Sabtu, 21 Disember 2013

As-Syahid Sheikh Abdul Qaeder Mulla

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian kepada Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Besar Muhammad Rasulullah SAW, kepada Ahlul Bait, kepada Sahabat-Sahabat R.Anhum, Tabi'in dan Tabi'in-Tabi'in serta kepada sesiapa sahaja yang mengikuti jejak dan sunnah Nabi SAW.


Baru-baru ini seluruh umat Islam khususnya yang mengikuti perkembangan dan isu-isu umat Islam telah digemparkan apabila International Crime Tribunal (ICT) telah mendakwa seorang pendakwah dan pemimpin gerakan Islam Jamaat-e-Islami telah dituduh sebagai dalang dan perancang utama dalam pembentukan pasukan separa militan dan jenayah perang dalam perang pembebasan Bangladesh pada tahun 1971. Beliau telah pun dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 12 Disember 2013 lalu, walaupun pada asalnya As-Syahid hanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup (menurut laporan media). Sebelum kesyahidannya, beliau telah diseksa dengan tangan dan kaki digari sedemikian rupa semasa dalam tahanan.



Sumber foto : Laman Sosial

Beliau adalah setiausaha agung kepada Jamaat-e-Islami Bangladesh iaitu satu gerakaan Islam selaku parti politik yang pernah bertanding dalam pilihanraya Bangladesh secara sah. Parti dan gerakan ini sebelum ini telah memenangi beberapa kerusi dalam beberapa pilihanraya yang ditandinginya. Namun pada 1 Ogos 2013 yang lalu Mahkamah Tinggi Bangladesh telah mengharamkan parti dan gerakan Islam ini dan secara otomatiknya parti ini tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

Sepertimana apa yang berlaku di lain-lain tempat di dunia ini, jika terdapat suatu kebangkitan Islam maka musuh-musuh Islam akan bertindak cepat dalam mengekang dan membunuh sesebuah parti atau gerakan tersebut. Ini semua telah termaktub dalam siri perancangan musuh-musuh Islam, dan pemimpin-pemimpin gerakan tersebut akan dicari alasan yang paling tidak munasah untuk menuduh dan akhirnya menjatuhkan hukuman mati serta merta kalau boleh. Lihat saja apa yang berlaku di negara-negara seperti Iraq, Afghanistan, Libya, Palestin, Mesir, Syria dan hampir di semua negara Islam menghadapi situasi dan tekanan yang sama.

Kepada As-Syahid Sheikh Abdul Qaeder Mullah yang telah banyak menyumbang dalam perkembangan Islam melalui dakwah dan pemikirannya, kita doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solehin serta mendapat syafaat Nabi SAW diakhirat sana. Amin.


 PESAN AKHIR ASY SYAHID SYEIKH MULLA ABDUL KADIR

 

Adifa Cairo
Sebelum meninggal, As Syahid Sheikh Abdul Qadir Mulla sempat menulis sebuah pesanan, berikut pesanan yang ditulis Mulla dan diterbitkan oleh islam21c.com:


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Jika pemerintah ini membunuh saya dengan tidak adil, maka itu akan menjadi kesyahidan saya. Setelah kesyahidan saya, Allah akan memberi petunjuk bagi kalian. Dia adalah sebaik-baik pemberi petunjuk. Jadi kalian tidak punya alasan untuk khawatir.”

“Aku benar-benar tidak bersalah. Mereka membunuh saya hanya karena saya terlibat dengan gerakan Islam. Tidak semua orang beruntung untuk mendapatkan kesyahidan. Siapa pun yang diberkahi dengan kesyahidan oleh Allah adalah memang orang-orang yang beruntung. Jika saya menerima kesyahidan itu, maka itu akan menjadi pencapaian terbesar dalam hidup saya. Setiap tetes darah saya akan mempercepat kemajuan gerakan Islam dan akan menyebabkan kehancuran penindas. Saya tidak khawatir dengan diri saya sendiri. Saya prihatin tentang masa depan negara dan gerakan Islam. Seperti yang saya tahu, saya tidak pernah melakukan sesuatu yang salah. Saya telah mendedikasikan seluruh hidup untuk gerakan Islam bagi keselamatan ummat di Bangladesh. Allah adalah pemilik hidup. Hanya Allah yang akan memutuskan bagaimana saya akan mati. Kematianku tidak akan terjadi sesuai keputusan orang lain. Waktu dan cara kematianku akan terjadi hanya sesuai kehendak-Nya. Jadi, saya akan menerima semua keputusan Allah dengan senang hati.”

“Kalian harus sabar. Hanya dengan kesabaran dan toleransi kalian akan mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Bukan dunia, tapi akhirat yang menjadi tujuan saya. Saya meminta do’a kepada ummat Islam di seluruh negara agar Allah menerima kesyahidan saya. Salam saya untuk kalian semua.”

Abdul Qadir Mulla

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Info: Jamaat-e-Islami telah diasaskan oleh seorang pendakwah dan pemikir Islam yang tersohor iaitu Syed Abul A'la Maududi Rah.A di Islamia Park, Lahore, Pakistan pada 26 Ogos 1941.


Wallahua'lam.




1 ulasan:

naegelgaa berkata...

Wynn vs. Encore - MapyRO
Wynn Las Vegas and Encore 진주 출장샵 are in 원주 출장마사지 the same building. 경산 출장안마 Rooms have been designed for the size of 서울특별 출장마사지 the rooms, but each room features an 김포 출장샵 amber reflection of

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.