Kepada YB Datuk Abdul Ghapur Salleh selaku Ahli Parlimen Kalabakan diatas inisiatif beliau melalui MARA dalam menyegerakan pembinaan rumah PPRT bagi menggantikan rumah penduduk yang terbakar di Kampung Pasir Putih Tawau pada tiga hari sebelum hari raya puasa tahun lalu. Seperti yang dilaporkan pemberian kunci akan dilakukan pada bulan Februari 2011, dengan kos pembinaan setiap rumah sebanyak Rm40,000.
Perkembangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban rakyat dan sudah tentu pihak yang berkenaan menghargainya. Walaupun saiz rumah tersebut tidak sebesar rumah mereka yang sebelum ini namun kesyukuran pasti diucapkan.
Kepada YB-YB semua teruskan berkhidmat untuk rakyat dan cuba elak daripada banyak bercakap tapi tidak serupa bikin. Kotakan apa yang dikatakan.
Syabas YB!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan