Ya Allah, betapa banyaknya dosa-dosa hambaMu. Semoga 10 hari akhir Ramadhan ini Engkau berikan kami keampunan yang mutlak dan terima semua amal ibadat kami sepanjang Ramadhan yang lalu.
Dalam pada itu, kini hampir setiap hari kita dimomokkan dengan berita-berita yang amat bertentangan amalan Ramadhan yang berkait dengan umat Islam itu sendiri. Sebenarnya kita sudah bosan dan kalau boleh tidak hendak mendengar dan melihat perkara sebegini berlaku dikalangan orang Islam.
Apa yang dimaksudkan adalah berkaitan isu contengan salib pada poster atau 'banner' yang direntang. Kenapa mereka tergamak menconteng dengan lambang salib pada muka tok guru kita yang dikasihi Tuan Guru Nik Aziz? Apakah salah Tuan Guru?
Kita kalau nak ikutkan hati hendak saja 'berperang' dengan mereka yang menghina pemimpin kami, seorang ulama' dan juga sebagai seorang Menteri Besar yang amat adil dan amanah kepada seluruh rakyatnya. Tapi itu bukanlah yang Tok Guru ajar dan bukan juga apa yang Islam ajarkan. Sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kami yakin Allah SWT itu Maha Mengetahui setiap perbuatan hambaNya dan amat pedih azab siksaNya. Na'udzu billahi min zalik.
Sempena dibulan yang penuh barakah ini, sama-samalah kita berdoa agar pejuang-pejuang Islam, pemimpin-pemimpin dan ulama'-ulama' kita baik di Malaysia maupun diseluruh dunia akan diberikan kekuatan iman dan kesabaran dalam mengharungi ujian dan dugaan dunia demi kehidupan akhirat (Syurga) yang kekal abadi. Dan semoga kita juga digolongkan dalam kalangan mereka (penghuni syurga) dan dijauhi dari siksa neraka. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan