Selasa, 24 Ogos 2010

Janakuasa elektrik gas asli...bilalah agaknya?

Mungkin beginilah agaknya loji janakuasa elektrik gas asli jika kerajaan nak tolong orang-orang di pantai timur Sabah yang dahagakan keperluan dan bekalan asas yang sempurna...



Gambar hiasan: Loji janakuasa elektrik.

Kalaulah kerajaan ni betul-betul ikhlas kepada rakyat Sabah, kenapa mereka tidak membina janakuasa besar bersumber tenaga gas asli yang boleh didapati di negeri ini? Lihatlah berapa besar jurang pembangunan diantara Sabah dan Semenanjung atau negeri lain. Tiada negeri lain yang sering tercorot dalam kategori negeri termiskin melainkan Sabah. Buat rakyat Sabah, fikir dan bertindaklah selagi termampu demi masa depan generasimu...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amat malang bg org Sabah..time org berhari raya bersama sanak saudara dan rakan taulan tiba2 mati pulak karan..jadi kemeriahan aidilfitri ndak dpt dirasai..cuba bygkan klu di semenanjung jd begini jgn bilang 1 Malaysia..mesti kecoh 1 dunia..

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.