Ahad, 18 Ogos 2013


Didalam ramalan Sayyidina al-Imam Ali k.a.w tertulis,

(Khabarkanlah kepada pemduduk Mesir bahawa mereka akan memasuki kota Jerusalem. Ini adalah janji kepada mereka. Sementara itu, pemimpin Mesir sedang mempersiapkan kekuasaan untuk Sayyidina al-Imam al-Mahdi r.a. Sesungguhnya akan terjadi kekacauan besar, kelompok-kelompok yang saling membunuh, fitnah-fitnah yang merosakkan rumah-rumah dan tahta-tahta yang berpindah dari tempatnya), Sungguh menghairankan perkaramu wahai penduduk Mesir, Tuhan menyatukan kembali perpecahan kamu semua, memenuhi janji-janjimu, menjadikan orang-orang yang miskin dari kalangan kamu menjadi kaya, melunaskan hutang orang yang berhutang diantara kamu dan memperbaiki keadaanmu selama kami masih berpegang teguh di jalan Allah. Sesungguhnya akan terjadi fitnah di Palestin, ia berlaku berkali-kali disetiap negeri-negeri seperti datangnya air ke kampung-kampung. Hati negeri Mesir sentiasa bersama orang-orang yang dizalimi dan tangan-tangan mereka terbelenggu. Sampai datang pemimpin Mesir tersebut dan mempersiapkan kekuasaan kepada Sayyidina al-Imam al-Mahdi r.a. di Kota Jerusalem”.

Subhanallah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan Besar Muhammad Rasulullah SAW, juga ke atas keluarga Baginda SAW, juga ke atas Ahlul Bait r.a., juga kepada Sahabat-Sahabat r.anhum, seterusnya kepada sesiapa sahaja yang mengikuti jalan-jalan dan Sunnah Baginda SAW.

Seperti apa yang diramalkan oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.a.w. juga sebagai menantu kepada Rasulullah SAW, juga suami kepada anak perempuan Rasulullah SAW iaitu Sayyidatina Fatimah Az-Zahra, dan juga bapa kepada cucu-cucu Rasulullah SAW iaitu Hassan dan Hussain r.a., sesungguhnya perkara tersebut adalah benar dan sahih yang mana ia berlaku pada zaman ini malah ia sedang berlaku pada saat ini, sekarang. Meskipun ungkapan ini sudah berlalu sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Allahu Akbar.

Kini, dunia sedang menyaksikan sendiri dengan mata dan telinga yang mana umat Islam sedang berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Tidak dapat dinafikan ini semua takdir dan qada’ dan qadar Allah SWT seperti mana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW dalam banyak hadith. Namun begitu secara jujur seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadith (Sunnah) Nabi SAW pasti dan pasti berasa sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku di negara umat Islam Mesir kini. Selain sedih, sudah pasti juga perasaan marah dan kecewa terhadap kerajaan kudeta kini (Mesir dan sesetengah negara Islam) yang mana seluruh dunia tahu bahawa ia didalangi oleh puak-puak musuh Islam laknatullah Yahudi dan Nasrani (Zionis). Puak-puak ini memang sudah mengetahui kebenaran peristiwa yang akan berlaku pada akhir zaman dan kemunculan al-Imam al-Mahdi r.a. maka itu musuh-musuh Islam ini dan sekutunya puak musyrikin dan munafiqin berusaha bersungguh-sungguh dalam menghalang dan menghancurkan al-Mahdi dan tenteranya sebelum ia menjadi kenyataan. Namun, puak musuh ini lupa bahawa khalifah agung ini (al-Mahdi) bersama tentera-tenteranya adalah janji-janji daripada Tuhan Yang Perkasa Allah SWT dalam memenuhi janji-janji terhadap umat yang sekian lama memperjuangkan agama Allah SWT dalam menentang dan menghapuskan puak musyrikin yahudi dan nasrani yang sudah melampaui batas dan Allah SWT sangat murkai mereka.

Ya Rabb, mungkinkah ini zamannya yang umat Islam semua tunggu-tunggu setelah sekian lama umat Islam ditindas serta dizalimi setiap waktu oleh musuh-musuh-Mu dengan Engkau utus seorang khalifah pada akhir zaman ini sebelum Engkau musnahkan alam ini? Jika inilah zamannya Engkau teruslah pimpin dan tunjukkan kami kepada jalan-Mu yang lurus (Sirathal Mustaqim), Engkau teguhkanlah iman kami, Engkau satukanlah hati-hati kami bersama-sama orang beriman dan beramal soleh, berikan kami kekuatan dan semangat juang dalam membantu agama-Mu menentang musuh-musuh Islam laknatullah alaih.

Ya Allah, Engkau berilah perlindungan dan pertolongan kepada pejuang-pejuang (Mujahideen) yang kini sedang menentang musuh di medan tempur (di Syria, Palestin, Mesir, Afghanistan dan di mana-mana sahaja), Engkau teguhkanlah iman saudara Islam kami yang kini ditindas dan dizalimi oleh musuh-musuh Mu (kafirun dan munafiqun), Engkau terimalah para syuhada yang kini ramai terkorban di bumi Mesir, Syria, Palestin dan dimana sahaja, dan Engkau hancurkanlah musuh-musuh Mu yahudi dan nasara (zionis) dan mereka yang menentang-Mu. Akhirnya berilah kemenangan kepada umat dan tentera Islam baik atas dunia ini lebih-lebih lagi diakhirat kelak. Amin.

Wallahua’lam.


Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.