Ahad, 22 Disember 2013

al-Wildan - Anak-anakku, Selamat Berjumpa Di "Sana"..


Sabda Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam yang bermaksud :


"Tiap-tiap anak kecil yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 



















Sabda Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam yang bermaksud :

" Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (Hadith Riwayat Abu Daud)


Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim 'alaihi salam. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sungguhpun kita mengetahui ini semua adalah janji dan perancangan Allah SWT, namun kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh Basyar Assad dan kerajaannya terhadap penganut Islam Sunni sangat-sangta tidak dapat dimaafkan lebih-lebih lagi apabila tentera-tenteranya yang bersifat kebinatangan dan berhati syaitan  telah dengan sengaja membunuh orang awam yang lemah dan tidak berdosa terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua. Merogol, menyeksa dan seterusnya membunuh wanita-wanita Islam. Membunuh anak-anak kecil dan bayi yang masih belum mengenal dunia. Mengebom dan memusnahkan rumah-rumah Allah masjid dan menembak dan membunuh orang Islam yang sedang bersembahyang didalam masjid. Apapun, bumi Syam ini, bumi dimana tempat bersemadi dan tanah tumpahnya seorang pahlawan Islam pada zaman Rasulullah SAW iaitu Hazrat Khalid bin al-Walid RA, akan muncul satu bala tentera yang terdiri dari kaum Muslimin yang gagah berani yang akan dibantu oleh Allah SWT dan kerajaan-Nya (Malaikat) dalam satu peperangan yang besar pada akhir zaman bagi melawan serta menghancurkan musuh-musuh Islam.  

Wahai Allah, Engkau berilah pertolongan kepada seluruh Umat Islam, berilah pertolongan dan kemenangan kepada tentera-tentera pembela agama-Mu Mujahideen di Syria, Palestin, Afghanistan, Iraq, Mesir dan di mana-mana sahaja. Amin.

Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.