Sebelum ini kita terutamanya umat Islam sering dikejutkan dengan aksi ganas dan penindasan Israel terhadap saudara Islam di Palestin yang tidak berdosa. Dan pelbagai cara sudah kita menyuarakan bantahan terhadap negara haram tersebut mendesak menghentikan kekejaman terhadap bumi anbia' Palestian dan rakyatnya. Antaranya kita telah memboikot produk Israel dan mengutuk segala tindakan kejam yang dilakukan secara terang-terangan ke atas saudara kita di Palestin.
Apa lagi yang perlu kita lakukan? Dalam sukan, mungkin penyokong dan peminat pasukan bolasepak Arsenal FC perlu berfikir semula bagi sokongan dan sikap fanatik mereka terhadap pasukan bolasepak ini yang mempunyai penyokong di seluruh dunia seramai 30 juta. Tahukah anda, pasukan ini telah bersetuju membuat penajaan bagi mempromosikan negara haram Israel sebagai satu destinasi pelancongan. Ini bererti, pasukan ini ada hubungan secara terus dengan Israel dalam perdagangan dan secara langsung atau tidak pasukan ini menyokong tindakan tidak berperikemanusian dan penindasan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa dengan bersikap apartheid dan membunuh secara kejam melalui kuasa ketenteraan walaupun di bantah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Boikot pasukan bolasepak yang pro-Israel demi saudara kita di Gaza dan sebagai tanda protes.
3 ulasan:
Assalamualaikum.. saya punyai soalan untuk diajukan.. mengapa hanya Arsenal?.. mengapa tidak Man Utd yg perjuangkan syaitan(red devil) secara terang terangan?.. mengapa tak boikot bpl sahaja yg ditaja Arak?.. mengapa xboikot saja bola sepak yg terang terangan majoriti pemainnya tidak menutup aurat?.. mengapa hanya arsenal sahaja? Saya faham kamu ingin menyampaikan sesuatu yang baik.. namun maafkan saya, kamu perlu adil dalam menyampaikan ia.. maaf jika terkasar bahasa..
Wa'alaikumsalam wbt. Terlebih dahulu pihak admin juga ingin memohon maaf sekiranya menyinggung penyokong pasukan bolasepak Arsenal dan terima kasih kepada saudara yang bertanya. Betul apa yang saudara persoalankan. Walaupun tajuk subjek berkisar Arsenal FC tapi isi yang dibicarakan adalah berkisar kepada hubungan sesebuah pertubuhan atau pasukan secara langsung kepada kerajaan rejim zionis Israel. Yang mana dengan takdir Ilahi pada masa artikel ini ditulis penduduk Gaza dibunuh dan disakiti tanpa ada pembelaan dipihak antarabangsa, dan juga pada masa itu seluruh dunia sedang memboikot sokongan dan produk rejim zionis Israel laknatullahi alaih. Sebagai orang Islam yang beriman, tidakkah kita sensitif dengan apa yang berlaku dengan saudara se-Islam kita yang siang malam bermandi darah di Gaza dan Palestin angkara rejim zionis Israel. Namun, kalau kita bicara secara global dari sudut perspektif agama Islam, jangan kata Arsenal, MU dan lain-lain pasukan, pertubuhan yang diterajui orang Islam sendiri pun seperti FAM, media massa, parti politik, dll harus juga diboikot sekiranya terdapat unsur yang melanggar syariat. Dalam ertikata yang tersirat lagi, sampai bilakah kita masih hendak dilalaikan oleh propaganda Yahudi dan Nasara? dalam masa yang sama saudara seagama sedang disembelih oleh 'mereka', kita pula sedang bersorak dan lalai sebaris dengan 'mereka'. yang pasti semua ini akan dipersoalkan di'sana'. dan semoga Allah swt memaafkan semua kaum muslimin dan muslimat, amin. Wallahua'lam.
Memang Arsenal FC pernah mempunyai perjanjian komersial dengan Kementerian Pelancongan Israel.
Namun, Perjanjian tersebut telah tamat beberapa tahun sudah.
Oleh itu, adakah Arsenal masih menyokong Israel?
Kita perlukan penjelasan ini kerana sekiranya Asenal FC sudah tidak lagi menyokong Israel, maka dakwaan ini merupakan satu fitnah kepada Arsenal FC.
Arsenal FC mempunyai beberapa pemain beragama Islam dan aktif dalam komuniti London Utara yang turut melibatkan komuniti Islam di North London.
Jika Arsenal FC sudah tidak lagi menyokong Israel, namun kita terus memboikot atas alasan Arsenal FC PERNAH menyokong Israel, perbuatan ini sangat tidak produktif.
Kita perlu menunjukkan kepada syarikat korporat bahawa kita hanya memboikot Israel, bukan hanya memboikot atas dasar assosiasi.
Sumber yang diberikan anda iaitu inminds.org.uk masih tidak mengupdate data mereka, oleh itu, anda juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesahihan fakta anda
Catat Ulasan