Sekadar untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat. Mungkin akan ada sesetengah pihak yang susah menerima informasi sebegini dan malah ada yang menolaknya terus, begitu juga ada yang bersikap lebih terbuka dan mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya, inshaaAllah. Artikel ini berkaitan peristiwa dan petanda akhir zaman yang memang sudah diperingatkan dalam Qalamullah dan Hadith. Artikel ini kiriman rakan-rakan dalam laman sosial.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS
Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah
selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak
begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberapa tempat di Vietnam menarik
ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena
bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selama berjam-jam
seperti dilaporkan Al-Jazeerah. Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai
dengan membaca artikel dibawah.
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH
Kutub Bumi berganjak satu batu sehari. Pada tahun 2007,
Medan Kutub Utara berganjak dari Kanada Utara ke arah Siberia di Russia pada
kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri
Russia dalam tahun tersebut.
Anjakan kutub Bumi ini mengakibatkan jajaran
kompas dan arah Utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan
arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin
memberi kesan terhadap kegiatan manusia sehinggakan lapangan terbang
antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan
dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama
sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. Pergerakan kutub utara ke arah Siberia
berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini
adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke Timur
Laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada
tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.
Terkini
kepantasannya 1 batu sehari! Kelajuan pergerakan kutub semakin bertambah. Dalam
masa 2 tahun perubahan kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40
darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada
pada kedudukan 40 darjah di Selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang
sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh
geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul dan ada tempat yang tenggelam.
Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah
menjadi padang pasir. Amerika Selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara
manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris
dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa berada di Antartika.
Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan
medan magnet bumi akan “flip” dimana kompas yang dahulunya menunjuk ke arah Utara
akan beralih ke arah Selatan. Semasa pergerakan “flip” peralihan kutub dari 40 darjah
Utara ke 40 darjah Selatan pergerakan besar
air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat
sebagaiman yang berlaku kepada Atlantis.
Antara negara yang dijangka tenggelam
terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi lautan ditenggelami
air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas perubahan kutub
berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia Barat. Apabila
berlaku “flip” pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet
yang kuat melindungi Bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini Bumi akan
lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar,
ribut surya dan “sun spot”. Manakala “flip” juga bakal mengakibatkan berlaku
gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang
belum pernah berlaku sedahsyat itu.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku.
Makin hari semakin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena
berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub
akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada tahun 2015.
Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui keran semuanya adalah perancangan Ilahi.
Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum
muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata Sahabat tentang
fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman. Terdapat sabdaan
Rasulullah SAW dan Saidina Ali R.A tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah.
Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya
Allah SWT yang Maha Mengetahui. Sabda Rasulullah SAW “..Antara tanda munculnya
Imam Mahdi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi
langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”. Kata Saidina Ali R.A,
Saidina Ali K.A.W mengungkap dalam catatannya (Jufr Ahmar), “Kedatangan
Al-Mahdi akan didahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan
seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad
(sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia
adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya
memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika fajar menyinsing.
Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa
memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.
Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang
banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang
baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat”.
Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “Komet Abad Ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari
pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada
26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di
siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh
ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya
bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna
(Perfect Solar Storm).
10. Bumi akan merempuh debu-debu komet ISON pada 14
Januari 2014.
Artikel ini ditulis bukan untuk menggemparkan dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara-saudari serta anak-anakku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada perintah dan larangan Allah SWT. Bertambah akan amalan agama. Pada waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan-perubahan kutub ini. – Harakatul Muqawamatul Islamiyah.
Terima kasih kerana sabar membaca artikel
ini.
Sampaikan… sabar dan berdoa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan