Sabtu, 22 Oktober 2011

Kolonel Muammar Ghadaffi telah disahkan mati apabila media antarabangsa telah menyiarkan mayatnya sejurus pihak pemberontak berjaya membunuh dan mengheretnya secara kasar. Mungkin beginilah nasib akhir hayat seorang pemimpin tidak kira seorang Islam atau sebaliknya jika bersikap diktator dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin lebih-lebih lagi dalam dunia Islam.

Apa yang harus diambil iktibar daripada peristiwa pembunuhan Muammar Ghadafi ini adalah sama seperti penangkapan dan hukuman gantung sampai mati Saddam Hussein. Walaupun tidak dinafikan ada tangan-tangan ghaib pihak musuh Islam dalam merancang semua ini bagi menghapuskan warisan dan kerajaan orang Islam diatas muka bumi ini. Pengajaran dan hikmah daripada peristiwa ini adalah seorang pemimpin harus menunaikan tuntutan rakyatnya seadil dan sebaik mungkin berlandaskan prinsip iman dan taqwa kepada Allah SWT dan sebagaimana yang telah ditunjuki oleh Rasulullah SAW.

Kisah Muammar Ghadafi dan Saddam Hussein seperti yang dilaporkan telah banyak melakukan kesilapan dalam mentadbir negara. 

Isnin, 26 September 2011

"Street Kid" di Tawau...?

Program Sejuta Impian terbitan salah satu pusat penyiaran televisyen swasta tanah air amat menarik dan memang di akui dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia dan si pencetus ideanya.

Sungguhpun begitu, tidak dapat juga dinafikan perkara yang baik itu tidak semuanya sempurna. Baru-baru ini dalam program tersebut, salah seorang pemohon atau bolehlah dikatakan aktivis masyarakat telah diberikan peluang oleh program tersebut untuk menyatakan hasrat atau impian beliau dalam memohon dana. Kali ini ia berkaitan dengan "kanak-kanak jalanan" yang terdapat di Tawau dan Semporna dengan keadaan sangat dhaif disamping terpaksa keluar mencari rezeki yang dikatakan disuruh oleh ibu-bapa mereka.

Apa yang dinyatakan memang benar, tetapi beliau juga menyatakan telah melakukan "research" atau penyelidikan terhadap perkara tersebut atas tujuan untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak tersebut. Persoalannya disini, apakah benar beliau telah melakukan penyelidikan sepenuhnya khususnya di Tawau (kawasan bandar seperti yang terpapar dalam rakaman video beliau)? Sebagai warga bandar dan daerah ini, beliau harus merujuk kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Tawau bagi mendapat penjelasan lanjut dan tepat berhubung kanak-kanak yang dikatakan kanak-kanak jalanan. Sebaliknya beliau tidak harus hanya merujuk kepada pihak-pihak yang tidak tahu-menahu atau "tersalah orang" bagi membuat penyelidikan kerana ia dikhuatiri memperolehi maklumat yang kurang tepat.

Seperti apa yang dipaparkan dalam program tv tersebut, kita ingin bertanya apakah kanak-kanak yang dimaksudkan itu warga tempatan atau bukan? Ini kerana, untuk pengetahuan beliau bandar ini juga terdapat warga asing yang datang tanpa pekerjaan dan hanya mampu meminta sedekah dan simpati. Dan yang agak bertenaga seperti kanak-kanak akan "bekerja" dengan menyediakan perkhidmatan seperti mengangkat barang dan sebagainya, dan yang lain-lain menjual barang seperti sayuran dan ikan di kaki lima pasar. Kebanyakan atau hampir semua mereka ini bukan warga tempatan. Sebenarnya kita juga berasa simpati dengan golongan ini tetapi perkara yang pertama harus dilakukan adalah mengenal pasti identiti mereka. Sekiranya mereka ini warga tempatan maka seharusnya dibantu dan jika sebaliknya pihak berwajib harus mengambil tindakan sewajarnya.

Sebagai warga Sabah, pihak lain harus memberikan maklumat dan gambaran yang benar dan tepat tentang Sabah jika tidak orang ramai akan menyangka keburukan dan merosakkan imej negeri ini. Seperti apa yang beliau katakan tentang Sabah ia memberikan gambaran buruk seolah-olah masyarakat tempatan Sabah khususnya di Tawau tidak mendapat pembelaan, melarat dan dinafikan hak-hak sebagai golongan bawah umur yang sepatutnya mereka ini berada di sekolah.

Apapun penghargaan harus diberikan kepada pemohon dana juga program Sejuta Impian diatas keprihatinan, namun kita juga merasakan sekiranya dana itu tidak disalurkan ke sasaran yang betul maka tiadalah manfaat kepada masyarakat Malaysia yang memerlukan dan ia hanya membazirkan wang rakyat. Kita juga menyarankan agar program tersebut lebih meneliti setiap permohonan dana seperti diatas.


Sabtu, 24 September 2011

Laksanakan Hudud

Seolah-olah pihak kerajaan Barisan Nasional ditimpa penyakit histeria dan meracau apabila tiba-tiba isu hukuman hudud timbul sejak beberapa hari ini apabila sekian lama menyepi. Memang tidak dinafikan ia suatu petanda nahawa pilihanraya sudah semakin dekat dan pihak Barisan Nasional akan sedaya upaya menimbulkan isu terutamanya yang berkaitan orang-orang melayu dan Islam untuk mengalih perhatian sekaligus memancing undi. Bagi golongan muda atau genarasi baru dan celik IT, isu-isu seperti ini teramat lapuk untuk diulang tayang sejak zaman Dr M lagi dan generasi sudah faham dan matang dengan permainan Umno Barisan Nasional yang lebih berpolitik ala duniawi.

Yang teramat malang lagi apabila masyarakat serta pemimpin Islam khususnya Pas yang berhasrat melaksanakan syariat hudud ini, ditentang amat hebat oleh orang Islam dan pemimpin yang mengaku diri seorang Islam. Ini suatu malapetaka kepada puak dan parti yang menentang hukum dan perintah Allah SWT. Mungkin orang akan marah apabila orang melayu dan warga Malaysia menentang titah Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, tetapi malang sungguh tiada siapa peduli apabila raja segala raja yang Maha Pencipta dan yang Maha Perkasa Allah SWT menitahkan didalam Al-Quran Karim supaya laksanakan hudud! Hudud ini perintah-Nya bukan mainan hal politik sesiapa pun.  Mengapa orang hendak tentang, mengapa tiada siapa peduli? Amat sayu dan terharu apabila seorang pemimpin dan ulama' menyatakan, jika Allah SWT tanya diakhirat nanti kenapa hudud tidak dilaksanakan maka akan dijawapnya hasratnya ditentang oleh penguasa atasannya. Begitu juga sebagai seorang muslim dan mukmin, haruslah ada terlintas dihati untuk bermuhasabah, bagaimana jika Allah SWT bertanyakan sedemikian apakah jawapan kita?

"Jika Umno mahu melaksanakan hudud kami akan keluar BN". Ini suatu petanda kehancuran BN dan Umno yang gagal memberikan kefahaman tentang Islam kepada sekutu politiknya. Pernyataan ini amat menyinggung perasaan orang Islam. Apakan tidak? Ini bukan soal politik, ini soal ibadah suatu perintah Tuhan (Allah SWT) terhadap hamba-Nya. Mengapa puak-puak tersebut terlalu egois dan bersifat prejudis terhadap Islam? Islam itu suatu agama manusia, dan setiap orang yang beragama tidak kiralah agama apa sekalipun akan diajar untuk menghormati agama-agama lain. Mengapa mereka terus menentang sedangkan mereka bukan ahlinya malah tidak faham pun apa itu hudud. Kalau diikutkan ini menjadi soal sensitif bagi umat Islam seluruhnya. Kita orang Islam tidak mengganggu pun soal agama meraka, jadi apakah yang menyebabkan pihak terbabit meracau seolah-olah bersikap biadap. Ini yang harus difikirkan oleh golongan terbabit agar mereka lebih bersikap terbuka mengikut nilai-nilai dan norma kehidupan bertamadun. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Sebagai seorang muslim dan ingin melihat sistem perundangan Islam terlaksana di negara dan permukaan bumi ini, kita amat menyokong dan mendokong usaha murni Pas dan mana-mana pihak NGO dan seluruh umat Islam yang berhasrat dan bertungkus-lumus dalam medaulatkan sistem hukum hudud seperti yang diperintahkan oleh Pencipta alam ini dan segala isi-isinya Dia-lah Allah SWT. Dan sebagai umat Islam maka wajib diyakini bahawa segala perintah dan larangan serta peraturan yang termaktub dalam kitab suci umat Islam Al-Quran Karim adalah benar dan jika dilaksanakan maka akan aman dunia ini sehinggalah hari kiamat. Namun, harus difahami dan diyakini qada' dan qadar Allah SWT untuk perihal akhir zaman seperti manusia semakin jauh dari agama (Islam), peperangan, gempa bumi, fitnah dan maksiat bermaharajalela dan sebagainya tetap akan berlaku. Maka itu, masuklah kedalam jemaah Islam yang mendaulatkan Islam serta berjuang dalam menegakkan Islam sekalipun syahid pada akhirnya. Wallahu a'lam.


Isnin, 29 Ogos 2011

Hanya Allah yang akan membalasnya..

Ya Allah, betapa banyaknya dosa-dosa hambaMu. Semoga 10 hari akhir Ramadhan ini Engkau berikan kami keampunan yang mutlak dan terima semua amal ibadat kami sepanjang Ramadhan yang lalu.

Dalam pada itu, kini hampir setiap hari kita dimomokkan dengan berita-berita yang amat bertentangan amalan Ramadhan yang berkait dengan umat Islam itu sendiri. Sebenarnya kita sudah bosan dan kalau boleh tidak hendak mendengar dan melihat perkara sebegini berlaku dikalangan orang Islam.

Apa yang dimaksudkan adalah berkaitan isu contengan salib pada poster atau 'banner' yang direntang. Kenapa mereka tergamak menconteng dengan lambang salib pada muka tok guru kita yang dikasihi Tuan Guru Nik Aziz? Apakah salah Tuan Guru?

Kita kalau nak ikutkan hati hendak saja 'berperang' dengan mereka yang menghina pemimpin kami, seorang ulama' dan juga sebagai seorang Menteri Besar yang amat adil dan amanah kepada seluruh rakyatnya. Tapi itu bukanlah yang Tok Guru ajar dan bukan juga apa yang Islam ajarkan. Sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kami yakin Allah SWT itu Maha Mengetahui setiap perbuatan hambaNya dan amat pedih azab siksaNya. Na'udzu billahi min zalik.

Sempena dibulan yang penuh barakah ini, sama-samalah kita berdoa agar pejuang-pejuang Islam, pemimpin-pemimpin dan ulama'-ulama' kita baik di Malaysia maupun diseluruh dunia akan diberikan kekuatan iman dan kesabaran dalam mengharungi ujian dan dugaan dunia demi kehidupan akhirat (Syurga) yang kekal abadi. Dan semoga kita juga digolongkan dalam kalangan mereka (penghuni syurga) dan dijauhi dari siksa neraka. Amin.
  

Ahad, 28 Ogos 2011

Muhasabah Ramadhan


Astaghfirullah al-adzim. Inikah yang disebut dalam banyak riwayat hadith berkenaan keadaan akhir zaman yang penuh dengan fahsyak dan mungkar. Hari ini kita di kejutkan dengan suatu berita berkenaan nama surau yang begitu menghinakan dan agak mem"provok" terhadap umat Islam.

Surau dalam makna lain adalah rumah Allah atau tempat dimana orang Islam bersujud bersembahyang beribadat kepada AllahSWT. Masalahnya disini, nama surau yang diberikan adalah Surau Qariah Al-Musyrikin. Apa maksudnya? Al-Musyrikin ini bermaksud orang-orang yang syirik kepada Allah SWT iaitu orang-orang yang menyembah tuhan selain Allah SWT, yang mana dosa orang yang mensyirikkan Allah SWT dosa besar dan tidak mendapat keampunan Allah SWT. MasyaAllah.

Mungkin ini suatu kesilapan seperti yang dilaporkan dan mungkin juga ada pihak yang sengaja melakukan provokasi terhadap umat Islam dan berunsur politik kotor. Kalau diikutkan kita tidak perlu melayan perkara sebegini namun kita juga rasa bertanggungjawab dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri yang amat dituntut oleh agama yang suci ini Islam. Kita tidak tergamak melihat Islam itu dipermain-mainkan dan bersifat menghina lebih-lebih lagi rumah ibadat orang Islam.

Jadi, dibulan Ramadhan yang penuh barakah ini, seharusnyalah umat Islam menghindarkandiri mereka dari melakukan perkara keji dan mungkar ini. Sebaliknya kita dituntut untuk mengimarahkan surau dan masjid di setiap qariah masing-masing kerana bulan ini Allah SWT memberi kesempatan untuk hambaNya mensucikan diri dari segala dosa yang lalu dimana pahala berganda-ganda,keampunan yang banyak diberikan oleh Allah SWT hanya pada bulan ini dan tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Yang mana dalam Ramadhan ini terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitulah Lailatul Qadr. Tidak mahukah kita mencarinya? Tidak berminatkah kita? Jika kita tidak berminat maka jawapnya kita kita juga tidak berminat dengan Allah SWT maupun syurgaNya. Subhanallah.

Hari ini adalah hari ke-28 Ramadhan, lusa atau tulat mungkin 1 Syawal untuk kita merayakan Aidilfitri. Jadi saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.

Rabu, 29 Jun 2011

PM didahulukan, Rakyat ditekan

Beginilah apabila 'seekor' ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus tapi dia sendiri berjalan bengkok.

Amat terkilan dan sampai hati apabila seorang yang bergelar Perdana Menteri yang kononnya dipilih oleh rakyat hidup mewah dan membazir sedangkan hidup rakyatnya menderita dengan bebanan harga barangan yang kian melambung dan subsidi yang dimansuhkan, biasiswa pelajar semakin tiada, petrol semakin mendadak naik walaupun negaranya adalah pengeluar minyak dan gas.

Jika bil elektrik sampai RM160,000 sebulan sudah pasti rakyat akan berfikir dan curiga apakah yang terdapat dalam rumah PM? Jika sebuah kilang jentera pun mungkin tak sampai RM100,000 apatah lagi sebuah rumah.

Kenapalah pemimpin kebanyakan dari dahulu sampai sekarang hanya pandai bercakap tapi tak serupa bikin. Rakyat baru nak buka mulut tuntut hak sebagai warga yang sah sudah menteri-menteri melenting.

Diharap para pemimpin mengamalkan sikap berjimat cermat dan kata dikota seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pemimpin ulung di Nusantara pada era millenium ini. Takbir!, Allahu Akbar.


Ahad, 5 Jun 2011

Biar Orang CINA pimpin ISLAM

Mungkin agak janggal bunyinya tetapi itulah realitinya jika ditakdirkan oleh Allah SWT berdasarkan suatu hadith shahih.

Selepas membaca buku saudara Ann Wan Seng seorang yang berbangsa Cina muslim bertajuk BIAR ORANG CINA PIMPIN ISLAM, sebagai seorang yang berbangsa dari keturunan melayu amat malu dengan segelintir saudara se-melayu yang lain. Ini kerana, mutakhir ini negara kita seolah sudah sampai disatu puncak dimana isu perkauman itu sedang dimainkan oleh segelintir individu mahu pun pertubuhan. Ini terjadi kerana terlalu banyak salah faham dan mungkin juga tidak mahu memahami orang atau bangsa lain sehingga sikap prejudis menjadi-jadi tanpa dikawal oleh pihak sepatutnya menjaga ketenteraman masyarakat.

Mungkin buku ini juga bagi menjawab kesalah-fahaman sesetengah pihak yang terlalu taksub dengan bangsa yang daripada bangsa mana dia dilahirkan. Lagi menyedihkan apabila golongan yang memalukan ini mengaku sebagai seorang Islam sedangkan perkara yang mereka lakukan berkenaan ini menyalahi syariat Islam dan sunnah Rasulullah SAW.

Yang menarik juga dalam buku ini saudara Ann Wang Seng menerangkan betapa ramai malah mencecah ratus berjuta orang Cina yang berada di negara China itu sendiri jika dibandingkan jumlah bangsa melayu Islam di Malaysia. Malah bangsa Cina itu sendiri mendapat hidayah Islam ini secara langsung dari utusan-utusan Rasulullah SAW seperti Saad bin Abi Waqas R.A. Di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa sejak zaman Rasulullah SAW lagi Baginda telah memikirkan tentang bangsa Cina ini. Jadi di mana bangsa melayu yang amat ditaksubkan oleh segelintir orang melayu jika dibandingkan dengan bangsa Cina itu sendiri? Ini buka rekaan sepertimana yang sering dilakukan sesetangah golongan melayu dinegara ini, sesungguhnya sejarah bangsa Cina dengan Islam itu sudah menjadi pilihan Allah dan juga Rasul-Nya yang mana penyebaran Islam oleh bangsa Cina selain Arab datang ke Tanah Melayu untuk berdakwah ke atas orang melayu.

Disisni kalau dilihat bangsa melayu seharusnya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana telah mengutus da'ei-da'ei Cina dan Arab melalui perdagangan. Malangnya, semasa kita di bangku sekolah mungkin kita tidak didedahkan dengan sejarah yang betul dan sahih menyebabkan kita buta sejarah sebaliknya ditanam semangat nasionalisme untuk satu-satu bangsa demi tanah air yang tercinta kononnya.

Banyak lagi yang ditulis mengenai bangsa Cina ini agar bangsa lain dapat memahaminya. Syabas diucapkan kepada saudara Ann Wan Seng dengan menerangkan dan menerbitkan buku yang amat penting ini bagi tujuan dakwah Islamiyah dan memperbetulkan mentaliti sesetengah golongan melayu di negara ini.

Wallahua'lam.
     

Ahad, 15 Mei 2011

Sukaneka PASTI Kawasan Tawau 2011

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi dengan limpah nikmat dan kurniaan serta kasih sayang Allah SWT, majlis sukaneka PASTI Kawasan Tawau dapat berlangsung dengan jayanya pada 15 May 2011 setelah beberapa kali tertangguh akibat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan termasuklah hujan lebat yang berpanjangan. 


...bulan purnama mengambang di pagi hari.Takbir! Allahu Akbar.



...tu dia. Ni lah pasukan yang memenangi acara perbarisan iaitu dari sekolah PASTI Nurul Hidayah, Log Pond. Lihatlah adik di hadapan tu bukan main semangat lagi...tahniah! 

...bendera kejohanan hendak dinaikkan. adik-adik ni semua bakal pemimpin PAS suatu hari nanti.

Ucapan oleh saf kepimpinan PASTI Tawau, Sabah.

...haa, ni korang nak tau...ni barisan tempur hadapan 'si baju hitam' dengan bunga-bunga silat oleh persembahan adik-adik yang semuanya terdiri daripada anak-anak ahli PAS Tawau.

...yaaa, lari dik...ni lah antara acara sukaneka iaitu lumba lari. Untuk pengetahuan, acara sukaneka ni dikendalikan secara berasingan antara muslimin dan muslimat. Ini adalah satu contoh yang baik dan patut dicontohi oleh semua, yang mana anak-anak kita sudah terdidik dengan amalan Islami (muhrim) agar mereka dapat memahaminya dan mengamalkannya sehinggalah dewasa dan menjadi seorang mukmin sejati serta membela syari'at agama ini (Islam).

Beginilah suasana pada majlis sukaneka PASTI Kawasan Tawau bertempat di Padang Bandaran Tawau, Sabah. PASTI Kawasan Tawau meliputi daerah Tawau, Merotai, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Jarak antara satu daerah ke satu daerah ni memang jauh sehingga 200km atau 3 jam perjalanan. Tapi dengan semangat PASTI, itu semua tidak menjadi masalah dan halangan demia perjuangan ISLAM.

Tahniah...Tahniah...Tahniah PASTI TAWAU
Semoga bertemu kembali pada tahun hadapan 2011
Takbir!!!
Allahu Akbar!
Walillahilham.




Khamis, 31 Mac 2011

Kekadang sedih apabila melihat tekanan yang bertali arus terhadap kerajaan Pas di Kelantan oleh pihak seterunya. Tapi dalam hal agama (Islam) mungkin penganutnya harus mempertahankan apa yang kerajaan Tok Guru Nik Aziz telah lakukan berkenaan pengharaman premis-premis loteri atau kedai ramalan nombor ekor.

Sebagai seorang muslim kita tidak boleh berkata soal hak asasi manusia lagi kerana hak empunya bumi dan langit yang manusia diami ini lebih berhak menentukannya. Dia (Allah) tuhan sekalian makhluk telah perintahkan judi itu haram maka perkara itu tetap jadi haram. Sesiapa yang kata itu hak asasi lah, amalan orang bukan Islam lah itu lebih kepada politik dunia dan nafsu semata-mata.

Dalam judi, siapakah yang beroleh keuntungan? Tokey kedaikah atau pembeli nombor ekor atau kedua-duanya untung? Ini persoalan yang perlu kita fikir. Adakah sesiapa ingin rugi? sebab itu Maha Pencipta ini Maha Mengetahui amalan judi ini merugikan salah satu pihak kalau tidak pun kedua-duanya. Jadi sebagai pengganti judi ini, Allah SWT mencipta amalan jual dan beli dan menghalalkannya yang mana sesuai untuk manusia dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.

Oleh itu sama-samalah kita menyokong usaha Tok Guru ini dan buanglah pemikiran politik dunia yang tidak kemana.

Takbir! Allahu Akbar.

Wallahua'lam.

Isnin, 28 Mac 2011

'Tukang' kecewa tidak dibayar upah..

Kedengaran desas-desus yang projek perumahan PPR di Kg Pasir Putih sebahagiannya terbengkalai. Ia berpunca daripada pekerja-pekerja kontrak (tukang) yang diupah membuat rumah tersebut tidak dibayar. Jika benar, ini suatu perkara yang tidak betul dan berunsur penipuan terhadap rakyat secara amnya.

Dikatakan ada diantara orang tengah yang tidak amanah yang menyebabkan pembayaran tidak sampai ke tangan tukang-tukang tersebut. Pihak yang terbabit sepatutnya berhati perutlah sedikit kerana mereka ini sudah melaksanakan tugas bagi mencari rezeki untuk dibagi kepada anak bini mereka.

Kekurangan atau ketiadaan wang peruntukan daripada kerajaan atau YB kawasan mungkin tidak berasas kerana peruntukan sebanyak RM40 ribu bagi sebuah rumah telah diumumkan sebelum ini dan sepertimana yang disiarkan di akhbar tempatan.

Apapun, pihak yang menguruskan projek ini harus bertanggungjawab atau projek PPR ini terbengkalai dan yang menjadi mangsa dan teraniaya adalah rakyat yang sangat memerlukan. Seperti yang diketahui PPR ini adalah untuk mangsa kebakaran di Kg Pasir Putih Tawau yang berlaku pada hujung bulan puasa tahun 2010.
Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.