Sebahagian lagi foto-foto yang sempat dirakamkan semasa kebakaran di perkampungan air Batu 4 Jalan Apas Tawau pada 17 Dec 2013. Takziah kepada semua mangsa.
Asap kebakaran dilihat dari Jalan Kuhara, traffic light Takada.
Pemandangan dari Jalan Apas depan Rastamas.
Berpuluh buah rumah habis musnah dijilat api.
Anak-anak muda kampung terpaksa naik ke atas bumbung rumah untuk mengawal api daripada terus merebak dengan menggunakan hos bomba.
Asap tebal yang amat memedihkan mata dan menyesakkan pernafasan.
Terpaksa tuang minyak menggunakan helmet bomba.
Api dapat dikawal sepenuhnya dalam pukul 11 pagi selepas hampir dua jam bertarung melawan kebakaran.
Seorang mangsa yang dikatakan terjatuh dan cedera sedang diusung ke tempat selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan