Sabtu, 29 Januari 2011

Saya ‘Kutu Sampah’

Mungkin inilah perkataan yang sesuai untuk digantikan perkataan ‘Saya Anti Kutu Sampah’ yang terpampang diruang iklan di beberapa lokasi di Bandar Tawau. Perkara sebegini selalu dilupakan untuk dimasukkan dalam agenda majlis bagi sesuatu keraian atau pesta khususnya di Tawau. Begitu juga warga daerah ini yang memandang rendah isu sampah sarap dengan sesuka hati membuang merata-rata.

Masalah mengatasi sampah ini sudah lama sejak beberapa dekad lalu di Bandar Tawau. Walaupun sudah banyak kempen dan kesedaran diberikan oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mahupun oleh badan bukan kerajaan (NGO), namun ia seolah-olah bak kata pepatah bagai mencurah air ke atas daun keladi. Betulkan?

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan mentaliti warga Tawau masih ditahap yang terkebawah berbanding warga yang sudah terkedepan di tempat lain. Mungkin ada juga yang menudung jari kepada warga pendatang asing yang tinggal di daerah dan Bandar ini yang membawa sikap dari negara mereka dengan tidak mementingkan kebersihan dan membuang sampah merata-rata. Warga pendatang yang dimaksudkan dari Indonesia dan Filipina. Tidak dinafikan juga, penduduk tempatan juga masih ada yang suka membuang sampah merata-rata walaupun tong sampah hanya berada beberapa inci di tepi mereka.

Kesimpulannya, warga Tawau harus melakukan anjakan paradigma dalam isu ini bagi meningkatkan imej daerah dan sekaligus warganya akan dipandang tinggi nilai budaya dan mentalitinya. Disamping itu juga, pihak berwajib juga tingkatkanlah penguatkuasaan dan menempatkan tong-tong sampah di lokasi strategik khususnya di kawasan bandar juga di tepi bandar dalam lingkungan 5 km radius atau lebih lagi baik.

Jangan sampai daerah ini akan menjadi daerah terkotor kedua selepas Pekan Semporna dan warganya digelar ‘Kutu Sampah’. Bukankah itu memalukan…

Dimanakah perginya kempen 'Saya Anti-Kutu Sampah'?









Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.