Jumaat, 31 Disember 2010

Tahniah Harimau Muda..!

Malaysia 4 - Indonesia 2  (Secara Aggreget)

 Tahniah...tahniah...tahniah! Pasukan bolasepak Malaysia Harimau Muda yang telah menjuarai Kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010. Semua warga Malaysia berbangga dan berterima kasih kepada skuad Harimau Malaya kerana telah menaikkan semula maruah bangsa dan sukan bolasepak tanah air yang sejak sekian lama dinanti-nantikan.

Tahniah sekali lagi buat skuad bolasepak negara yang sekaligus penjulang Piala AFF Suzuki di Stadium keramat Gelora Bung Karno.

Inilah dia wajah-wajah wira kesebelasan utama bolasepak tanah air yang digelar harimau malaya dengan jersi berwarna biru nike yang merakamkan gambar sebelum sepak mula di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia bagi perlawanan akhir pusingan kedua.

Perlawanan yang menarik diantara kedua-dua pasukan Harimau Malaya dan Garuda di Stadium Bukit Jalil dan Gelora Bung Karno. Ngauman harimau malaya lebih menyerlah pada musim kali ini berbanding terkaman sang garuda. Apapun tahniah kepada kedua-dua belah pasukan yang bermain secara 'fair play' dan semangat kesukanan yang tinggi dan professional. Semoga mutu persembahan bola sepak tanah air yang terdiri daripada skuad muda dapat ditingkatkan lagi dan terus mara ke hadapan.

Sabtu, 11 Disember 2010

2011 Pendidikan seks di sekolah?


4.6 peratus pelajar sekolah terlibat dengan hubungan seks bersama pasangan, itulah angkanya. Inilah keputusan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Universiti Malaysia Sabah baru-baru ini terhadap lebih kurang 5 ribu murid-murid di beberapa buah sekolah.

Mungkin sesetengah pihak menganggap angka ini adalah kecil dan perkara biasa. Namun pada hakikatnya angka ini sangat mengejutkan dan merisaukan ibu bapa dan masyarakat. Ini kerana, pelajar sekolah yang masih dibawah umur seharus bebas dari gejala dosa dan tidak bermoral ini. Lebih-lebih lagi mereka ini masih bersekolah dan perlu berhati-hati dalam melangkah demi masa depan mereka.

Dalam hal ini ibu bapa amat bertanggungjawab dan harus peka serta sentiasa prihatin terhadap kelakuan juga aktivit-aktiviti anak-anak mereka seharian. Peranan ini bukan sahaja di dalam rumah malah kena juga ambil tahu apabila anak-anak melangkah ke sekolah. Realitinya, ini adalah cabaran masyarakat kini tidak kira golongan mana sekalipun.

Cadangan pihak kementerian hendak memperkenalkan mata pelajaran atau subjek pendidikan seks di sekolah pada dasar dan bunyinya agak baik. Namun, adakah hal ini telah di perincikan sedalam-dalamnya dan sepatutnya dibincangkan dahulu oleh pakar-pakar, ahli akademik, ilmuan-ilmuan Islam dan yang seumpamanya? Kita risau jika subjek ini hanya semata-mata subjek yang tidak memberi manfaat kepada keputusan moral generasi muda atau pelajar.

Kita bukan hanya mahu pelajar mendapat 100 peratus markah dalam subjek tersebut, tapi yang lebih penting adalah pelajar dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Khamis, 9 Disember 2010

Kg Pasir Putih Banjir lagi...9hb Disember 2010

Tanggal 9hb Disember 2010, Khamis, awal pagi 4.00am (subuh), Kg. Pasir Putih banjir lagi. Namun kali ini tidaklah seteruk banjir yang melanda pada sebelum bulan Ramadhan lepas yang mana hampir keseluruhan rumah ditenggelami air. Banjir kali ini hanya pada paras lutut atau betis dari permukaan lantai rumah.

Seperti sebelumnya punca bencana banjir ini di sebabkan air sungai yang melimpah disamping sungai yang tidak terancang pembinaannya dan terurus. Kejadian ini bertambah buruk selepas hujan lebat melanda terutamanya di kawasan hulu di Merotai. Air hujan ini akan terus mengalir dengan deras ke hilir seperti ke kampung ini dan kampung-kampung hulu yang lain.

Masalah ini sudah beberapa kali di ketengahkan kepada pihak bertanggungjawab dan juga wakil rakyat kawasan baik DUN maupun Parlimen. Namun, perkembangan dan respon yang positif daripada mereka belum di ketahui secara jelas tentang perancangan masa depan bagi memastikan keselamatan penduduk kampung terjamin dan tenteram.

Beberapa bulan lepas Ahli Parlimennya iaitu Datuk Abddul Ghapur Salleh ada membuat permohonan agar pihak berkenaan mengetengahkan masalah ini ke peringkat atasan agar penduduk kampung terlibat dipindahkan ke suatu tempat yang selamat, seperti yang dilaporkan dalam media. Namun, masih tidak diketahui keputusannya.

Mungkin penduduk kampung harus bertindak sekarang dalam membela nasib mereka bagi memastikan harta benda dan nyawa mereka terjamin pada masa hadapan. Bagi penduduk kampung terlibat yang terbaca atikel ini mungkin harus segera bersatu membawa usul ini ke pihak JKKK seterusnya peringkat yang lebih tinggi.

Semoga ada pihak dapat membantu dalam membela nasib penduduk di kampung ini. InsyaAllah.

Rabu, 8 Disember 2010

Harapkan pagar, 'pagar' kacau orang..

Bak kata pepatah "harapkan pagar, pagar pulak yang makan padi"..itulah yang kini ramai keluhkan oleh orang ramai. Apa tidaknya, agak mengejutkan dan merisaukan apabila ada pihak berwajib yang bertugas songsang. Sepatutnya pagar dapat menjaga padi di sawah daripada di ceroboh oleh serangan atau gangguan luar seperti haiwan liar. Tapi apa yang berlaku sebaliknya, pagar pula yang khianat dengan membiarkan haiwan liar ni masuk dan buat "projek" sesuka hati sampai habis rosak padi di sawah.

Beginilah mungkin gambaran apa yang berlaku di Bandar Seri Indah Tawau yang sering di ganggu pencuri dan perompak. Sehingga tidak tahan dan tidak mahu bersubahat, adalah pihak yang cuba menegakkan kebenaran dalam merungkai permasalahan ini.

Adalah beberapa kenalan maupun saudara yang tinggal di kawasan ini juga menceritakan hal tersebut. Kecurian di siang hari yang agak selalu berlaku dan menakutkan penghuni di situ. Apa tidaknya, di katakan penjahat-penjahat ini merompak menggunakan senjata tajam yang mengancam nyawa penduduk.

Tempat ini memang agak jauh dari bandar dan terpencil dari kesibukan orang ramai lagipun ia sebuah penempatan atau kawasan perumahan baru. Ia juga berdekatan dengan kawasan perladangan kelapa sawit. Projek perumahan yang masih berjalan bagi fasa-fasa baru menyebabkan ramai pekerja-pekerja dan buruh binaan menetap berdekatan perumahan tersebut. Di fahamkan buruh tersebut pekerja asing tidak mempunyai dokumen dan permit kerja.

Mau cakap panjang-panjang di sini susah juga...jadi faham-fahamlah kenapa ini berlaku?

Jumaat, 3 Disember 2010

Semporna bandar terkotor..?

"Bandar terkotor" itulah anugerah yang diperoleh oleh Bandar Semporna, Tawau Sabah. Bagi penduduk yang berasal dan tinggal di situ sememang sedikit berasa malu dan terhina, apa tidaknya perkataan kotor itu sendiri bermaksud tidak baik dan menjijikkan. Inilah yang menjadi persoalan, bagaimana sebuah pekan atau bandar yang begitu terkenal di negara ini malah di dunia disebabkan terdapat sebuah pulau iaitu Pulau Sipadan (antara yang tercantik didunia), tidak dijaga kebersihannya? Ini sekaligus memalukan negara melalui kemeterian pelancongannya. Begitu juga pihak berkuasa tempatannya, apa yang mereka buat? Sama jugalah wakil rakyatnya, tidurkah?

Kepada yang pernah melancong dan pergi ke pekan ini yang terletak dipinggir laut, memang kelihatan sampah sarap dimana-mana, tapak jualan yang tidak teratur, bau yang tidak menyenangkan, peminta sedekah dan "kutu jalanan", PATI begitu juga cara kehidupan yang terlalu dhaif. Majoriti suku kaum yang tinggal di sini ialah Bajau dan Suluk.
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.