Sabtu, 11 Disember 2010

2011 Pendidikan seks di sekolah?


4.6 peratus pelajar sekolah terlibat dengan hubungan seks bersama pasangan, itulah angkanya. Inilah keputusan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Universiti Malaysia Sabah baru-baru ini terhadap lebih kurang 5 ribu murid-murid di beberapa buah sekolah.

Mungkin sesetengah pihak menganggap angka ini adalah kecil dan perkara biasa. Namun pada hakikatnya angka ini sangat mengejutkan dan merisaukan ibu bapa dan masyarakat. Ini kerana, pelajar sekolah yang masih dibawah umur seharus bebas dari gejala dosa dan tidak bermoral ini. Lebih-lebih lagi mereka ini masih bersekolah dan perlu berhati-hati dalam melangkah demi masa depan mereka.

Dalam hal ini ibu bapa amat bertanggungjawab dan harus peka serta sentiasa prihatin terhadap kelakuan juga aktivit-aktiviti anak-anak mereka seharian. Peranan ini bukan sahaja di dalam rumah malah kena juga ambil tahu apabila anak-anak melangkah ke sekolah. Realitinya, ini adalah cabaran masyarakat kini tidak kira golongan mana sekalipun.

Cadangan pihak kementerian hendak memperkenalkan mata pelajaran atau subjek pendidikan seks di sekolah pada dasar dan bunyinya agak baik. Namun, adakah hal ini telah di perincikan sedalam-dalamnya dan sepatutnya dibincangkan dahulu oleh pakar-pakar, ahli akademik, ilmuan-ilmuan Islam dan yang seumpamanya? Kita risau jika subjek ini hanya semata-mata subjek yang tidak memberi manfaat kepada keputusan moral generasi muda atau pelajar.

Kita bukan hanya mahu pelajar mendapat 100 peratus markah dalam subjek tersebut, tapi yang lebih penting adalah pelajar dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seks yang meningkat d kalangan kanak-kanak juga d sebabkan laman-laman web, web2 sosial yang tumbuh bagai cendawan.. macam mana hendak mengawal anak2 jika ibubapanya juga kerap berlaman sosial yang tidak mendatangkan manfaat..cuba ibubapa fikir anak2 hanyalah mengikut apa yang ibubapa ajar dan apa yang dberi makan dr sumber rezeki yang halal..untuk mengajar anak2, ibubapanya la yang harus melakukan perkara yang betul...bukan bapak gila berinternet anak pula d marah kalau melakukan hal yang sama...

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.