Sejak beberapa hari yang sudah bermulalah kempen bagi menentukan siapakah calon yang bakal merampas kerusi Parlimen P.212 Sibu. Memang kalau dilihat cara kempen dan isu yang dimainkan dalam kempen disini jauh berbeza dengan kempen di Hulu Selangor. Ini kerana suasana dan budaya di semenanjung dan borneo berlainan baik dari segi cara kehiudpan seharian mahupun ideologi disamping etnik yang pelbagai.
Seeprti biasa tidak dapat dinafikan pelbagai isu dan kempen di"panas"kan bagi memancing undi. Kini, pihak BN memainkan isu 'Undi DAP bererti undi negara Islam' tercetus kembali setelah isu ini pernah dimainkan di semenanjung suatu ketika dahulu. Adakah maksud daripada "statement" tersebut bererti mereka membenci orang-orang Islam di negara ini? Atau mereka berdendam dengan tindakan orang-orang Islam yang sejak akhir-akhir ini banyak isu-isu keagamaan seperti isu penggunaan nama Allah oleh penganut Katholik, isu penyamaran wartawan Majalah Islam dan sebagainya.
Mungkin sesetangah akan berfikir, bagaimana parti kompenan BN iaitu SUPP masih memainkan isu yang tidak relevan lagi pada masa ini. Sedangkan BN itu sendiri dikepalai oleh pemimpin dan presiden orang Islam iaitu Umno. Apakah pula yang tersirat di dalam gagasan perdana menteri sebagai 1Malaysia? Seolah-olah semua yang di isukan oleh BN ini berceragah antara satu sama lain. Rakyat Malaysia harus meneliti kembali sejarah negara ini dan bukannya hanya ingin memancing undi sehingga memporak-porandakan ketenteraman negara ini dengan isu-isu yang tidak sepatutnya. BN, terutamanya pemimpin BN-Umno Islam harus bertanggungjawab kenapa kenyataan ini ditimbulkan. Sebagai parti kompenan utama BN, Umno harus memberi kefahaman kepada sekutu mereka tentang Islam ini tapi sebaliknya seakan-akan sekutu mereka menganggap Islam ini ekstremis dan menakutkan.
Bukan hendak memuji atau menyebelahi pihak sesiapa, tapi sesungguhnya Pakatan Rakyat adalah sebuah parti alternatif yang matang dalam berpolitik dan dilihat dapat memberi keyakinan kepada rakyat dalam mengemudi negara ini suatu masa nanti. Kematangan DAP dalam memahami sekutunya PKR dan PAS dengan dasar parti berlainan tidak sedikit pun menggugat kesepakatan mereka, malah semakin kuat dan diterima umum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan