Seolah-olah pihak kerajaan Barisan Nasional ditimpa penyakit histeria dan meracau apabila tiba-tiba isu hukuman hudud timbul sejak beberapa hari ini apabila sekian lama menyepi. Memang tidak dinafikan ia suatu petanda nahawa pilihanraya sudah semakin dekat dan pihak Barisan Nasional akan sedaya upaya menimbulkan isu terutamanya yang berkaitan orang-orang melayu dan Islam untuk mengalih perhatian sekaligus memancing undi. Bagi golongan muda atau genarasi baru dan celik IT, isu-isu seperti ini teramat lapuk untuk diulang tayang sejak zaman Dr M lagi dan generasi sudah faham dan matang dengan permainan Umno Barisan Nasional yang lebih berpolitik ala duniawi.
Yang teramat malang lagi apabila masyarakat serta pemimpin Islam khususnya Pas yang berhasrat melaksanakan syariat hudud ini, ditentang amat hebat oleh orang Islam dan pemimpin yang mengaku diri seorang Islam. Ini suatu malapetaka kepada puak dan parti yang menentang hukum dan perintah Allah SWT. Mungkin orang akan marah apabila orang melayu dan warga Malaysia menentang titah Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, tetapi malang sungguh tiada siapa peduli apabila raja segala raja yang Maha Pencipta dan yang Maha Perkasa Allah SWT menitahkan didalam Al-Quran Karim supaya laksanakan hudud! Hudud ini perintah-Nya bukan mainan hal politik sesiapa pun. Mengapa orang hendak tentang, mengapa tiada siapa peduli? Amat sayu dan terharu apabila seorang pemimpin dan ulama' menyatakan, jika Allah SWT tanya diakhirat nanti kenapa hudud tidak dilaksanakan maka akan dijawapnya hasratnya ditentang oleh penguasa atasannya. Begitu juga sebagai seorang muslim dan mukmin, haruslah ada terlintas dihati untuk bermuhasabah, bagaimana jika Allah SWT bertanyakan sedemikian apakah jawapan kita?
"Jika Umno mahu melaksanakan hudud kami akan keluar BN". Ini suatu petanda kehancuran BN dan Umno yang gagal memberikan kefahaman tentang Islam kepada sekutu politiknya. Pernyataan ini amat menyinggung perasaan orang Islam. Apakan tidak? Ini bukan soal politik, ini soal ibadah suatu perintah Tuhan (Allah SWT) terhadap hamba-Nya. Mengapa puak-puak tersebut terlalu egois dan bersifat prejudis terhadap Islam? Islam itu suatu agama manusia, dan setiap orang yang beragama tidak kiralah agama apa sekalipun akan diajar untuk menghormati agama-agama lain. Mengapa mereka terus menentang sedangkan mereka bukan ahlinya malah tidak faham pun apa itu hudud. Kalau diikutkan ini menjadi soal sensitif bagi umat Islam seluruhnya. Kita orang Islam tidak mengganggu pun soal agama meraka, jadi apakah yang menyebabkan pihak terbabit meracau seolah-olah bersikap biadap. Ini yang harus difikirkan oleh golongan terbabit agar mereka lebih bersikap terbuka mengikut nilai-nilai dan norma kehidupan bertamadun. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Sebagai seorang muslim dan ingin melihat sistem perundangan Islam terlaksana di negara dan permukaan bumi ini, kita amat menyokong dan mendokong usaha murni Pas dan mana-mana pihak NGO dan seluruh umat Islam yang berhasrat dan bertungkus-lumus dalam medaulatkan sistem hukum hudud seperti yang diperintahkan oleh Pencipta alam ini dan segala isi-isinya Dia-lah Allah SWT. Dan sebagai umat Islam maka wajib diyakini bahawa segala perintah dan larangan serta peraturan yang termaktub dalam kitab suci umat Islam Al-Quran Karim adalah benar dan jika dilaksanakan maka akan aman dunia ini sehinggalah hari kiamat. Namun, harus difahami dan diyakini qada' dan qadar Allah SWT untuk perihal akhir zaman seperti manusia semakin jauh dari agama (Islam), peperangan, gempa bumi, fitnah dan maksiat bermaharajalela dan sebagainya tetap akan berlaku. Maka itu, masuklah kedalam jemaah Islam yang mendaulatkan Islam serta berjuang dalam menegakkan Islam sekalipun syahid pada akhirnya. Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan