Rabu, 27 Oktober 2010

PRK Galas & Batu Sapi

Gendang sudah dipalu, gelanggang pun sudah dibuka. Begitulah suasana yang berlaku di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. Ini adalah pilihanraya kecil yang ke-12 dan ke-13 masing-masing selepas pilihanraya umum ke-12 pada 2008 lalu.

Bagi rakyat, ini adalah satu peluang untuk mereka menyuarakan isi hati yang sekian lama dipinggirkan terutamanya rakyat dari spesis marhaen lagi miskin. Beginilah politik Malaysia yang berkerajaankan Umno-BN, apabila ada pilihanraya kecil maka barulah projek berjuta-juta diumumkan untuk kawasan tersebut semata-mata untuk memancing undi. Dewasa ini kebiasaannya, golongan tua atau warga emaslah yang menjadi sasaran dan mangsa, kerana golongan ini memang sudah sekian lama menanti dan terus menanti durian runtuh sebegini. Namun akhirnya ia hanya janji tinggal janji seperti kebiasaannya.

Bagi orang muda atau golongan belia perkara kebiasaan ini sudah menjadi luar biasa kepada politik Malaysia. Golongan muda kini berani melawan arus politik kotor kerajaan sekarang dan segala kerenah parti-parti politik. Kelebihan yang ada pada golongan muda belia adalah mereka celik "IT" dan mempunyai cara berfikiran yang baru daripada generasi sebelumnya. Kemaraan dan keghairahan mereka juga dalam memperjuangan hak-hak asasi manusia(rakyat) berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Tidak kurang juga dalam menentang perundangan dan dasar yang menindas dan menzalimi rakyat tanpa pembelaan yang sewajarnya. Kesimpulannya generasi baru sekarang yang dinamik lebih menghendakkan kerajaan yang islamik, telus dan adil serta menolak rasuah yang kini betul-betul merosakkan sistem kenegaraan.

Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi ini juga menjadi sejarah apabila pihak SPRM mengumumkan pembuanganundi diadakan serentak pada 4 November 2010. Mungkin sesetengah pihak dan parti tidak berasa selesa dengan tarikh tersebut ekoran hari tersebut adalah hari waktu orang ramai bekerja. Seharusnya ia diadakan pada hari hujung minggu agar pengundi dapat menunaikan tanggungjawab membuang undi dengan selesa dan sempurna. Mungkinkah keputusan SPRM ini dibayangi pihak kerajaan (Umno-BN)? Inilah yang kekadang bermain difikiran pihak pembangkang kerana SPRM dilihat tidak bebas dengan membuat sesuatu yang diluar jangkaan seperti apa yang dihendakkan oleh pihak satu lagi. Ini mengakibatkan ada pihak yang menunda tarikh persidangan DUN dan terpaksa menggunakan cuti peristiwa bagi memberi keselesaan pengundi menunaikan tanggunjawab.

Apapun, tidak perlulah ada persepsi berkaitan itu. Apa yang penting penumpuan kepada pengundi agar mereka dapat menunaikan tanggungjawab dengan aman dan tenteram tanpa ada gangguan yang tidak perlu. Seperti biasa semua tahu, pihak keselamatan Polis memang cemerlang dalam menjalankan tugas dalam pilihanraya kecil sebegini.

Kepada pengundi di N.45 Galas, Kelantan dan P.185 Batu Sapi, Sabah tunaikanlah tanggungjawab anda dengan memilih calon parti bertanding yang dapat membela anda sebagai wakil rakyat. Tolak calon parti yang tidak telus, sekular, membazir, rasuah dan tidak lihat batang hidung selepas sahaja menang.

Selamat mengundi!

   
  

Ahad, 24 Oktober 2010

"Busana Islam" Hina Nabi S.A.W.

Sumber foto: Media tempatan.

Acara pertunjukkan 'fesyen Islami' yang diadakan di Monte Carlo beberapa bulan lepas telah mencetuskan kemarahan dan kebencian oleh umat Islam seluruhnya. Dalam beberapa sumber media cetak dan media eletronik, acara haram ini telah di anjurkan oleh satu pihak yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor. Mungkin ada sesetengah pihak menafikan dan cuba mempertahankan dakwaan serta laporan ini. Tapi setelah diselidiki memang ia adalah maklumat yang benar. Sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam, perkara ini amat memalukan dan menghina agama suci ini dan kemuliaan Rasulullah S.A.W.

Jika dahulu, kita dikejutkan dengan seorang warganegara Denmark yang menimbulkan kontroversi yang seumpamanya melalui karekatornya menghina Nabi Muhammad S.A.W. secara terang-terangan. Begitu juga negara tersebut dengan pengeluaran barangan mainan LEGO yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. dengan adegan seks (menuduh Nabi S.A.W. seorang yang mempunyai nafsu seks yang kuat semata-mata). Dan, semua ini telah mendapat tentangan yang amat hebat terhadap warga Denmark terbabit dengan ugutan bunuh. 

Sesungguhnya perkara ini mendapat murka Allah dan sesiapa yang bersubahat akan mendapat dosa.

Selasa, 19 Oktober 2010

"The Queen & The First Lady"

First Lady atau dalam bahasa melayu adalah Wanita Pertama agak kedengaran gemanya di sana sini waktu ini. Baik apa yang dicakap-cakap di kedai kopi, di pejabat, di kantin sekolah, di kilang-kilang, di dalam teksi, di ruangan forum…di dalam facebook lagilah berlambak-lambak. Mula-mula tu malas mau ambil pusing tapi..sejak beberapa hari berlalu gema semakin kuat sehingga terkeluar perkataan “menderhaka”…oooppss!

Sehinggalah hari ini selepas terbaca didada akhbar baik yang bermedia elektronik maupun yang di surat khabar yang bersaiz kertas manila kad…(haha). Bukan apa sekarang ni semua yang kecil-kecilkan, cuma dia je yang agak besar..

Berbalik semula kepada wanita pertama, selepas memahami betul-betul ceritanya barulah tidak pusing seperti mula-mula. Patutlah ada yang berkata menderhaka dan tidak kurang juga yang memperli. Seperti apa yang difahami, istilah wanita pertama atau first lady yang digunakan diluar Negara adalah merujuk kepada, jika sesebuah Negara tidak mempunya system beraja seperti Amerika Syarikat maka isteri presidennya adalah wanita pertama Negara tersebut. Tetapi jika sesebuah Negara itu mempunyai system beraja seperti United Kingdom (England), wanita pertamanya ialah “the Queen” atau permaisuri bukannya isteri presidennya.

Apapun ceritanya, mungkin negara Malaysia ni lain sikit fesyennya. Sebab kalau kita lihat sejarah negara pun isteri perdana menteri secara automatik bergelar wanita pertama, kenapa begitu? Gue pun nggak tau…tapi jika dikorek-korek perlembagaan negara ia berbunyi begini:-

Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong.

Perkara 32(2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

Sebagai rakyat yang serba kerdil dalam hal dan cetek ilmu, biarlah pihak yang berkenaan yang faham akan perundangan, perlembagaan dan protocol negara yang memberikan komen selanjutnya. Bukan apa, kita hanya hendakkan persoalan-persoalan yang berlegar-legar di kedai kopi, di siber kafe, kantin sekolah, di pejabat, di kilang mahupun dalam teksi tadi dapat dijawab.

First Lady Malaysia iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah menganjurkan First Lady Summit diadakan pada 10 hingga 13 Oktober 2010. Antara yang hadir First Lady dari Albania, Ghana, Guinea Bissau, Kiribati, Jamaica, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Sri Lanka, Zambia dan beberapa Negara lagi.














Ahad, 17 Oktober 2010

Inspira klon Lancer GT..


Proton Waja Lancer atau Inspira. (Klon Mitsubishi Lancer GT). Berkapasiti 1.8 Rm80k & 2.0 Rm95k. Dikatakan nama model ini ialah P3-90A, entah apakah maknanya..sama-samalah kita tunggu masa pelancarannya...






Beginilah agaknya Proton Inspira yang sedang mula dibuka penjualannya. Betulkah ia dikatakan model terbaru proton bagi menggantikan Proton Waja? Jom...pi tengok..


Buat perbandingan...ini adalah Mitsubishi Lancer GT. (Bukan Klon..)

Sabtu, 16 Oktober 2010

"Ketua Kampung YB"..

Agak tertarik dengan isu perlantikan Ketua Kampung dan tanggungjawabnya seperti yang disiarkan dalam Sabahkini.net baru-baru ini yang dibangkitkan oleh seorang AJK Umno di salah satu bahagian di Sabah. Apa yang dipersoalkan adalah bagaimana proses pemilihan dan perlantikan Ketua Kampung itu dilakukan? Dan siapakah yang melantiknya? Isu ini sebenarnya sudah lama dan kebanyakan orang kampung sendiri tidak memahami sistem perlantikan dan yang sedihnya ada dikalangan orang kampung sendiri tidak tahu siapakah ketua kampung mereka. Amat malang.

Ada benarnya, seperti apa yang dinyatakan bahawa perlantikan Ketua Kampung di negeri ini dilakukan oleh pemimpin politk kawasan dan daerah dan bukan berdasarkan kepada sokongan majoriti penduduk setempat atau kampung. Dan ada laporan yang menyatakan ketua kampung hasil dari perlantikan sebegini tidak berkaliber dan malah tidak bertanggungjawab terhadap orang kampungnya sendiri. Lebih malang dan sedih lagi, ada ketua kampung yang tidak memahami tanggungjawab sendiri malah tidak kenali orang kampung kerana tidak pernah menjenguk dan berkomunikasi (face to face) dengan orang kampung sendiri. Inilah yang menjadi masalah apabila pemimpin mencabuli sistem demokrasi yang ada dan menafikan keadilan dan hak-hak rakyat.

Parah semakin teruk lagi apabila berlaku sesuatu masalah bencana atau yang seumpamanya, ketua kampung sebegini tidak sensitif dan lebih cenderung menambahkan masalah orang kampungya. Seharusnya sebagai ketua kampung yang berkaliber dan bertanggungjawab segala perancangan dan persiapan sudah dirancang sebaiknya bagi menghadapi musibah yang tidak diduga, bukan apabila berlaku baru terpinga-pinga dan tidak tahu hendak bertindak secara efektif. Dan ini semuanya sudah pun berlaku dan memang akan berlaku lagi jika sistem keadilan tidak dilakukan sebaiknya.

Apapun sebagai penduduk setempat atau kampung, sama-samalah membuka minda dan hati masing-masing dalam menuntut sistem demokrasi dan hak-hak keadilan. Janganlah hanya berpeluk tubuh dan hanya menganggap setiap sesuatu sudah menjadi takdir semata-mata tanpa berusaha terlebih dahulu dan tindakan sewajarnya. Buanglah pemikiran zaman 30-50 tahun dahulu yang banyak mencengkam jiwa rakyat, sebaliknya bangkitlah dalam menentukan hala tuju di masa hadapan demi agama, bangsa dan negara.




Percaturan politik Sabah

“Bagaimana agaknya politik Malaysia jika Ku Li yang juga sudah tersisih dalam UMNO bergabung dengan Anwar dalam pilihanraya umum ke 13 nanti? Jika Anwar dikatakan berjaya memujuk SAPP keluar BN selepas PRU ke-12 pada 2008, mampukah Ku Li sekali lagi memujuk PBS keluar BN jika beliau memilih untuk bergabung dengan pembangkang menjelang PRU-13 nanti?”

Nampaknya suatu percaturan politik yang hebat bagi kedua-dua kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi akan berlaku. DUN Galas di negeri Tok Guru dan Parlimen Batu Sapi di negeri dibawah bayu yang kini dikatakan pihak pembangkang Pakatan Rakyat sudah pun menggerakkan jenteranya hingga ke pelusuk pedalaman, yang dijangkakan akan merampas kerusi P185 Batu Sapi dengan majority besar.

Persoalan diatas mampukah Ku Li mengulangi rekod kecemerlangannya pada tahun 1990 memujuk PBS keluar dari BN dan seterusnya menghumban BN jauh ke dasar Laut China Selatan. Tiada yang mustahil untuk Ku Li dan PBS melakukan “dead swing” di saat-saat akhir apabila PRK ini kian menjelma. Secara logikanya, karier politik Ku Li sebelum ini seolah-olah sudah berakhir dan mati tidak diperdulikan oleh Umno malah ada yang menghentam dari belakang tidak kurang yang bercakap terang-terangan. Seperti isu royalty minyak, beliau mendapat tentangan hebat daripada rakan partinya sedangkan apa yang dinyatakan adalah benar. Tapi kini, beliau seolah-olah dewa yang turun dari kayangan dan secara tiba-tiba nama beliau dijulang oleh Umno. Sehingga ada suara-suara pembangkang menyentuh nama beliau, pihak Umno dengan cepat mencantas suara-suara tersebut. Agak melucukan dan meluat sekali.

Bagi PBS pula, seolah-olah hilang hala tuju apabila Umno berkuasa penuh dalam kerajaan Sabah. Hampir tidak kedengaran suara PBS dalam pentadbiran BN Sabah sedangkan parti ini mempunyai banyak kerusi yang dimenangi. Kini, keluhan demi keluhan yang diluahkan oleh rakyat negeri ini sebelum ini menyokong parti ini khususnya bagi kaum kadazan dan dusun. Mereka yang sudah banyak terdedah dengan perkembangan dunia luar khasnya dunia system maklumat telah menerima hakikat bahawa PBS yang dulunya betul-betul memperjuangkan nasib peribumi Sabah kini seolah-olah “bankrap” dalam memenuhi janji-janji semasa pilihanraya lalu.

Kesimpulannya, kedua-dua factor ini mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam merubah peta politik Sabah sekaligus menutup pintu kepada Umno yang lebih cenderung seperti “Umno semenanjung” berbanding Usno suatu masa dulu. Apapun ini semua terpulang dengan tiga factor utama iaitu Anuar Ibrahim, Ku Li dan PBS dalam dalam menggerakkan buah-buah catur secara bijaksana dan berstrategi. Bagi rakyat Sabah, khasnya golongan muda sudah membuat pilihan untuk menentukan hala tuju negeri Sabah demi generasi baru Sabah. Dan keputusan itu hanya akan di zahir pada PRU13 nanti dan juga “ujian percubaan” di Batu Sapi yang akan member signal buat negeri di bawah bayu ini.

Salam Sabah Maju Jaya.

Jumaat, 15 Oktober 2010

KKIA...berwajah baru

KKIA atau Kota Kinabalu International Airport yang kini berubah wajah banyak mendapat pujian dari orang ramai baik dalam dan luar negeri. Orang Sabah seharusnya berbangga dengan pembangunan ini dan berterima kasih dengan kerajaan yang mengeluarkan peruntukan yang besar demi kemajuan negeri dan keselesaan rakyat dan para penumpang penerbangan. Setidak-tidaknya..duit rakyat iaitu pembayar tax tidaklah disia-siakan...

Sekali pandang terminal KKIA ni mirip dengan KLIA punya rekacipta dari segi material yang digunakan. Tapi kalau dilihat sekali lagi ia mempunyai ciri-ciri yang unik. Ramai orang bagi komen yang reka bentuk KKIA ni macam sayap dan ekor kapal terbang...ermm yaka? ada yang bersetuju dengan pandangan itu ditambah lagi dengan bentuk aerofoil pada sayap kapal terbang..memang kalau dilihat dari atas kapal terbang memang ia tidak dapat dinafikan ia "adalah sayap kapal terbang boeing"...

Untuk pengetahuan, Kota Kinabalu mempunyai 2 terminal kapal terbang. Terminal 1 untuk pesawat MAS  dan Terminal 2 untuk pesawat yang "agak panas"...apa lagi kalau bukan Airasia Everyone Can Fly pemenang anugerah syarikat penerbangan tambang murah Asia beberapa tahun berturut-turut.

PRK - P185 Batu Sapi

Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi P-185 Batu Sapi di Sabah, selepas kematian penyandangnya daripada parti PBS (BN).

Labbaikallah humma labbaik..

Selamat berangkat kepada semua tetamu Allah untuk pergi menunaikan perintah Allah rukun kelima iaitu menunaikan ibadah fardhu haji bagi sesiapa yang berkemampuan. Semoga niat dan amalan kalian diterima oleh-Nya dan mendapat haji mabroor amin..insyaAllah.

Rabu, 13 Oktober 2010

Nasib "orang minyak"..

Woww..! kuatnya ombak..beginilah kehidupan harian mereka yang cari makan di laut...apa boleh buat rezeki dah macam tu...

Ombak setinggi 3-4 meter ni perkara biasa pada musim tengkujuh atau ujung tahun...yang penting berhati-hati jak..

PRK - N45 Galas

Satu lagi Pilihan Raya Kecil (DUN) akan berlangsung akibat kematian penyandangnya dari Parti Pas. Ini adalah PRK yang ke 12 kalau tidak silap selepas PRK Sibu.

Apapun, keputusannya nanti tidak akan menggugat kerajaan negeri yang memerintah.

"Coklat Kenangan"


Coklat hasil buatan sendiri di rumah. Saiz dan bentuknya yang pelbagai amat menarik sesuai untuk cenderahati atau buah tangan semasa majlis tertentu seperti perkahwinan, harijadi dan sebagainya.

Kalau mau order bilang jak...boleh reply post ni atau emel.

Isnin, 11 Oktober 2010

Jalanraya atau "Jalan pintas untuk mati" ??

Ya Allah...inikah yang dikatakan akhir zaman yang kiamat sudah sangat hampir masanya, sekali nyawa diragut bukan sedikit terus ramai bilangannya. Dalam kemalangan beberapa hari lepas yang berlaku di lebuhraya Plus amat mengejutkan semua pihak.

Bilalah kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam bas ekspres akan berhenti kalau tidak pun semakin menurun. Penyelesaian demi penyelesaian dibuat, namun inilah hasilnya...tidak perlulah menuding mana-mana pihak, lebih baik muhasabah diri masing-masing. Bukannya apa...jalanraya kini seakan-akan sudah menjadi "tanah perkuburan" yang amat mengerikan. Menaiki bas ekspres kini seolah-olah menggadaikan nyawa atau ingin membunuh diri, tak tahulah...Mungkin suatu masa nanti...orang tidak akan menggunakan jalanraya jika tanah perkuburan ini menjadi realiti.

Ada sesetengah pihak cakap-cakap...inilah akibatnya apabila sumber pembinaan jalanraya yang tidak berkat ditambah lagi jabatan yang menjaga jalanraya yang 'r****h' dan sebagainya..

Ahad, 10 Oktober 2010

10.10.10


Inilah tarikh "keramat" bagi sesetengah pihak. Ada yang sanggup menunggu tarikh tersebut bagi melangsungkan perkahwinan, melahirkan anak, membina bangunan atau rumah dan sebagainya sebagai tanda ingatan bersejarah bersempena tarikh "The Perfect Ten".

Apapun, semua kejadian didunia ini adalah ciptaan Yang Maha Esa yang sememangnya teramat unik dan hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Loji Janakuasa Geothermal di Tawau..

Benarkah Tawau akan ada loji janakuasa geothermal? Ini sesuatu yang agak janggal jika diukur dari segi geografi negara ini yang dikatakan diluar dari lingkaran gunung berapi. Namun itulah hakikatnya keunikan yang ada di daerah bertuah ini iaitu Tawau. Menurut kajian, kawasan ini berada dikawasan Apas 40km dari bandar Tawau.

Jabatan Geosains dan Mineral hasil penyelidikan mendapati wujud potensi untuk menjanakuasakan elektrik sehingga 67 MegaWatt sehari bagi memenuhi keperluan di kawasan Tawau. Walaubagaimanapun penyelidikan masih dijalankan. Setakat ini, hasil penyelidikan melalui kaedah "magnetotelluric" iaitu pengimejan dibawah permukaan bumi mendapati satu "reservoir" kolam kira-kira 2-3km dibawah tanah dengan air bersuhu diantara 220 hingga 236 darjah celsius yang mana lebih daripada cukup untuk menjana kuasa elektrik. 
Jika difikirkan, memang ada lojiknya dakwaan ini. Di daerah ini ada terdapat "hot spring" atau kawasan air panas semulajadi yang keluar dari dalam bumi. Setakat yang ditemui adalah di Ayer Panas dan Taman Bukit Tawau. Luar dari daerah Tawau, air panas ini juga ditemui di Ranau. Ini satu lagi daya penarik untuk pelancong dalam dan luar negeri datang mengalami kuasa alam ciptaan-Nya.

Tapi ada yang tidak enak dipandang. Inilah yang dikatakan dunia negara ketiga masih banyak upacara dan kepercayaan khurafat dan syirik. Jika kita pergi ke tempat air panas ini selalu ada "makanan jin" yang diletakkan ditebing sungai atau kolam air panas. Mengikut kepercayaan karut ini, bagi memohon keselamatan dan melepaskan hajat daripada kuasa "hot spring" ini. Ada baiknya kalau sesiapa terlihat perkara karut ini terus melaporkan kepada Jabatan Agama untuk tindakan lanjut atau bersekongkol dengan mereka. Perkara ini juga mengakibatkan kawasan air panas menjadi kotor dengan makanan yang dibiar akhirnya masuk ke dalam sungai.

Mungkin kejadian ini ada kaitan dengan bekas gunung berapi (Mt. Maria di Tawau) yang pernah memuntahkan laharnya 27 ribu tahun dahulu. Dari segi geografi, kedua-dua kawasan air panas ini berada dekat dengan gunung ini.

Wallahua'lam.




Sabtu, 9 Oktober 2010

Ikan "Arang Batu"

Ikan yang berdekatan dengan Janakuasa elektrik Arang Batu mengandungi tahap merkuri yang rendah seperti yang didakwa oleh North Carolina State University melalui penyelidikan yang dijalankan. Ikan yang hidup berdekatan (~10km) dengan loji janakuasa tersebut mengandungi tahap logam berbahaya (Merkuri) yang rendah berbanding ikan yang berada jauh (~30km) dari loji tersebut. Ini sesuatu yang diluar jangkaan yang mana loji arang batu yang mengeluarkan bahan kimia berbahaya dan mengancam alam sekitar.

Sumber: ScienceDaily.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Cikgu penjual pil seks

 Apa mau jadi dengan zaman sekarang, orang bilang "harapkan pagar, pagar makan padi". Beginilah cerita baru-baru ini apabila seorang guru sekolah di Johor didapati menjual dan mengedar pil perangsang seks kepada murid sekolahnya. Sesuatu yang amat tidak masuk akal dan memalukan pihak sekolah. Guru pula semakin tidak beretika dan rosak akhlak dan moral.


Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.