Jumaat, 18 Disember 2009

Hijrahku...

Sempena Awwal Muharram Tahun Baru Hijrah yang mulia ini, aku juga terpaksa berhijrah ke suatu kehidupan yang padanya akan ada kebahagian untuk duniaku dan akhiratku InsyaAllah.

Aku telah membuat keputusan untuk berhenti kerja daripada sebuah syarikat berkuatkuasa pada 3 Disember 2009 yang lalu dan sekarang dalam notis berhenti 2 bulan. Namun, aku akan mengakhiri kerjaya ku bersama syarikat ini lebih awal iaitu pada 31 Disember 2009 InsyaAllah. Aku mula berkhidmat dengan syarikat pada 1 Jun 2007 lokasi di Kemaman Terengganu. Pada July 2008 aku menyambung perkhidmatan ke Kota Kinabalu Sabah.

Kepada syarikat ini, saya sentiasa mendoakan semoga terus sukses ke arah visi dan misi yang telah termaktub dalam dasar syarikat. Memang tidak dapat dinafikan bahawasanya, syarikat ini telah banyak mengajar dan memberikan pengalaman yang sangat bermanfaat kepada ku sebagai bekalan dan modal di masa hadapan yang cukup mencabar. Kepada rakan-rakan seperjuangan, aku juga mendoakan semoga kalian sentiasa mendapat kejayaan dan keberkatan dalam kerjaya masing-masing untuk dunia dan akhirat.

Sesungguhnya, dunia dan segala isi-isinya adalah senda gurau dan main-main semata-mata. Namun, dunia ini juga adalah jambatan di antara alam dunia dan alam akhirat. Jadi, ambillah kesempatan dan kumpulkanlah "bekalan" agar di sana nanti tiada penyesalan. Ingatlah, apabila mata sudah terpejam atau matahari terbit dari arah barat maka tiadalah lagi gunanya taubat dan di sana itu pasti dan pasti hanya dua destinasi yang padanya kekal abadi, itulah dia namanya Syurga dan Neraka.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.