Khamis, 24 Jun 2010

Kementerian nak mansuhkan UPSR dan PMR?

"Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya."Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya."

Selepas perkara ini ditimbulkan oleh kementerian pelajaran atau lebih tepatnya oleh TPM kita tu, ia mengejutkan banyak pihak baik dari kalangan NGO, orang awam, ahli-ahli akademik, lebih-lebih lagi golongan pendidik atau guru sekolah sendiri dan juga ibubapa. Pelbagai reaksi telah diluahkan oleh mereka dimana ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang membantah pelaksanaannya. Memang benar disana ada pro dan kontra dalam isu tersebut namun harus diingat bahawa cadangan ini adalah termasuk dalam agenda besar negara iaitu suatu dasar pendidikan yang memberi impak yang besar kepada masa depan pendidikan negara dan juga anak-anak bangsa Malaysia atau "1Malaysia" ini.

Sesetengah pihak berpendapat tindakan dan cadangan yang utarakan oleh kementerian ini sesuatu yang terburu-buru dan kajian terperinci harus di laksanakan terlebih dahulu barulah dibincangkan dipihak kementerian. Perkara atau isu nasional sebegini tidak seharusnya dilontarkan begitu sahaja sebabnya ia dapat mencetuskan suasana panik dikalangan yang terlibat secara langsung. Dan sekiranya hendak juga dilaksanakan, kementerian harus melantik suatu "team" untuk membuat kertas kerja secara terperinci dan menyeluruh. Kebiasaanya, ia akan mengambil masa bukan sehari dua atau setahun dua, malah mungkin bertahun-tahun. Orang yang terlibat dalam pasukan ini mestilah daripada golongan yang ahli dalam bidang tersebut seperti tokoh pendidik, PIBG, guru, wakil murid dan mungkin para cendikiawan.

Baru-baru ini saya menerima jemputan daripada pihak ahli AJK tertinggi pendidikan negeri sebagai wakil PIBG sebuah sekolah anak saya. Namun kerana tidak berkesempatan, mungkin saya tidak dapat menghadirinya. Apapun, bagi saya ini suatu petanda dan cara yang baik dalam membuat sesuatu keputusan ataupun hanya untuk memberikan maklumat terperinci dan sahih terus kepada golongan sasar seperti ibubapa. Dan ini juga secara langsung membuka komunikasi-dua-hala dengan mengadakan dialog diantara pihak panel dan hadirin. Saya dapat rasakan perkara ini mungkin bertujuan untuk mendapatkan reaksi dan maklum-balas daripada ibubapa berkaitan isu cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. Walaupun tiada kesempatan, saya akan cuba mendapatkan suatu salinan perbincangan untuk perkongsian maklumat semua.

Berkenaan dengan isu ini, secara peribadi tidak bersetuju kerana masanya tidak sesuai atau tidak tepat. Mengapa saya berpendapat begitu? Ini kerana jika kita teliti dan mengiktui perkembangan semasa sistem pembelajaran dan pendidikan negara masih banyak kelemahan dan disamping itu banyak isu berbangkit masih tidak jelas untuk dilaksanakan sama ada berjaya atau tidak jika sudah dan sedang dilaksanakan. Contohnya, penggunaan bahasa inggeris untuk subjek matematik dan sains, saya kira isu ini belum jelas dan sama ada keputusannya memuaskan ataupun tidak secara keseluruhan. Isu berkaitan prasarana sekolah, isu berkaitan kekurangan guru yang mahir dalam penguasaan bahasa inggeris, isu kemiskinan sekolah luar bandar dan banyak lagi. Jadi, kita hendak tanya dimana integriti pihak kementerian dalam merungkai dan memperjelaskan perkara ini kepada rakyat amnya?. Kalau tidak yang menjadi mangsa kemudian hari adalah anak-anak kita sendiri. Demikian pula kita tidak terlalu menyalahkan pihak kementerian atau sekolah semata-mata kerana kita tahu dan faham bahawa didalam masalah-masalah ini ada juga masalah-malasah lain dapat diselesaikan dan dinaiktarafkan atau ditambah nilai, itu tidak dinafikan.

sampai sini dulu, insyaAllah bersambung...

Selasa, 22 Jun 2010

shift malam bhg.1

Hari ni dah masuk malam kelima kerja shift malam. macam biasalah kerja doblas jam stret kadang-kadang rasa lama, jarang-jarang rasa cepat (hehe..) jadi, bagi mengisi kekosongan dan suasana sepi ditengah malam begini, kebiasaannya komputer ni lah menjadi teman setia. apalagi youtube la menjadi sasaran untuk menjadi deejay tak bertauliah, takpa asal dapat menghiburkan hati dikesepian ini kan, cewah. antara lagu pilihan biasanya lagu-lagu retro lah apalagi. almaklum je lah lagu-lagu ni saja yang dapat masuk kepala dan boleh layanlah orang bilang.

macam biasa shift malam cuma tiga orang je. ada lagi yang lain tapi lain geng la. apabila dah larut malam begini, masing-masing bawa haluan dan hal sendiri. paham-paham je lah. ikut minat masing-masing. ada yang minat makan megi, ada yang minat main fesbook, ada yang minat buat peta, ada yang melekat dengan mudah.com tengok kereta atau spare part kereta dan macam-macam lagi lah. bukan takda kerja beb, kerja sentiasa ada. oleh kerana kita orang ni "rajin" sikit, tak salah kalau kasi taruk ni mesin-mesin dalam gear "auto" atau "auto cruise" orang salesmen bilang. tak tau la dorang paham ke apa auto cruise tu..entah.

oh ya, terlupa plak sekarang ni musim demam piala dunia atau orang bilang "virus wolkap" sepupu virus H1N1. jadi pada shift kali ini kureng la sikit atau tak la terasa sangat time kerja. korang pun tau, jadual pertarungan bola ni jam 7.30pm ada, 10pm dan 2.30pagi. setiap satu lebih kurang dua jam. secara matematiknya, kerja macam 5-6 jam je. tapi ini bukan dikira mengular, tapi bolehlah dikira kerja sambil bersukan...

sampai sini dulu k, masa pun dah hampir 2.30pagi ni. jadi kena tukar channel sekejap. bersambung...

"majulah sukan untuk negara"

Isnin, 21 Jun 2010

2 YELLOW CARD = RED CARD

kad merah untuk kaka (jersi nombor 10) pada saat-saat akhir perlawanan selepas diberikan dua kad kuning ketika menentang Ivory Coast pada pusingan pertama Piala Dunia 2010. sesuatu yang memeranjatkan dan menggusarkan peminat serta penyokong pasukan Brazil.

Rentak Samba Brazil vs Ivory Coast - Live

tengoklah kalau dah virus wolkap merebak ke seluruh pelosok dunia, presiden nombor 1 dunia pun tak terkecuali. apa yang pasti orang tua muda lelaki perempuan putih hitam coklat sawo matang semua dijangkiti mengalahi virus influenza A H1N1 yang masih hangat sekarang. kalau nak diikutkan orang ramai harus berwaspada semasa musim piala dunia sekarang disebabkan virus H1N1 ni mempunyai peluang yang cerah merebak sangat aktif dan pantas melalui kesesakan manusia di stadium perlawanan di Afrika Selatan kini dan begitu juga di kedai-kedai mamak atau gerai-gerai yang menayangkan perlawanan piala dunia secara live...

apapun, siapakah pemain brazil yang memakai jersi nombor 5 ini? adakah bakal scorer menentang ivory coast awal pagi ini...jom saksikan.

...akhirnya keputusan berpihak kepada pasukan Brazil 3 - 0 Ivory Coast. Agak kontroversi jugak perlawanan diantara kedua-dua pasukan ini dengan beberapa layangan kad kuning dan satu kad merah kepada penyerang Brazil iaitu Kaka selepas diberikan dua kad kuning. itulah nasib yang menimpa pasukan Brazil. apapun Brazil layak ke pusingan seterusnya selepas dua kali menang.

Penjaring Brazil : Fabiano 2 gol & Elano 1 gol.

Penjaring Ivory Coast : Drogba 1 gol.

Ahad, 20 Jun 2010

Pelancong Ramadhan

Hanya lebih kurang lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut dan menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-tiga iaitu Fardhu puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 1431 Hijriyyah.

Memang ada benarnya dan setuju dengan sebuah atikel yang menyatakan cadangan untuk menarik pelancongan Arab ke Malaysia semasa bulan Ramadhan nanti oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sesuatu yang melucukan. Apa tidaknya, bulan Ramadhan adalah bulan yang barakah bagi umat Islam seluruh dunia untuk niat menunaikan perintah Allah swt dan tujuan beribadah bukannya untuk berpesta dan pelancongan semata-mata yang mungkin tersasar dari tujuan dan niat ibadah itu sendiri. Lebih-lebih lagi hendak menarik warga Arab yang mana kebiasaannya orang diseluruh dunia lebih minat berkunjung ke negara Arab khususnya di Makkah al-Mukarramah yang mana sesiapa yang bersolat di Masjidil Haram itu akan diganjari seratus ribu kali ganda pahala berbanding ditempat lain.

Mungkin pihak kementerian terbabit kena "study" sikit berkenaan tujuan bulan Ramadhan ini bukan semata-mata untuk mempromosikan Malaysia dan mencapai KPI kementerian sebab ini bersangkut-paut dengan keagamaan (Islam). Boleh jadi juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Jamil Khir Baharom boleh memberikan input berkaitan program yang sesuai diamalkan semasa bulan Ramadhan nanti.

Khamis, 10 Jun 2010

Syukur atas Suatu Perjuangan


Alhamdulillah, kerana negara Malaysia dikurniakan suatu jemaah yang memperjuangkan dan membela agama suci Islam. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti politik yang berdaftar dalam sistem demokrasi berparlimen yang kini sudah lebih separuh abad. Alhamdulillah, bukan sahaja sebuah parti yang memperjuangkan Islam malah dikurniakan juga pemimpin-pemimpin yang mursyid dari golongan alim-ulama' dan professional. Sesungguhnya inilah sebuah parti yang dianggap terbaik yang ada di negara ini yang mempunyai dan berpegang kepada suatu perjuangan suci yang diamanahkan oleh Penciptanya Allah Robbul Aalamin, juga sebagai penyambung lidah dan kerja Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu. Tiada suatu puak atau golongan yang paling baik melainkan mereka memimpin orang dibawahnya berdasarkan (polisi) Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang bertuah, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Takbir! Allahu Akbar.

Rabu, 9 Jun 2010

Muktamar PAS Ke-56

Muktamar Pas Ke-56 yang diadakan secara tahunan ini akan berlangsung pada 10 hingga 13 Jun 2010 bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Sepertimana diketahui, muktamar pada kali ini adalah agak berbeza dari yang sebelumnya kerana pelbagai perubahan telah berlaku dalam parti yang dilihat amat positif. Antara perubahan adalah tertubuhnya satu lagi dewan dalam parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas selepas dinaik-tarafkan daripada Kelab Penyokong Pas yang terdiri daripada penyokong Pas yang bukan beragama Islam. Dewan ini telah ditubuhkan dan secara rasminya dilancarkan pada 23 Mei 2010 oleh Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS.


Selain itu, menarik pada kali ini adalah 4 orang wakil daripada Hamas dan tetamu daripada Maldives dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) juga akan menghairi muktamar tersebut. Dan seperti kelazimannya, beberapa tokoh Islam dalam dan luar negara juga dijemput dan akan hadir, termasuklah pemerhati-pemerhati politik luar dan dalam negeri. Tidak ketinggalan juga, wakil-wakil Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) juga akan hadir.

Kepada pemimpin dan semua ahli Pas, selamat menunaikan amanah rakyat dan bermuktamar.

Allahu Akbar!
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.