Kekadang sedih apabila melihat tekanan yang bertali arus terhadap kerajaan Pas di Kelantan oleh pihak seterunya. Tapi dalam hal agama (Islam) mungkin penganutnya harus mempertahankan apa yang kerajaan Tok Guru Nik Aziz telah lakukan berkenaan pengharaman premis-premis loteri atau kedai ramalan nombor ekor.
Sebagai seorang muslim kita tidak boleh berkata soal hak asasi manusia lagi kerana hak empunya bumi dan langit yang manusia diami ini lebih berhak menentukannya. Dia (Allah) tuhan sekalian makhluk telah perintahkan judi itu haram maka perkara itu tetap jadi haram. Sesiapa yang kata itu hak asasi lah, amalan orang bukan Islam lah itu lebih kepada politik dunia dan nafsu semata-mata.
Dalam judi, siapakah yang beroleh keuntungan? Tokey kedaikah atau pembeli nombor ekor atau kedua-duanya untung? Ini persoalan yang perlu kita fikir. Adakah sesiapa ingin rugi? sebab itu Maha Pencipta ini Maha Mengetahui amalan judi ini merugikan salah satu pihak kalau tidak pun kedua-duanya. Jadi sebagai pengganti judi ini, Allah SWT mencipta amalan jual dan beli dan menghalalkannya yang mana sesuai untuk manusia dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.
Oleh itu sama-samalah kita menyokong usaha Tok Guru ini dan buanglah pemikiran politik dunia yang tidak kemana.
Takbir! Allahu Akbar.
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan