KKIA atau Kota Kinabalu International Airport yang kini berubah wajah banyak mendapat pujian dari orang ramai baik dalam dan luar negeri. Orang Sabah seharusnya berbangga dengan pembangunan ini dan berterima kasih dengan kerajaan yang mengeluarkan peruntukan yang besar demi kemajuan negeri dan keselesaan rakyat dan para penumpang penerbangan. Setidak-tidaknya..duit rakyat iaitu pembayar tax tidaklah disia-siakan...
Sekali pandang terminal KKIA ni mirip dengan KLIA punya rekacipta dari segi material yang digunakan. Tapi kalau dilihat sekali lagi ia mempunyai ciri-ciri yang unik. Ramai orang bagi komen yang reka bentuk KKIA ni macam sayap dan ekor kapal terbang...ermm yaka? ada yang bersetuju dengan pandangan itu ditambah lagi dengan bentuk aerofoil pada sayap kapal terbang..memang kalau dilihat dari atas kapal terbang memang ia tidak dapat dinafikan ia "adalah sayap kapal terbang boeing"...
Untuk pengetahuan, Kota Kinabalu mempunyai 2 terminal kapal terbang. Terminal 1 untuk pesawat MAS dan Terminal 2 untuk pesawat yang "agak panas"...apa lagi kalau bukan Airasia Everyone Can Fly pemenang anugerah syarikat penerbangan tambang murah Asia beberapa tahun berturut-turut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan