Gambar diambil dari akhbar tempatan.
Ketegangan yang memang dipendam oleh sesetangah kelompok di negara jiran itu, muncul sekali lagi dengan mambakar dan memijak bendera Malaysia. Begitu juga dengan bangunan Kedutaan Malaysia di Indonesia turut dibaling dengan najis bagi memprotes dan membantah dengan tindakan yang diambil Malaysia berkaitan perairan kedua-dua negara baru-baru ini.
Semoga, sempena bulan baik dan berkat Ramadhan ini, umat Islam khususnya kedua-dua negara ini dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik. Janganlah kerana isu yang sebegini sesetengah pihak sanggup membiarkan kaum zionis dan sewaktu dengannya mentertawakan kita sambil bertepuk tangan. Yang mana kita yang sama rumpun dan kepercayaan sama-sama berpimpin tangan menegakkan umat ini.
Selamat untuk Malaysia & Indonesia. Selamat menyambut hari kemerdekaan bagi kedua-duanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan