan semuanya berasa gembira kerana dikesempatan waktu yang terhad dan jarang-jarang sekali diadakan dapat juga bertemu dengan saudara yang jauh disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara adik-beradik dan sanak saudara.
Hidangan, semuanya masakan sendiri oleh isteri, kakak ipar dan mak mertua. Macam biasa, masakan kari dan sup tulang adalah juadah kegemaran semua. Kepada tetamu dan saudara yang hadir diucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tak lupa kepada Imam Ladin yang datang dari jauh semata-mata untuk mengetuai majlis tahlil dan doa.

Jazakallahu kathiran.

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.