Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ini (1 Mei 2010) adalah satu hari penghargaan kepada semua orang yang bergelar pekerja atau yang bekerja. Apakah yang ditakrifkan sebagai "pekerja"?
Didalam Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan pekerja sebagai orang yang bekerja (lazimnya untuk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yang memegang sesuatu jawatan (dalam perkhidmatan awam atau swasta).
Didalam Kamus Pelajar Edisi Kedua pula mentakrifkan pekerja sebagai orang yang bekerja utk memperoleh pendapatan.
Apapun, diucapkan tahniah kepada semua rakan sekerja yang cemerlang semasa bertugas. Tahniah juga kepada syarikat atau majikan yang sangat perihatin dan mengasihi semua pekerja atau kakitangannya dan seharusnya diberikan suatu anugerah bagi yang cemerlang sepanjang tahun berkerja. Malangnya, sesetengah syarikat atau majikan hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menghargai jasa dan dedikasi pekerjanya yang telah berhempas pulas mencapai sasaran sesebuah syarikat, sebaliknya ada yang menafikan hak-hak pekerjanya.

Diucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada syarikat yang terpilih menerima Anugerah Hari Pekerja 2010 yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini.
Salam Hari Pekerja 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan