Tanggal 9hb Disember 2010, Khamis, awal pagi 4.00am (subuh), Kg. Pasir Putih banjir lagi. Namun kali ini tidaklah seteruk banjir yang melanda pada sebelum bulan Ramadhan lepas yang mana hampir keseluruhan rumah ditenggelami air. Banjir kali ini hanya pada paras lutut atau betis dari permukaan lantai rumah.
Seperti sebelumnya punca bencana banjir ini di sebabkan air sungai yang melimpah disamping sungai yang tidak terancang pembinaannya dan terurus. Kejadian ini bertambah buruk selepas hujan lebat melanda terutamanya di kawasan hulu di Merotai. Air hujan ini akan terus mengalir dengan deras ke hilir seperti ke kampung ini dan kampung-kampung hulu yang lain.
Masalah ini sudah beberapa kali di ketengahkan kepada pihak bertanggungjawab dan juga wakil rakyat kawasan baik DUN maupun Parlimen. Namun, perkembangan dan respon yang positif daripada mereka belum di ketahui secara jelas tentang perancangan masa depan bagi memastikan keselamatan penduduk kampung terjamin dan tenteram.
Beberapa bulan lepas Ahli Parlimennya iaitu Datuk Abddul Ghapur Salleh ada membuat permohonan agar pihak berkenaan mengetengahkan masalah ini ke peringkat atasan agar penduduk kampung terlibat dipindahkan ke suatu tempat yang selamat, seperti yang dilaporkan dalam media. Namun, masih tidak diketahui keputusannya.
Mungkin penduduk kampung harus bertindak sekarang dalam membela nasib mereka bagi memastikan harta benda dan nyawa mereka terjamin pada masa hadapan. Bagi penduduk kampung terlibat yang terbaca atikel ini mungkin harus segera bersatu membawa usul ini ke pihak JKKK seterusnya peringkat yang lebih tinggi.
Semoga ada pihak dapat membantu dalam membela nasib penduduk di kampung ini. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan