Kedengaran desas-desus yang projek perumahan PPR di Kg Pasir Putih sebahagiannya terbengkalai. Ia berpunca daripada pekerja-pekerja kontrak (tukang) yang diupah membuat rumah tersebut tidak dibayar. Jika benar, ini suatu perkara yang tidak betul dan berunsur penipuan terhadap rakyat secara amnya.
Dikatakan ada diantara orang tengah yang tidak amanah yang menyebabkan pembayaran tidak sampai ke tangan tukang-tukang tersebut. Pihak yang terbabit sepatutnya berhati perutlah sedikit kerana mereka ini sudah melaksanakan tugas bagi mencari rezeki untuk dibagi kepada anak bini mereka.
Kekurangan atau ketiadaan wang peruntukan daripada kerajaan atau YB kawasan mungkin tidak berasas kerana peruntukan sebanyak RM40 ribu bagi sebuah rumah telah diumumkan sebelum ini dan sepertimana yang disiarkan di akhbar tempatan.
Apapun, pihak yang menguruskan projek ini harus bertanggungjawab atau projek PPR ini terbengkalai dan yang menjadi mangsa dan teraniaya adalah rakyat yang sangat memerlukan. Seperti yang diketahui PPR ini adalah untuk mangsa kebakaran di Kg Pasir Putih Tawau yang berlaku pada hujung bulan puasa tahun 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan