Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru - 16 Mei



Pada 16 Mei setiap tahun seperti lazimnya seluruh negara akan merayakan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Bolehlah dikatakan setiap rakyat negara ini mempunyai dan pernah mempunyai guru semasa dibangku sekolah atau dialam persekolahan. Jadi kepada warga pendidik tidak kiralah pendidik yang bernama guru, ustaz, ustazah, pensyarah dan apa sahaja gelaran yang pernah memberi ilmu kepada kita, diucapkan Selamat Hari Guru. Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru semua diberkati dan sentiasa dirahmati Allah swt.

"Guru Oh Guru"

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Usman Awang.


Tiada ulasan:

Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk amal dan sampaikan kepada saudara-saudara yang lain. InsyaAllah.