Warga Tawau khususnya menyambut baik cadangan Adun Sri Tanjung Jimmy Wong dalam mendesak pihak kerajaan persekutuan dalam memperuntukkan kos RM200 million dalam Rancangan Malaysia Ke-10 untuk projek penebatan banjir.
Memang sejak akhir-akhir ini keadaan banjir yang luar biasa sering melanda kawasan Tawau berbanding sebelum ini. Jika hujan saja, terlalu cepat air naik dipermukaan seperti jalan raya dan kawasan lapang juga di kawasan letak kereta. Jalan Apas Batu 2 hingga 4, Jalan Sin Onn, Jalan Air Panas adalah jalan sering dinaiki air walau hujan lebat yang sekejap.
Tidak dapat dinafikan ini semua berpunca dari saliran dan perparitan yang tidak terurus dan tersumbat mengakibatkan longkang dan sungai tersumbat. Baguslah jika ia dapat dipercepat bagi mengelakkan banjir yang lebih serius.
Projek pembaikan sungai dan longkang setakat ini sudah berjalan sejak enam bulan yang lalu tertutamanya di Jalan Apas. Walaupun kesesakaan jalan dan keadaan yang kurang menyenangkan oleh pengguna jalan raya, tidak mengapalah untuk sementara demi kebaikan semua pada masa depan.
Bagi rakyat cukup gembira sekiranya semua projek siap mengikut jadual dan wakil rakyatnya proaktif dalam semua aspek. Beginilah yang rakyat mahukan…
Syabas YB!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan