Video yang dimuat-naik melalui ID Moon Ark dalam YouTube untuk perkongsian.
Subhanallah, Maha Suci Allah SWT Tuhan Seru Sekalian Alam. Itulah apa yang dapat diucapkan setelah melihat keadaan yang diluar fikiran dan jangkaan kita. Menurut sumber, perkara pelik ini berlaku di Kg Tambisan, Lahad Datu, Sabah. Ia berlaku pada pagi tadi 24hb Disember 2013.
Berita ini telah tersebar luas didalam laman sosial terutamanya Facebook dan Whatsapp dengan sangat pantas. Pelbagai komentar dilemparkan antaranya ialah fenomena yang dianggap pelik oleh kebanyakan orang dikatakan perkara biasa bagi orang tempatan. Menurut mereka perkara ini terjadi kerana dikatakan terdapat satu musim dimana ikan-ikan yang besar akan mendarat di perairan Kg Tambisan ini dan menyebabkan ikan-ikan yang kecil terpaksa menyelamatkan diri sehingga sampai dan mendarat di tepi pantai.
Tidak kurang juga sesetengah pihak mengatakan ini adalah petanda yang kurang baik. Perkara aneh begini telah dikaitkan dengan peristiwa tsunami yang menggemparkan dunia yang berlaku pada 24 Disember 2004 akibat gempa bumi kuat yang berukuran 9.2 skala richter berlaku di perairan Banda Aceh Sumatra, Indonesia. Tsunami tersebut telah memberi kesan hingga ke kawasan pantai-pantai Lautan Hindi seperti Malaysia, Thailand, Sri Lanka, Bangladesh dan Maldives. Seperti apa yang didakwa, beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi sehingga terjadinya tsunami tersebut, fenomena pelik seperti tangkapan ikan yang luar biasa banyaknya seolah-olah melarikan diri dari lautan jauh ke pesisir pantai. Juga, binatang darat seperti gajah beralih dari kawasan rendah ke tempat tinggi dan ada juga mendakwa banyaknya kawanan burung berterbangan menuju ke satu arah seolah-olah semuanya hendak menyelamatkan diri. Jadi inilah pendapat sesetangah pihak dikaitkan dengan peristiwa tersebut.
Foto kiri : Ratusan ribu kerang mendarat di pantai Lahad Datu, Sabah. Sumber - Harakahdaily.
Subhanallah. Lagi satu fenomena luar biasa berlaku pada hari ini juga di daerah yang sama di pantai Lahad Datu, Sabah. Dari satu sudut, orang akan berkata 'Alhamdulillah' rezeki yang banyak ini kurnian Allah kepada penduduk tempatan. Dari satu sudut lagi, mungkin mengatakan, 'Astaghfirullah' berasa risau kalau-kalau ini suatu petanda bala, na'udzubillahi minzaalik.
Begitu juga ada yang berpendapat, perkara begini adalah suatu petunjuk suatu fenomena alam sedang berlaku cuma manusia yang mempunya akal dan deria yang amat terbatas tidak mengetahui dan menyedarinya. Ia adalah seperti fenomena lintasan Komet ISON yang sedang atau baru sahaja berlaku, juga perubahan kutub magnet Bumi yang semakin pantas menurut dan hasil penyelidikan saintis, yang semua ini tanpa manusia sedari kecuali amat sedikit.
Muta'akhir ini perkara aneh juga banyak berlaku seperti jatuhan salji di bumi padang pasir Mesir dan negara iklim tropika Vietnam, kejadian angin taufan yang kerap, banjir besar dan lain-lain.
Apapun, ini semua ketentuan dan rahsia Allah SWT yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Semoga setiap perkara aneh khususnya di akhir zaman ini, manusia menginsafi diri masing-masing dengan bertaubat, berbuat banyak amal ibadah dan jariah dengan ikhlas, taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW. InshaaAllah.

Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan